PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Wednesday, October 22, 2008

PENDEDAHAN, GEJALA RASUAH & PENYELEWENGAN DLM SYARIKAT GLC FELDA

by Pahangdaily

Kenyataan TPM Najib Razak bahawa 84,581 peneroka Felda akan menikmati bonus RM144.44 juta Disember ini sungguh mengejutkan kita. Sesungguhnya terdapat keperihatinan benar kerajaan terhadap para peneroka Felda mutakhir ini.

Namun, dalam keperihatinan itu terselit perasaan dukacita dan muram durja dikalangan para peneroka apabila harga sawit dan getah yang naik begitu mendadak menjelang pilihanraya umum lalu, kini jatuh merundum dalam masa beberapa bulan sahaja.

Ini jelas membuktikan kepada kita bahawa kenaikan tersebut adalah bertujuan untuk memancing undi masyarakat Felda supaya memberikan sokongan padu kepada UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum lalu.Inilah dia "gula-gula" yang ditabur kepada rakyat terutamanya para peneroka Felda.

Maka dengan perkembangan terbaru pemberian bonus tersebut, adalah diharapkan agar para peneroka dapat menilai segala perancangan ini. Ingatlah, mutakhir ini sebenarnya peneroka telah ditindas oleh majikan mereka iaitu Felda.

Lantaran itu para peneroka harus bangkit untuk mempertahankan hak mereka. Felda kini sudah jauh tersasar, dulu felda diwujudkan untuk menolong rakyat namun kini Felda sudah menjadi seperti Along untuk menindas rakyat.
Sebelum ini telah banyak bukti tentang penyelewengan Felda Trading yang dibuat oleh Persatuan Anak-Anak Felda (ANAK), yang diketuai oleh Saudara Mazlan Aliman. Namun, sehingga kini ternyata masih belum ada apa-apa tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi menangani atau mengambil tindakan untuk menyiasat segala penyelewengan tersebut.

Malahan tindakan yang dilakukan oleh pihak-pihak terbabit nampaknya semakin "rakus" untuk "merompak harta Felda". Para peneroka akhirnya dijadikan hamba yang terpaksa membayar setiap kerugian yang bakal ditanggung oleh Felda gara-gara perbuatan khianat pihak-pihak terbabit. Justeru itu kini, sebagai anak Felda kami juga ingin membongkar serta mendedahkan beberapa penyelengan yang telah dikenalpasti sejak akhir-akhir ini.
Jangan lupa juga dapatkan buku Saudara Mazlan yang bertajuk "Felda, Dulu Tolong, Sekarang Along !!". Ikuti pendedahan seterusnya bersama pahangdaily.Mengikut maklumat kami, sejak Dato’ Seri Najib dilantik sebagai menteri yang menjaga hal ehwal Felda, beliau telah melantik Pengarah Urusan Felda Holdings dari kalangan kenalan beliau iaitu bekas Pengarah Urusan Tabung Haji yang bernama Datuk Bakke Salleh (foto).

Tarikh perlantikan berkenaan merupakan satu "tarikh malang bagi Felda Holdings" kerana sejak tarikh berkenaan satu demi satu tindakan beliau lebih kepada mengaut keuntungan peribadi dari memajukan Felda Holdings. Penyelengan semakin parah bila beberapa lagi individu seperti Tajuddin Carrim (Senior Executive Director Sumber Manusia) , Datuk Tahir (Senior Executive Director Perladangan) dan Halim Ahmad (Senior Executive Director Kilang Felda).

Antara penyelewengan yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:-

Membawa Masuk Perunding TECHNOPALM

Perunding ini tujuannya adalah untuk menyelia semak syarikat-syarikat di bawah Felda Holding. Syarikat ini diwujudkan setelah Datuk Bakke Salleh dilantik. Anggotanya terdiri dari empat orang pegawai dari kalangan KRONI beliau itu. Tugas mereka ini hanyalah membuat lawatan ke kilang dan ladang dimana sekali lawatan nilai kos yang terpaksa dibayar oleh anak syarikat berkenaan ialah RM8,000 untuk satu projek .
Kos ini tidak termasuk sewa hotel dan makan yang di sediakan oleh projek bagi setiap kali lawatan. Nilai ini nampak kecil jika untuk satu projek, tetapi Kilang Felda sahaja mempunyai 72 buah kilang, Felda Plantation mempunyai ratusan ladang dan begitu juga dengan Felda Technoplant. Jika semuanya ini mereka lawat sudah tentu berjuta wang yang mereka kaut dari Felda Holdings sedangkan hanya beberapa helai kertas sahaja yang digunakan untuk membuat laporan mengenai kebersihan kilang dan ladang .

Untuk makluman, Felda Holdings sebelum ini memang telah mewujudkan satu jabatan yang di panggil Unit Inspektorat yang kerjanya khusus bagi kawal selia projek-projek disamping jabatan audit. Di sini kita lihat terdapat dua unit yang menjalankan satu tugas yang sama.

Memperkenalkan Sistem Continuous Sterilizer
Bila dilantik sahaja Datuk Bakke, beliau terus memperkenalkan CS untuk digunakan oleh kilang Felda. Sistem ini adalah satu kaedah yang ternyata telah gagal dilaksanakan semasa beliau di Tabung Haji. Maka beliau pun tanpa rasa bersalah terus memanggil sahabat beliau sebagai kontrator projek berkenaan tanpa memanggil tender terbuka atau sebut harga. Kilang yang pertama adalah Kilang Sawit Felda Pasoh dengan kos permulaan RM5juta.

Projek berkenaan siap pada tahun 2007. Bagaimana pun sistem tersebut gagal berfungsi hingga menyebabkan kos ubah suai meningkat hingga RM17 juta. Walaupun begitu banyak wang telah dilaburkan sistem tersebut masih gagal hingga ke hari ini.

Untuk menampakkan projek berkenaan seolah-olah berjaya Hj Halim Ahmad selaku CEO Kilang atau lebih dikenali sebagai Budak Suruhan Datuk Bakki telah sanggup menipu FIGURE yang menunjukkan seolah-olah sistem berkenaan telah berjaya walaupun terpaksa menyingkirkan seorang pengurus kilang yang tidak bersalah.

Malang bagi Felda apabila sistem berkenaan terus dilaksanakan di beberapa buah kilang lagi seperti Kilang Sawit Selancar, Jerangau, Jengka 21 dan lain-lain walaupun ianya terbukti tidak berjaya dan kali ini kosnya meningkat sehingga ke RM17 juta bagi sebuah kilang dengan kontraktor yang sama.
Akibatnya kilang Jengka 21 dan Kilang Jerangau sehingga kini masih belum beroperasi dengan baik. Seorang lagi pengurus kilang dikenakan tindakan tatatertib. Untuk makluman, Kilang Sawit Jerangau sepatutnya di rasmikan oleh Dato’ Seri Najib seawal januari 2008 oleh kerana ia tidak berfungsi dengan baik majlis perasmiannya ditangguhkan walaupun kilang felda telah berbelanja lebih RM1 juta untuk tujuan perasmian sahaja.

Kilang Jengka 21 sehingga kini masih belum boleh beroperasi dengan lancar menyebabkan buah-buah sawit dikawasan Jengka terpaksa diagih-agihkan ke kilang yang berhampiran. Amat mendukacitakan buah-buah berkenaan lambat diproses dan bila diproses ianya dalam keadaan yang sudah busuk.

Akibat daripada perbuatan jijik ini, peneroka menghadapi masalah dalam menghantar buah ke kilang dimana kebiasaannya peneroka boleh menghantar buah 4 trip sehari tapi kini hanya 2 trip sahaja. Terdapat pengurus kilang yang telah dibuang kerja kerana gagal menjalankan operasi CS berkenaan dengan baik. Untuk makluman, kilang Tabung Haji telah memberhentikan operasi CS ini bila mendapati ianya tidak berjaya.

Itupun setelah Datuk Bakke bertukar ke Felda. Bagi menutup kelemahan mereka, CEO kilang telah mengarahkan pengurus-pengurus kilang membuat Recycle Sludge dari Condensate Sum bagi tujuan meningkatkan perahan minyak. Akibatnya kualiti minyak kilang-kilang Felda menjadi teruk menyebabkan stok menjadi tinggi kerana jualan tidak dapat dilakukan.

Membawa Masuk Pekerja Bangla Ganti Indon

Seorang lagi konco Datuk Bakke yang bernama Datuk Tahir telah mengambil buruh dari Bangladesh bagi menggantikan buruh Indonesia yang ternyata menyukarkan pengurusan ladang disebabkan mereka ini malas dan sukar berkomunikasi.

Bagaimanapun itu tidaklah penting sangat, yang pentingnya tiada sebarang sebut harga atau tender dibuat dengan agen buruh berkenaan, malah beliau telah pergi dan merundingkan sendiri dengan agen berkenaan. Bayangkan berapa banyak pula komisyen yang beliau perolehi? Yang peliknya Datuk Bakke selaku Pengarah Urusan Felda Tradings hanya akur dan menerima apa sahaja yang dibuat oleh kroninya itu.

Permohonan untuk menjadi peneroka juga sudah tertutup rapat, kerana semua lot kosong telah diurus oleh Felda Plantations yang membawa pekerja asing. Ia menutup ruang kepada generasi kedua mendapatkan pekerjaan. Begitu juga peluang pekerjaan lain hatta sebagai penoreh getah juga telah diisi oleh buruh Indnonesia. Ini amat mendukacitakan sekali. Dulu Tun Razak wujudkan Felda untuk memberi peluang rakyat miskin mempunyai tanah sebanyak 10 ekar seorang.

Namun kini sudah berbeza di zaman anakandanya, Felda sudah diniagakan dan tiada lagi tanah untuk rakyat, sebaliknya oarng asing kini semakin ramai mendiami Felda terutamanya Felda Plantations itu. Kecewa benar Allahyarham Tun Razak melihat senario yang berlaku hari ini, jika beliau masih ada agaknya.

Penyelewengan Tempahan Diari Felda Holdings

Datuk Bakke sekali lagi dengan menggunakan seorang lagi kroni beliau yang di import dari Island Peninsular telah menempah diari rasmi Felda Holdings 2008, dengan menggunakan syarikat perunding dimana syarikat berkenaan telah di bayar sebanyak RM500,000 sebagai pendahuluan.

Kes ini juga melibatkan kepimpinan tertinggi dalam Felda Holdings yang mana Datuk Bakke (GMD) telah mengarahkan deposit tersebut dibayar kepada syarikat tersebut tanpa melalui sebut harga yang betul. Adakah polisi dalam Felda Holdings membolehkan sesuatu kerja itu dibayar dahulu sebelum kerja itu dilakukan? Adakah jumlah sebanyak itu sedikit untuk diberikan sewenang-wenangnya kepada orang lain ?

Adakah membawa kerugian kepada syarikat (Felda Holdings) jika kerja-kerja itu diserahkan kepada D’Print (anak Syarikat Felda) yang sememangnya nyata akan memberi keuntungan kepada Felda ?. Hasilnya, keluarlah sebuah diari yang hanya mempunyai beberapa ruang kosong untuk ditulis oleh pengguna sedangkan lain-lain ruangan hanya dipenuhi dengan teka-teki dan uji minda yang nyata tidak menunjukkan motif sebenar kegunaan sebuah diari.

Jika ianya dibuat oleh Felda D’Print, ianya bukan sahaja lebih elok, malahan lebih berkualiti daripada diari yang diguna pakai sekarang ini. Semuanya ini berlaku akibat perbuatan rakus pihak-pihak tertentu yang dilantik oleh Datuk Bakke yang juga melibatkan kakitangan lantikan beliau yang mengetuai bahagian pengiklanan yang dikenali sebagai Puan Maizan.

Antara lain-lain perbuatan yang menunjukkan kerakusan pihak pengiklanan ini adalah seperti membuat penjenamaan semula Felda yang menggunakan khidmat perunding tanpa memikirkan keperluan untuk berbuat demikian.

Adakah perlu penjenamaan semula dengan mencetak begitu banyak poster yang menelan belanja yang besar ? Adakah dengan menampal poster sahaja etika pekerja akan meningkat ? Adakah perlu untuk membuat poster tersebut memerlukan perunding yang sememang diketahui akan menguntung sesuatu pihak sahaja ?.

Bukan itu sahaja pembaziran yang berlaku, malahan saya juga mengetahui akan berlaku satu lagi perkara yang juga akan melibatkan kerugian yang besar kepada syarikat. Perunding yang berkaitan dengan kroni Maizan juga cuba melobi beliau untuk mendapatkan satu lagi projek yang membazir iaitu berkaitan dengan penciptaan logo Felda Holdings yang baru. Sudah tiadakah pekerja-pekerja dalam Felda Holdings ini untuk mengeluarkan idea bagi mencipta logo untuk syarikat tanpa mengeluarkan belanja yang besar ?

Melantik Syarikat Kroni Sebagai Perunding
Banyak lagi perkara-perkara yang melibatkan penggunaan perunding terus tanpa menggunakan sebutharga. Antaranya adalah penggunaan sistem penilaian prestasi melalui KPI yang mana telah dilaksanakan terlebih dahulu pada tahun 2000. Tiada apa yang berbeza antara KPI yang digunakan dahulu dengan KPI yang digunakan sekarang melainkan ianya dilaksanakan melalui perunding sahaja sedangkan semua format penilaian dan juga borang yang digunakan adalah sama seperti format dahulu yang telah dipakai.

Lain-lain program yang menggunakan khidmat perunding adalah seperti Six Sigma, Black Belt, ESS/MSS dan E-Learning juga melibatkan pembaziran kepada syarikat apabila penilaian yang sebenar tidak digunakan dengan betul untuk menentukan tahap gaji dan imbuhan yang sepatutnya pekerja terima ( KPI & E-Learning ).
Adakah pekerja bawahan perlu dinafikan hak mereka (mendapat imbuhan yang selayaknya) bagi memberi laluan kepada “mereka-mereka” yang sememangnya tidak banyak memberi sumbangan kepada syarikat sedangkan pekerja bawahan bertungkus lumus memberi khidmat kepada syarikat ? Apakah perasaan mereka apabila mendapat penilaian yang tinggi pada hujung tahun sebaliknya tiada kenaikan gaji yang sepatutnya mereka terima pada awal tahun ? Adakah mereka tidak bekerja ? Adakah mereka ini patut menjadi "kambing hitam" atas kesalahan orang lain ? Apa guna merekacipta satu sistem yang hanya bertujuan menganiaya orang lain ?

Satu lagi perkara, apakah kelebihan yang ada pada Datuk Bakke dan apakah kejayaan yang beliau telah buat dalam syarikat-syarikat yang telah beliau terajui dahulu sehingga pihak Felda menaruh sepenuh harapan kepada beliau untuk menerajui Felda Holdings.

Apakah pula kelebihan yang ada pada Tajuddin Carrim sehingga beliau disambung kontraknya malah telah diberikan kelonggaran untuk bekerja hanya empat hari sahaja dalam seminggu dengan alasan untuk mendalami ilmu agama sedangkan Pengerusi Felda malahan PM dan TPM sendiri pun bekerja lima hari seminggu dan lebih ? Apakah sudah tiada orang lain lagi yang layak untuk memegang dan menggantikan jawatan beliau itu sehingga Felda Holdings sanggup menawarkan kontrak sedemikian rupa ? Sungguh hebat beliau.

Seperkara lagi, apakah kaitannya orang yang bernama Maizan dengan Datuk Bakke sehingga beliau dengan sewenang-wenangnya dapat menarik kemasukan perunding-perunding (kroni beliau) dengan mudah dan juga telah diberikan jawatan yang tinggi dalam Felda Holdings. Layakkah pemegang A Level diberikan jawatan Pengurus Kanan dalam syarikat sedangkan ada orang lain yang lebih layak ? Patutkah semua ini berlaku ? Patutkah kita membiarkan lalang sebatang mengawal padi sebendang ? Adakah layak lalang mendapat baja sedangkan padi yang memberi hasil ?

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum w.b.

Saya amat bersetuju dengan hampir keseluruhan pendedahan di atas. Walau bagaimanapun di bahagian MEMBAWA MASUK PERUNDING TECHNOPALM saya ingin membuat sedikit pembetulan. Ini disebabkan saya amat mengenali Tuan Hj Ramli Abd Majid yang merupakan tunggak utama syarikat Technopalm tersebut bertahun-tahun lamanya. Beliau bukannya kroni Najib, malah seorang yang amat tegas dan tidak langsung menyokong kebobrokan BN. (Beliau banyak mendedahkan kepincangan dalam beberapa syarikat perladangan GLC selain dari Felda seperti Tabung Haji, Sime Darby dll. Tuan boleh check dengan mereka yg familiar dengan industri sawit)

Beliau adalah merupakan 'the best palm oil plantation consultant' yang dilantik oleh beberapa syarikat perladangan yang juga merupakan orang kuat ISP (Incorporate Society of Planters) - satu badan profesional bebas yang memantau industri perladangan di negara kita sejak tahun 1919 lagi.

Bayaran RM8,000 itu sebenarnya amat rendah berbanding dengan bayaran yg dikenakan ke atas syarikat perladangan swasta lain (syarikat saya membayar RM12,000 untuk konsultant yang serupa. Utk makluman, saya adalah pengarah / pemegang saham terbesar satu syarikat yg disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia. Saya juga AJK PAS Kawasan di Wilayah Persekutuan, jadi ulasan saya diharap tidak berat sebelah, insyaAllah)

Untuk makluman semua, semenjak beliau menjadi perunding, produktiviti syarikat meningkat. Walaupun peningkatan hanya 0.1%, tetapi dengan jumlah ladang yang luas, ia diterjemahkan dengan tambahan pulangan jutaan ringgit. Apalah RM8,000 (yg amat rendah berbanding dengan yuran professional sebenar) berbanding keuntungan RMjuta.

Untuk makluman juga, amatlah tidak benar dan tidak adil menuduh mereka dengan 'berjuta wang yg dikaut' kerana jumlah 'professional fees' yang mereka terima adalah tidak sebanyak itu. Begitu juga, tugas mereka yang memerlukan penyelidikan untuk menghasilkan lapuran bukan beberapa helai kertas seperti yang dinyatakan; juga amat tidak adil terutamanya bagi mereka yang berkecimpung sebagai juru-perunding professional.

Wassalam.

Anonymous said...

"Memperkenalkan Sistem Continuous Sterilizer

Bila dilantik sahaja Datuk Bakke, beliau terus memperkenalkan CS untuk digunakan oleh kilang Felda. Sistem ini adalah satu kaedah yang ternyata telah gagal dilaksanakan semasa beliau di Tabung Haji."

Saya rasa ada misinformation disini.
TH kini ada 3 kilang sawit CS dalam Malaysia, yang terbaru akan di commission bulan Nov 2008.
PT MGI sebuah company JV TH di Indonesia juga ada 3 pabrik kelapa sawit CS beroperasi di Propinsi Riau, yang terbaru commission awal tahun 2008. Satu lagi project PKS CS akan dibina dalam tahun depan.
Saudara2 juga sila baca link http://uwa-pabriksawit.blogspot.com/2008/01/salam-kenal.html

Terima kasih