PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Friday, October 10, 2008

Biro Penerangan PKR Pahang -- Suhaimi Said, Ketua Penerangan PKR Negeri Pahang

Setelah berjaya mengadakan Kursus Pidato peringkat Negeri Pahang selepas Pilehanraya yang lalu di Temerloh, aktiviti Biro Penerangan PKR Pahang tertangguh apabila PKR Bahagian Raub terpaksa menangguhkan aktiviti Negeri di Raub kerana kegagalan mendapatkan salah seorang pusat untuk turun ke Raub.
Saya telah bincangkan dengan pimpinan PKR Bahagian Raub untuk meneruskan aktiviti penerangan di Raub didalam masa terdekat ini.
Program yang perlu diaturkan di Raub adalah berbentuk kursus pidato di sebelah pagi yang dihadiri oleh Ahli-Ahli JK Biro Penerangan Negeri dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bahagian-Bahagian dengan diutamakan kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bahagian Raub dan pimpinan-pimpinan di Raub khususnya yang bakal dilatih untuk menjadi pemidato-pemidato.
Setelah makan tengah hari dan solat, peserta-peserta akan menumpukan kepada gerak-kerja di kampong-kampong terpileh untuk penyebaran risalah-risalah rumah kerrumah menjemput penduduk untuk menghadiri Majlis Ceramah di waktu sebelah malamnya.
Tumpuan kawasan-kawasan penyebaran adalah di kawasan-kawasan di mana PKR bertanding didalam Pilehanraya yang dahulu sebagai persiapan melengkapkan diri untuk pertandingan akan datang.
Sekurang-kurangnya 3 majlis ceramah diadakan untuk kawasan-kawasan itu, dan gerak-kerja penyebaran risalah-risalah adalah untuk kawasan-kawasan yang diliputi oleh majlis-majlis ceramah itu.
Saya dapat bayangkan bahawa jika wujud lebih dari 60 orang peserta-peserta dari luar dan lebih 30 orang peserta-peserta dari Raub, maka setiap kawasan liputan ceramah itu akan menerima 30 orang petugas-petugas untuk kerja-kerja dari rumah kerumah.
Penceramah-penceramahnya pula adalah terdiri daripada peserta-peserta kursus dengan keutamaan diberikan kepada peserta-peserta yang sudah mampu memberikan ceramah.
Gerakan seumpama ini akan mengunjungi semua Bahagian-Bahagian di Pahang dan ini akan mengujudkan budaya kerja dan bekerja untuk Biro Penerangan PKR Pahang semoga budaya ini tertanam dengan kukuhnya untuk mengujudkan budaya kerja dikalangan pimpinan dan ahli-ahli.
Yang penting, pimpinan peringkat Bahagian dan cawangan-cawangan kesemuanya terlibat!

No comments: