PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Sunday, November 16, 2008

YB Ahli Parlimen Indera Mahkota Mahu AMK Lebih Bersedia Hadapi Perubahan !!

by Pahangdaily

Ahli Parlimen Indera Mahkota YB Azan Ismail mahu supaya angkatan muda lebih bersedia menghadapi perubahan dalam pilihanraya umum akan datang. Beliau menegaskan demikikan ketika merasmikan Mesyuarat Bulanan AMK Pahang di Pejabat PKR Bahagian itu dekat sini semalam. Mesyuarat yang bermula sekitar jam 11.30 pagi itu telah dihadiri oleh hampir 20 orang ahli jawatankuasa AMK dari seluruh Pahang. Turut hadir ialah Saudara Rizal Jamin, Ketua AMK Pahang dan juga Saudara Kamarul Hatta Timbalan Ketua AMK Pahang. Antara agenda yang telah dibentangkan pada mesyuarat itu ialah mengenai perlantikan ahli jawatankuasa baru, penyertaaan AMK dalam Kongres Nasional dan juga membincangkan tentang isu-isu semasa tanahair serta hala tuju AMK Pahang. Dalam mesyuarat tersebut, Saudara Rizal selaku ketua AMK Pahang menegaskan bahawa beliau amatlah berharap agar semua AJK AMK Pahang dapat memberikan komitmen yang padu dalam membawa perubahan dan kemenangan Pakatan Rakyat di Pahang tidak lama lagi.
Anggota AMK Pahang serius mendengar nasihat dari YB AzanIsmail Beliau juga turut berharap agar semua ahli jawatankuasa baru yang dipilih dapat merangka strategi dan agenda mereka untuk tahun 2009 nanti. Ini katanya AMK bertanggungjawab untuk memastikan hampir 312,000 pengundi baru di Pahang dalam pilihanraya umum akan datang bersama Pakatan Rakyat terutamanya PKR. Dalam mesyuarat itu juga Rizal turut mengambil kesempatan untuk mengumumkan nama-nama dan bilangan perwakilan yang akan hadir dalam Kongres Nasional di Selangar pada 28 hingga 30 November ini. Beliau menyeru agar semua bahagian dapat menghantar jumlah perwakilan dan pemerhati yang secukupnya untuk membuktikan komitmen AMK Pahang dalam kongres itu nanti. Turut diperdebatkan ialah tentang masalah generasi muda di kawasan Felda yang dilihat berpotensi untuk ditarik menyertai PKR. Namun perancangan yang rapi perlu dilakukan untuk itu. Ketua AMK Pekan pula menegaskan bahawa beliau mengharapkan sokongan semua untuk membantu mengubah minda golongan muda di Pekan yang kini teruja dengan isu Najib Razak yang bakal menjadi Perdana Menteri tidak lama lagi. banyak usul yang dibawa akan dibentangkan dalam mesyuarat akann datang yang dijadualkan akan diadakan di Bentong Disember ini.
Antara ahli jawatankuasa AMK yang hadir dalam mesyuarat semalamSementara itu YB Azan Ismail telah memberikan sedikit nasihat dan pandangan berguna kepada AMK Pahang dalam ucapan perasmiannya semalam. Dalam ucapannya YB Azan menegaskan bahawa AMK adalah pintu atau saluran khas untuk membawa masuk ahli-ahli baru ke dalam Pakatan Rakyat sebenarnya. "AMK lebih mempunyai advantage itu berbanding dengan yang lain. Namun usaha harus digiatkan dalam mennentukan strategi dan cara bagaimana mahu menarik anak-anak muda ini menyertai Pakatan Rakyat dan PKR terutamanya harus digiatkan lagi. Sumber kewangan dan jentera AMK perlulah diperkukuhkan dalam merealisasikan hasrat itu" katanya. Beliau turut menyarankan supaya AMK terutamanya bertukar imej daripada pembangkang kepada kerajaan. "Ini kerana Pakatan Rakyat sudah menghampiri ke arah itu. Bahkah graf di Pahang menunjukkan 78% mood rakyat kini ke arah itu. Maka itu imej dan cara kerja perlu bertukar.Ini sebagai langkah persediaaan kiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan di Pahang suatu hari nanti. Jadi kerajaan tidak sama dengan membentuk kerajaan, maka itu AMK sebagai generasi muda yang akan mewarisi kepimpinan akan datang perlulah lebih bersedia mulai sekarang" tambah beliau lagi. "AMK juga perlu sedar, berfikiran lebih matang, mempunyai wawasan dan mesti mengutamakan rakyat dalam apa juga tindakan. Buat masa ini ada hampir 2.187 juta pengundi baru akan berdaftar sebagai pemilih dalam pilihanraya umum akan datang. Justeru itulah AMK perlu membuat persediaan mental dan fizikal untuk menarik mereka bersama Pakatan Rakyat" katanya lagi. Beliau juga berharap AMK Pahang akan terus berjaya dalam merangka apa juga tindakannya pada masa akan datang. Pihaknya akan terus memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi untuk bersama AMK dalam memastikan kemenangan besar di Pahang dalam pilihanraya umum akan datang.

Sementara itu AMK Pahang juga turut berbangga dan mengucapkan tahniah kepada Saudara Karim Bendahari AMK Pahang telah dilantik khas ke jawatan Setiausaha Perhubungan PKR Negeri Pahang yang baru. Ini memberi imej yang baik kepada AMK Pahang sendiri dalam menentukan hala tuju mereka selepas ini. Saudara Karim adalah salah seorang aktivis dan juga pemimpin PKR Pahang yang cukup komited dan memberi komitmen yang tinggi dalam menggerakkan jentera PKR Pahang selama ini. Beliau juga telah banyak menyumbang jasa dalam membantu perjuangan parti baik di peringkat bahagian mahu pun negeri. Oleh itu perlantikannya ke jawatan itu adalah wajar dalam membangunkan lagi PKR di negeri Pahang ini pada masa akan datang.

No comments: