PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Friday, October 24, 2008

Dana RM5 Billion : Adakah Ianya Satu Preskripsi Yang Betul ?

by Rizal Jamil - Ketua AMK Negeri Pahang
Merujuk kepada sidang akhbar Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Dato’ Seri Najib Razak pada Isnin lepas, 20 Oktober 2008 di mana sejumlah RM5billion dana akan disuntik ke dalam ValueCap Sdn. Bhd. Untuk mencergaskan semula pasaran modal di Malaysia. Dana tersebut akan digunakan oleh ValueCap untuk membeli saham-saham yang telah susut nilai di bawah paras sebenar (“undervalued”)

Selain dari persoalan dari mana sumber dana tersebut diperolehi, iaitu pinjaman dari KWSP, persoalan yang lebih besar dari itu adalah : Apakah Langkah Tersebut Dapat Menyelamatkan Malaysia Dari Mengalami Kemelesetan Ekonomi ?

Sama seperti teori perubatan, seorang doktor itu harus menjalankan diagnosis terhadap jenis penyakit yang dihadapi oleh pesakitnya sebelum memberi preskripsi tentang jenis ubat yang harus diberikan kepada pesakit tersebut. Namun apa yang berlaku di dalam konteks Kewangan dan Ekonomi Malaysia adalah sebaliknya, Menteri kewangan yang baru telah memberikan preskripsi tanpa menjalankan diagnosis yang teliti terhadap permasalahan ekonomi yang bakal dan telah melanda Malaysia. Ini nyata menjurus Ekonomi Malaysia kejurang yang lebih dalam dan merbahaya.

AMK berpendapat, terdapat sekurang-kurangnya empat (4) faktor yang menyebabkan ekonomi Malaysia menuju kearah kemelesetan :-
1. Penguncupan Pelaburan Langsung Asing (FDI) : Ini disebabkan lebih ramai pelabur asing menarik keluar dana mereka dari Malaysia disebabkan pelbagai faktor termasuklah sistem pemerintahan yang tidak mesra perniagaan, destinasi negara lain yang lebih menarik seperti Vietnam dan China dan lain-lain lagi. Pada tahun 2007, Malaysia merekodkan penguncupan FDI sebanyak -RM9bil. Trend ini dijangka berterusan untuk tahun 2008 dan tahun-tahun yang akan datang.

2. Kelemahan Nilai Matawang Negara (RM) : Dagangan ringgit di pasaran matawang antarabangsa menyaksikan matawang negara telah merosot berbanding dengan matawang Dollar Amerika. Jikalau beberapa bulan yang lepas Ringgit diniagakan sekitar RM3.20 untuk setiap USD1, pada masa ini Ringgit diniagakan pada sekitar RM3.40 untuk setiap USD1. Ini menyebabkan peningkatan harga pada barangan import dan juga menyebabkan penambahan hutang luar negara akibat kelemahan ringgit

3. Pentadbiran Ekonomi Yang Tidak Telus : Di peringkat domestik,polisi dan kaedah pentadbiran ekonomi yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) menggalakkan penyalahgunaan kuasa dan pembaziran. Sebagai contoh, kaedah memberikan tender secara rundingan terus dan tidak melalui tender terbuka menyebabkan harga sesebuah projek meningkat secara mendadak. Kes terbaru yang melibatkan pembelian 12 helikopter untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebanyak RM2.7bil adalah contoh klasik kepada amalan ini. Perkara kedua yang membawa kepada kemelesetan ekonomi Malaysia adalah pembaziran yang keterlaluan melalui projek mega yang tidak membawa manfaat kepada rakyat dalam jangkamasa pendek dan sederhana contohnya projek Internet Jalur Lebar (HSBB) yang diberikan kepada TM pada kos sekitar RM11bil

4. Peningkatan Kadar Inflasi Negara : Kadar inflasi negara dijangka akan meningkat kepada sekitar 8% pada tahun ini berbanding dengan dibawah 4% pada tahun 2007. Ini merekodkan peningkatan sebanyak 100%. Antara faktor besar yang menyumbang kepada perkara ini adalah :

a. Peningkatan kos bahan api seperti Diesel dan Petrol. Langkah kerajaan untuk menaikkan harga domestik Petrol kepada RM2.78 daripada RM1.92 pada bulan Julai 2008 yang lepas telah mengakibatkan kos pengangkutan barang-barang keperluan meningkat secara mendadak.Kenaikan kos bahan api ini juga mendorong kepada peningkatan tariff elektrik yang memberi kesan langsung kepada kenaikan harga barangan
b. Pengeluaran Bahan Makanan yang rendah berbanding dengan keperluan negara.Malaysia mengimport sekitar RM15bil-RM16bil produk makanan dari luar negara. Walaubagaimanapun terdapat sesetengah dari barangan yang diimport seperti beras dan daging lembu merupakan produk yang boleh dikeluarkan sendiri oleh negara ini. Menurut perangkaan, pengeluaran beras negara hanya boleh menampung sekitar 75% dari permintaan dalam negara. Ini jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan negara China yang mampu menampung sekitar 110% dari permintaan dalam negara mereka. Di sebabkan negara terlalu bergantung kepada import makanan dari luar, sebarang masalah yang dihadapi oleh negara dimana Malaysia mengimport makanan akan menyebabkan harga makanan meningkat di dalam negara. Ini dapat dilihat beberapa bulan yang lalu dimana pengeluaran beras dari Thailand dan Vietnam merosot disebabkan hasil hasil tuaian yang kurang, harga beras di Malaysia meningkat hampir sekali ganda akibat kekurangan bekalan beras.

Dengan huraian mengenai sebab musabab yang akan menyebabkan ekonomi Malaysia menuju kearah kemelesetan, AMK merasakan bahawa preskripsi RM5bil yang diumumkan oleh Dato’ Seri Najib Razak akan menjadi ibarat “Menuangkan Garam Ke Laut

No comments: