PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Thursday, December 10, 2009

PERKAMPUNGAN ORANG ASAL POS ISKANDAR: DARI CATATAN SEJARAH PKR DULU DAN KINI

Orang Asal (Asli) merupakan antara kaum yang perlu diberi pembelaan yang utama sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pimpinan kerajaan di negeri Pahang ini. Dengan jumlah komuniti tersebut yang begitu ramai seperti di daerah Bera sendiri, sudah pastilah usaha kearah itu begitu sukar sedikit berbanding kaum yang lain.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bera telah mengambil langkah yang proaktif keatas itu apabila kembali memasuki ke kawasan penempatan orang asal dengan menjadi Pos Iskandar sebagai destinasi keduanya selepas Bukti Rok.

Hampir kesemua AJK PKR cabang Bera telah bersama dengan kira-kira 200 orang penduduk di Pos Iskandar itu telah menjayakan program ini. Kesan daripada program ini jutelah mula menampakkan hasil apabila penduduk disitu sebulat suara bersetuju menubuhkan satu lagi ranting orang asal di Pos Iskandar selepas Bukti Rok.

Penubuhan ranting ke enam PKR di Bera ini cukup menakjubkan semua kerana ianya telah membuka mata pihak-pihak tertentu terutamanya Umno / BN agar jangan lagi merasa sombong dan angkuh kepada kaum asal ini dengan boleh melakukan apa sahaja demi kepentingan Umno / BN!

Tn Hj Abas Awang selaku Ketua Cabang ketika diminta komen mengenai hal ini antara lain berkata;

“Apa yang berlaku kini menunjukkan orang asal sudah mula berubah. Tidak lagi hanya menurut kata Umno / BN dan yang paling pentingnya sudah ada kesedaran yang tinggi serta meluas berbanding dahulu. Mereka berubah kini mengikut masa dan peredaran zaman”.

“Pengabaian Umno / BN terhadap janji-janji kepada orang asli ini cukup banyak! Walaupun sudah 52 tahun Negara kita merdeka tetapi tahap kehidupan serta pendidikan orang asal ini masih rendah dan ini secara tidak langsungnya bertentangan dengan apa yang didakwakan oleh PM DS Najib Tun Razak sebagai 1 Malaysia?”

“Contohnya kita boleh melihat bagaimana jalan raya dari Felda Triang 1 ke Pos Iskandar sendiri sudah hamper 10 tahun masih tidak di baiki serta kekal ditahap sama sehingga kini! Kenapa ianya boleh berlaku lagi?”


“Orang asal kini juga terkilan dengan sikap dan janji kerajaan apabila berterusan mengabaikan hak kaum ini terutamanya didalam soal tanah apabila dilihat sebagai menafikan hak sebagai warganegara kepada orang asal”


Didalam masa yang sama, beliau yang juga mantan Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan turut mempersoalkan apa rasionalnya pembinaan kompleks bangunan baru sekolah seperti di Tembangau 6 ini (bersebelahan dengan Pos Iskandar) boleh dibina sebesar-besarnya kompleks ini kerana apa yang dilihatkan ianya lebih kepada sebagai ‘Projek Gajah Putih’ sahaja kerana didapatinya banyak kelas-kelas yang masih kosong sehingga kini. Pelajar yang ada pun sekitar 100-200 orang sahaja tetapi kompleks sekolah yang dibina adalah sebesar sekolah yang sepatutnya memiliki pelajar antara 800-1200 orang!

Ini jelas telah berlaku pembaziran akibat membina kompleks sekolah ini di tempat yang tidak sewajarnya tanpa mengkaji secara mendalam kesannya.

Sdr Amir Abd Aziz, Naib Ketua Cabang 1 PKR Bera yang juga seorang Peguam di Bandar Bera ini antara lain berkata;

“Amatlah diharapkan dengan adanya muka-muka baru didalam PKR Bera ini yang terdiri daripada kaum asal sendiri seperti Sdr Bob Manolan (Ketua AMk Bera), Sdr Zarizan (Setiausaha AMK Bera), Sdr Jemadi (AJK PKR Bera) dan Sdr Romani sendiri selaku Ketua Ranting PKR Pos Iskandar diharapkan boleh membawa perubahan yang besar terutamanya perolehan undi untuk Dun Kemayan ketika di pilihanraya umum nanti”

“Pengalaman saya sendiri sebagai Calon PKR Di Dun Kemayan ketika bertanding di PRU 11 2004 lalu amat memeritkan kita sebagai pembangkang. Dengan ketiadaan anak tempatan orang asal sudah pasti lagi kita sukar di kawasan orang asal. Undi yang kita perolehi daripada Pos Iskandar amat-amatlah menyedihkan kerana yang pasti orang asal disana ketika itu menolak PKR!”

“Jadi saya amat berharap agar sokongan orang asal terhadap PKR di Bera ini berterusan dan kekal sehingga PRU ke 13 nanti”.


Setiausaha Cabang PKR Bera, Sdr Rizan Hj Ali yang juga seorang Jurutera didalam kenyataannya jelas sekali mengatakan kaum orang asal perlu dibela daripada terus dijadikan ‘alat’ kepada Umno / BN semata-mata untuk kepentingan mereka denganberterusan membuat janji-janji kosong setiap kali pilihanraya umum menjelma.

“Kita akui kita sukar sangat dahulunya untuk memasuki apatah lagi mencari undi di Pos Iskandar kerana Umno / BN sudah menguasai segala-galanya untuk memastikan orang asal mengundi BN”.

“PRU 2004 amat mencabar ketika itu, saya selaku Setiausaha Kepada Calon PKR Dun Kemayan (Sdr Amir Abd Aziz) ketika itu kerap dihalang dan tidak langsung diberi kerjasama oleh penduduk di situ bagi memperkenalkan calon kita malahan pernah dihalang tanpa sebarang alasan”.

“Sebab itu apabila keputusan PRU 11 2004 diumumkan, kita sudah menjangka apa yang kita dapat. Walaupun amat sedih, kita tetap menerimanya dengan hati yang terbuka. Paling penting usaha kita dahulu sudah mula menampakkan hasilnya kini dengan tertubuhnya ranting PKR Pos Iskandar selepas 10 tahun PKR wujud di bumi Malaysia ini, bagi saya dan pimpinan PKR terdahulu di Bera ini ianya merupakan satu kejayaan yang berjaya dan gemilang”.


Kisah suka duka serta pengalaman bersama masyarakat orang asal di Pos Iskandar sejak sekian dahulu amatlah berharga terutamanya didalam usaha Pakatan rakyat untuk mendapatkan undi masyarakat tersebut.

Adalah menjadi harapan kita, dengan perubahan yang ada terhadap masyarakat orang asal ini kita mampu mengembangkan lagi pengaruh kita ke kawasan tersebut demi perubahan yang lebih gemilang.

No comments: