PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM
Wednesday, June 3, 2009
Biro Agama PKR Pahang anjur kuliah Agama
Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang melalui Biro Agama Islam telah mengadakan kuliah agama bertajuk Hadis 40, kuliah tersebut telah berjaya menarik kehadiran yang amat menggalakkan sekitar 40 hingga 50 orang setiap kali diadakan. Biro Agama Islam yang dipengerusikan oleh Ustaz Khazizi, merancang untuk mengadakan kuliah agama ini setiap bulan dan biasanya akan diadakan pada hari Ahad pada minggu terakhir. Kuliah agama yang telah pun dijayakan ialah pada 29/3, 26/4 dan 24/5/2009 bertempat di Bilik Seminar/Kuliah Ibupejabat Parti Keadilan Rakyat Pahang yang beralamat di Lot 1051, KM 8, Jalan Kuantan/Kemaman 26100, Kuantan.
Menurut Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman beliau sangat berpuashati dengan kelancaran dan sambutan daripada orangramai terhadap kuliah agama tersebut dan berharap program ini akan dapat memberikan manfaat yang sangat berguna bagi mengimbangkan pengetahuan duniawi dan ukhrawi. Pesan beliau lagi, ahli-ahli PKR yang beragama Islam perlulah menghayati dan menyiapkan diri dengan ilmu agama agar dapat semangat juang yang kental dan tidak mudah menjual harga diri jika ditawarkan imbuhan oleh parti lawan.
Ketua Penyelaras Pejabat PKR Negeri, saudara Hatta, beliau mengharapkan anak-anak muda haruslah merapatkan diri dan mengikuti kuliah agama dan program-program sebegini bagi menguatkan tali silaturrahim dan semangat ukhwah sesama kita sebagai rakan seperjuangan supaya tidak tergelincir dari landasan agama yang harus didahulukan dalam membuat apa-apa tindakan. Ini menunjukkan PKR sentiasa mengutamakan dan tidak melupakan majlis-majlis ilmu agar kita dibekalkan oleh ilmu pengetahuan dunia dan akhirat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment