Majlis itu juga mencatatkan sejarah kerana begitu ramai pemimpin-pemimpin KEADILAN Negeri Pahang yang hadir termasuklah Datuk Fauzi Abdul Rahman selaku Pengerusi Negeri, Sdr Mohd Nor Jaafar selaku Timbalan Pengerusi Negeri, Anggota-Anggota Jawatankuasa yang hadir termasuklah Sdr Bostamin Bakar, Sdr Haji Zahari Mamat, Sdr Zaidi Ahmad, Sdr Mohd Hatta, Sdr Hafez Harun dan Sdr Jamil, dan turut hadir dengan memberikan ceramah yang sangat hebat adalah Felicia Ling, Pengerusi PKR Cabang Cheras.
Turut hadir adalah Sdr Rusli Ahmad, Naib Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda, Sdr Mohd Sain, bekas calon PKR DUN Lanchang, dan pimpinan Wanita Kuala Krau termasuklah Pn Zaida Husin, Pn Anita Karim dan Pn Hendon Jaafar.
Sdr Yusri Ahon, Timbalan Pengerusi Biro Hal Ehwal Orang Asal; Sdr Shafie Deris, Naib Pengerusi Biro Hal Ehwal Orang Asal; dan Sdr Kin Kasim, Naib Pengerusi Biro Hal Ehwal Orang Asal turut hadir dan berucap di Majlis tersebut.
Majlis yang dianjurkan oleh Biro Hal Ehwal Orang Asal PKR Pahang untuk PKR Cabang Temerloh itu adalah suatu kejayaan diluar dugaan.
Majlis ini mencatatkan sejarah kerana inilah kali pertama kampong ini menjadi tuan rumah kepada Majlis Penerangan mana-mana parti pembangkang, dan kampong ini terkenal dengan kekuatan UMNO dimana 100% penduduknya tidak pernah menyertai mana-mana parti pembangkang.
Pada malam Majlis itu diadakan seramai 10 orang penduduk memohon menjadi anggota Parti Keadilan Rakyat, dan Sdr Roman Achai yang menjadi tuan rumah kepada Majlis itu menyatakan bahawa golongan majoriti daripada penduduk kampong itu akan menyertai PKR dan sebuah Ranting Parti Keadilan Rakyat akan ditubuhkan sebelum berakhir tahun 2009.
Cikgu Jalaludin Johan yang lebih tekenal dengan nama Cikgu Tot benar-benar menarik perhatian hadirin kerana kepetahannya bercakap dalam Bahasa Temuan, sedikit-sedikit bahasa Jahut dan Semelai. Cikgu Tot adalah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh yang meninggalkan parti itu untuk menyertai KEADILAN
Felicia Ling, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Cabang Cheras menyampaikan sumbangan kepada Haji Suhaimi Said untuk perbelanjaan bagi penubuhan Ranting-Ranting PKR di Kuala Krau, termasuk Ranting Lubok Wong dan Ranting Rekoh dan perbelanjaan mengingati Arwah Achan Chandek, Penaja PKR Ranting Kg Paya Pelong
Lagu Orang Asal adalah simbol perjuangan kaum Orang Asal
Lagu Orang Asal dinyanyikan hingga larut malam
Inilah tenaga Wanita dan AMK Kuala Krau yang menyediakan makanan untuk Majlis Penerangan tersebut. Sumbangan mereka adalah besar, menyediakan 300 bungkus nasi.
Apakah gerangan yang dibincangkan oleh Sdr Bostamin, Pengerusi PKR Cabang Maran dan Sdr Jamil, Ketua AMK Temerloh
No comments:
Post a Comment