PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Friday, May 29, 2009

Undangan kepada rakan-rakan seluruh Pahang hadir ke Kuala Krau

Wanita Orang Asli dari DUN Jenderak, Kuala Krau
tampil kehadapan menyertai Parti Keadilan Rakyat memperjuangkan
hak dan kepentingan kaum dan masa depan mereka!

DUN Jenderak adalah DUN yang paling sukar untuk dimenangi oleh PR. Pengundinya tidaklah begitu ramai, tetapi lebih 95% dari mereka adalah pengundi-pengundi Melayu/Orang Asli menjadikan ia suatu kawasan yang paling sukar ditembusi oleh mana-mana Parti Pembangkang.


Kehadiran pengundi dari kaum Orang Asli yang agak besar menjadi aset yang sangat berfaedah kepada UMNO. Kerajaan Barisan Nasional tidak perlu memberikan apa-apa tumpuan pembangunan untuk kemajuan Orang Asli, padan dengan projek-projek kecil yang faedahnya lebih menguntungkan para kontraktor sudah cukup untuk menawan hati Orang Asli.


Orang Asli boleh melupakan kehidupan mereka yang 50 tahun ketinggalan dari masyarakat kaum lain apabila UMNO mendatangkan majlis-majlis yang berbentuk mengkhayalkan seperti majlis karaoke, joget dan minuman arak.


Orang Asli boleh melupakan tuntutan mutlak mereka keatas tanah, kehidupan yang lebih sempurna, kemudahan khidmat kesihatan, kemudahan persekolahan untuk anak-anak dan kemudahan pertanian serta usaha-usaha membasmikan kemiskinan.


Persepektif itu sudah mula berubah apabila Parti Keadilan Rakyat menghadirkan diri ke perkampongan mereka dengan membawakan slogan perjuangan sebagai suatu Harapan Baru bagi mereka untuk merubah fikiran agar mereka terlibat didalam gerakan supaya membebaskan diri mereka dari cengkaman kemiskinan yang perlu dimulakan dengan kesedaran dan keinsafan serta menolak sikap merendah diri berhadapan dengan tindakan yang merugikan kaum mereka yang didatangkan oleh UMNO.


Kini seramai 446 orang dari kaum Orang Asli didalam DUN Jenderak sudah pun menyertai keahlian Parti Keadilan Rakyat dan golongan ini mulai memimpin masyarakat kaum mereka untuk berjuang diatas landasan sebenar. Mereka tidak mahu lagi dikhayalkan dengan perkara-perakara yang tidak berfaedah untuk masa depan mereka dan anak cucu mereka.


Kami menjemput pimpinan Negeri, Bahagian-Bahagian serta cawangan-cawangan PKR seluruh Pahang ke DUN Jenderak. PKR Bahagian Kuala Krau mengadakan program mingguan diperkampongan Orang Asli disini.


Majlis Dailog akan diadakan pada 6hb Jun 2009 jam 4.00 petang di Kg Paya Pelong dan 7hb Jun 2009 jam 4.00 petang di Kg Berdut. Marilah bersama-sama kami memperjuangkan hak Orang Asli dan bersama kami menjadi ejen perubah bagi masa depan Orang Asli.

1 comment:

Dida... said...

Salam..

Saya pernah tinggal di Pahang selama 3 tahun sewaktu saya belajar di UiTM Jengka...

Saya dapati memang banyak tempat yang masih mundur dan tidak kurang juga di Pekan..

Besar harapan saya jika pihak PKR / PAS dapat menawan hati penduduk Pahang supaya dapat melakukan perubahan besar ketika PRU13 nanti..

Teruskan usaha murni anda...