PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Thursday, October 9, 2008

Akhbar Sinar Harian Mohon Maaf Atas Kesilapan Penulisan Berita Kenyataan Anwar !!

by Pakatan Rayat Online


Akhbar harian "alternantif" Sinar Harian hari ini telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dengan kesilapan penulisan berita bertajuk "Anwar Akui Najib Dapat Lebih Sokongan" yang disiarkan di halaman N4 akhbar itu semalam.

Dalam laporan artikel terbabit ada menyebut satu kenyataan Anwar yang berbunyi "Najib mampu mendapat sokongan yang lebih dalam menguruskan ekonomi serta membersihkan negara ini daripada amalan rasuah dan salah urus ekonomi".

Kata-kata tersebut juga telah dijadikan "quotation" dan disiarkan dihalaman hadapan akhbar berkenaan. Kenyataan sebenar Anwar yang dibuat pada 7 Oktober di Perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta itu sepatunya dibaca seperti berikut "Najib tidak mampu mendapat sokongan yang lebih dalam menguruskan ekonomi serta membersihkan negara ini daripada amalan rasuah dan salah urus ekonomi".

Editor akhbar Sinar Harian menyiarkan ralat pembetulan di halaman N4 akhbar berkenaan hari ini. Antara lain mereka mengaku bahawa wartawan yang menulis berita tersebut telah tertinggal perkataan "tidak" dalam laporannya.

Apapun kita ucapkan syabas dan tahniah kepada Sinar Harian atas keperihatinan dan keterbukaan untuk mengaku kesilapan mereka. Ia jauh sekali berbeza dengan akhbar arus perdana yang lain seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Semakin disuruh memohon maaf, semakin banyak artikel disiarkan mengutuk tindakan tersebut, mereka langsung tidak mahu mengakui kesilapan membuat sesuatu artikel berkenaan. Justeru itu tidak salah kiranya penyokong Pakatan Rakyat meneruskan boikot Utusan.

Maka jadikanlah akhbar Sinar Harian sebagai wadah untuk menyampaikan sumber maklumat yang tepat kepada rakyat, terutamanya yang berada di perdalaman. Sinar Harian "Cakna Dan Dinamik"

No comments: