PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Sunday, November 16, 2008

ANWAR IBRAHIM BAKAL MENJADI MANGSA KONSPIRASI POLITIK KALI KEDUA

by Tun Telanai

Sesiapa yang membaca dua laporan Malaysiakini.com siaran 14 November lalu, sudah pastinya dapat menjangka apa yang bakal akan berlaku ke atas Ketua Pembangkang, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Laporan pertama, Malaysiakini.com [http://www.malaysiakini.com/news/93054 ] melaporkan bahawa Abdul Gani Patail, Peguam Negara melalui Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden telah memfailkan rayuan ke atas keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Seksyen, Hakim SM Komathy Suppiah yang menolak permohonan memindahkan kes liwat Anwar ke Mahkamah Tinggi. Penolakan tersebut disebabkan sijil yang ditangani oleh ‘dajal’ itu tidak sah. Si’dajal’ ini pada masa yang sama sedang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah [BPR] kerana menyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Abdul Gani Patail ketika itu Timbalan Pendawaraya Kanan dituduh menyembunyikan fakta sebenar mengenai mata lebam Anwar Ibrahim. Gani pada malam 20 September 1998, iaitu malam Anwar ditangkap [Anwar dipecat oleh Mahathir Mohamad pada 2 September 1998], Gani berada di Bukit Aman. Selepas Anwar ditangkap oleh pasukan polis yang bertindak ala-mossad, Anwar dibawa ke Bukit Aman. Disinilah Anwar dibelasah secukup-cukupnya oleh Abdul Rahim Noor, ketika itu sebagai Ketua Polis Negara. Anwar hampir-hampir mati, dibiarkan tanpa rawatan sewajarnya.

Oleh kerana sikap Gani ini enggan [menyembunyikan] mendedahkan fakta sebenar menyebabkan kerajaan telah membazirkan wang, masa dan tenaga menubuhkan Suruhanjaya DiRaja menyiasat mengenai mata lebam Anwar yang dipengerusikan oleh bekas Peguam Negara Abu Talib Othman. Melalui suruhanjaya inilah akhirnya rakyat mengetahui bahawa Rahim Noor yang menyebabkan mata Anwar menjadi lebam. Rahim Noor menumbuk Anwar sehingga pengsan dan hampir-hampir menemui ajalnya dalam tahanan polis. Sebelum itu satu badan penyiasatan yang ditubuhkan oleh polis sendiri gagal menemui orang yang menyebabkan Anwar bermata lebam.

Abdul Gani Patail ketika itu banyak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan peraturan walaupun ia tahu perkara berkenaan adalah salah dari segi perundangan seperti beliau mengugut K.S. Nallakarupan [Nalla didapati bersalah menyimpan senjata api tanpa lesen] supaya bersubahat dengan beliau menjadi saksi agar Anwar dan masa depan kerjaya politiknya dapat dimusnahkan, tetapi sampai kini beliau masih selamat kerana beliau dilindungi oleh ‘tuan besar’ taikun politik UMNO. Gani adalah perkakas dan kuda kayu untuk taikun-taikun UMNO dulu, kini dan selama-lamanya, selagi Pakatan Rakyat tidak mampu menyahkan UMNO daripada tampok kuasa.

Kini, Gani muncul kembali dengan misi yang sama untuk menyelamatkan riwayat politik tuannya itu dan dalam yang sama beliau dikehendaki memastikan Anwar Ibrahim masuk penjara sekali lagi seperti mana yang berlaku 10 tahun lalu. Kes rayuan ini akan didengar di Mahkamah Tinggi [siapa Hakimnya?] pada 20 November ini.

Gani hanyalah budak suruhan elit politik UMNO semata-mata dan beliau melaksanakan tugas seperti yang diarahkan sahaja. Persoalannya ialah : Arahan proses pemindahan kes ini datang daripada siapa-Abdullah Ahmad Badawi atau Najib Tun Razak?

Kalau tanpa arahan salah seorang daripada mereka, nescaya proses pembicaraan ini hanya akan berlaku di Mahkamah Seksyen sahaja, selepas keputusan telah dibuat oleh Hakim SM Komathy Suppiah. Pihak pendakwa tidak perlu bersusah payah membuang masa merayu untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi seperti yang berlaku ke atas diri Abdul Razak Abdullah Baginda. Razak Baginda yang dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya Shaariibuu dan pihak pendakwaan pula tidak mahu mengemukakan rayuan [sebab tidak ada arahan berbuat sedemikian bagi menjaga kepentingan politik orang-orang tertentu] terhadap pembebasan Razak Baginda itu atas alasan kononnya hakim yang memutuskan kes tersebut telah pun membuat penemuan fakta dalam membebaskan Razak Baginda [http://www.malaysiakini.com/news/93116].

Peguam bagi pihak keluarga Altantuya telah menulis surat ke Jabatan Peguam Negara agar pihak pendakwa membuat rayuan terhadap pembebasan Razak Baginda di Mahkamah Rayuan, tetapi permohonan tersebut diketepikan kerana terpaksa menjaga kepentingan orang-orang tertentu, walaupun pihak pendakwaan terpaksa menutup sebelah mata mengorbankan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar yang didapati [ada prima facei] membunuh dan meletopkan mayat Altantuya Shaariibuu demi satu tugas yang diperintahkan oleh seseorang yang amat berkuasa. Rujuk:[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_11.htm

Sementara itu, Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Timbalan Pendawaraya mengugut akan menggunakan seksyen 136 Akta Keterangan bagi menghalang pihak peguambela memanggil Raja Petra Kamaruddin dan Balasubramaniam sebagai saksi dengan menggunapakai afidavit yang difailkan dan kemukakan kepada umum oleh kedua-dua mereka yang melibatkan Najib Tun Razak, Timbalan PM yang bakal menjadi PM ke-6 pada Mac depan dan Rosmah isterinya. (http://www.malaysiakini.com/news/92795). Pihak pendakwaan menyedari hali ini, maka ia akan dihalang dengan berbagai cara, mungkin alasan yang diberikan oleh mahkamah afidivit ini tidak relevan dengan kes yang akan dibicarakan itu.

Sekiranya kes ini masih tidak mampu mencelikkan mata dan mengintelekkan pemikiran orang-orang yang bertugas dalam pasukan polis ketika melihat kedua-dua rakan mereka yang terjerat, sedangkan mereka berdua hanyalah sekadar melaksanakan satu perintah telah pun menjadi mangsa kerakusan orang-orang berkuasa, yang tamak dan haloba terhadap kekayaan serta kemewahan hidup yang melampau, maka mereka yang seperti ini adalah merupakan specis lembu bukan di kalangan manusia yang mempunyai fikiran dan perasaan. Sampai bila orang-orang dalam pasukan polis ini harus melaksanakan perintah yang menjeratkan leher mereka sendiri, sedangkan orang-orang yang benar-benar terlibat dibebaskan dan bebas bergerak ke sana ke mari, bergelak-ketawa, berhibur, berfoya-foya dan hidup dipenuhi dengan kemewahan. Mereka berkerja apabila diarah lebih kuah daripada sudu. Lebih UMNO daripada UMNO. Fikirkanlah kawan-kawan ku dalam pasukan polis. Gunakan fikiran anda secara matang apabila bertugas, jangan mudah diperalatkan bagi mencapai agenda pihak-pihak tertentu yang gilakan kuasa, kedudukan dan kekayaan.

Berbeza dengan kes Anwar Ibrahim dan kes pembebasan Raja Petra Kamaruddin yang dibebaskan daripada tahanan ISA oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 7 November lalu [http://www.malaysiakini.com/news/92626], tetapi Pejabat Penasihat Undang-Undang Kementerian Dalam Negeri dalam notisnya bertarikh 11 November yang ditangani oleh si’dajal’ ini juga telah memfailkan notis rayuan untuk dimukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.
Rujuk:[
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm

Rentetan peristewa ini mengambarkan pihak pendakwa telah diarahkan [?] bagi memastikan Anwar Ibrahim dengan apa cara sekali pun mesti disabitkan kesalahan tuduhan meliwat. Dengan cara itu sahaja pengaruh Anwar dapat dimatikan. Kaedah ini mengingatkan saya kisah Anwar 10 tahun lalu. Ketika itu Anwar mengadapi 10 tuduhan jenayah yang akan dibicarakan. Perbicaraan pertama melibat 4 pertuduhan rasuah tanpa melibatkan wang sesen pun yang dibicarakan secara serentak. Ia mula dibicarakan mulai 3 November 1998 dan hakim yang mendengar kes ini entah datang dari mana bernama Hakim S. Augustine Paul atau hakim coklat hack yang mempopularkan perkataan ‘tidak relevan’ untuk menolak hujah-hujah yang dibentangkan oleh pihak pembelaan. Perbicaraan ini memakan masa selama 78 hari dan pada 14 April 1998 mahkamah membuat keputusan mendapati Anwar Ibrahim didapati bersalah atas empat tuduhan rasuah berhubung penyalahgunaan kuasa. Dakwaan itu mengikut peruntukan Seksyen 2(1) Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970. Anwar dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun bermula pada tarikh keputusan mahkamah dibacakan bukan bermula ia ditangkap sepertimana kebiasaannya.

Perbicaraan kedua melibatkan kes liwat dengan Azizan Abu Bakar. Perbicaraan kes ini memakan masa yang paling lama dalam sejarah iaitu selama 118 hari bermula 7 Jun 1999 dan berakhir pada 20 Julai 2000. Bagi memastikan Anwar bersalah, pihak pendakwa yang diketuai oleh Mokhtar Abdullah telah melakukan tiga kali pindaan terhadap butir-butir pertuduhan. Kalau mengikut norma-norma keadilan sejagat, kes ini dengan sendirinya ditolak oleh mahkamah kerana pihak pendakwaan gagal memberi butir-butir tuduhan spesifik yang tepat berkaitan masa dan tempat kejadian yang berlaku, tetapi ia lebih kepada konspirasi politik bagi membunuh kerjaya politik Anwar, maka mahlamah terpaksa menerimanya dengan hati terbuka.

Perbicaraan kes ini dihentikan banyak kali iaitu pada bulan Ogos dan September 1999 kerana isu racun arsenik dan masalah kesihatan Anwar, disambung semula dan dihentikan sekali lagi pada bulan November 1999 kerana PRU ke-10 akan diadakan pada bulan Disember tahun yang sama. Disambung semula selepas raya aidil fitri pada 22 Januari 2000 sehinggalah ia tamat dengan pihak pendakwa mengemukakan 9 saksi dan pihak pembelaan mengemukakan 31 saksi. Keputusan perbicaraan diumumkan oleh Hakim Ariffin Jaka pada 8 Ogos 2000 dan Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara 9 tahun. Jadi, keseluruhannya Anwar dihukum 15 tahun penjara. Hukuman ini hendaklah berjalan selepas hukuman 6 tahun penjara tamat, bukan dijalankan serentak.

Bagaimana pun Mahkamah Persekutuan pada tahun 2 September 2004 telah membebaskan Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat kerana kekurangan bukti dan terdapat fakta-fakta yang meragukan.

Manakala 5 tuduhan jenayah terhadap Anwar, 4 kes melibatkan tuduhan meliwat dan 1 tuduhan melakukan amalan rasuah mengarahkan BPR menghentikan siasatan terhadap Mohd Azmin Ali, Setiausaha Politiknya ditarik balik oleh pendakwaraya melalui Timbaklan Pendakwaraya Azhar Abdul Hamid.

Tujuan saya mengimbaskan kembali kisah 10 tahun lalu adalah untuk memperingatkan para pemimpin Pakatan Rakyat agar bersiap sedia daripada sekarang. Oleh sebab itu tulisan saya dalam siri ke-2, Layakkah Najib Tun Razak ke Seri Perdana menyarankan kepada Pakatan Rakyat menjadikan rancangan mengambilalih kuasa daripada tangan UMNO sebagai perjuangan di antara hidup dan mati.

Kesimpulannya, sekiranya kes liwat ini berjaya dibicarakan di Mahkamah Tinggi, maka nasib Anwar akan bertukar menjadi malang. Beliau akan kehilangan jawatan Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Perlu diingatkan bahawa Anwar adalah musuh ketat Najib. Najib akan mencari jalan untuk mematikan kerjaya politik Anwar kerana manusia yang bernama Anwar ini merupakan seorang manusia yang berani mencabar perlaksanaan dasar-dasar kerajaan yang merugikan rakyat, tetapi sebaliknya para pemimpin mendapat laba yang melimpah ruah hasil amalan rasuah dan menyalahgunaan kuasa. Harapan Najib ketika ia berkuasa kelak tidak ada manusia yang berani mencabar kepimpinannya. Ia boleh berbuat apa sahaja yang suka, termasuk Rosmah Mansor, isterinya. Mereka boleh jadikan Malaysia ini harta Tun Razak dan keluarga Sdn Bhd, tidak siapa yangb berani menghalang. Oleh itu, proses undang-undang adalah kaedah terbaik untuk melucutkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen.

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

1 comment:

Anonymous said...

Kalau ALLAH tidak perkenan dengan Anwar Ibrahim maka apa apa yang dilakukan tidak akan tercapai.

Kita sebagai rakyat jangan taksub sangat dengan Anwar Ibrahim.

Kita mesti tahu apa yang dia pernah lakukan dulu semasa dia ada kuasa sebagai MENTERI.