Pagi ini jam 10.00 saya memanggil semua petugas-petugas Pahang untuk bermesyuarat. Petugas-petugas Pahang yang ada di Penanti sudah melebihi 25 orang, tetapi setakat ini mereka bergerak di beberapa JDM tanpa koordinasi pusat.
Ada di Mengkuang, ada di Tanah Liat, ada Guar Perahu dan berbagai tempat lagi. Pada hari ini saya akan cuba menyatukan kekuatan Pahang supaya kesemuanya berpusat di Mengkuang Semarak dibawah satu arahan Pahang dan diletakkan dibawah JDM 4 bertugas untuk Markas Mengkuang Semarak.
Saya juga sudah berbincang dengan YB Fuziah Salleh dan telah juga berbincang dengan Sdr Faris, dan saya jemput Sdr Faris ke mesyuarat jam 10 itu kerana beliau mahukan sebahagian dari AMK Pahang diletakkan dibawah AMK Pusat yang mempunyai tugas-tugas tertentu.
Kita mahu "head count" dahulu. Berapa ramai petugas-petugas Pahang yang sudah tiba di Penanti. Dan selepas itu kita boleh juga bermurah hati untuk mengagih-agihkan tugas ke lain-lain JDM yang memerlukan.
Petugas-petugas Pahang akan sampai lagi pada hari ini sehinggalah 27hb nanti. Kuantan akan sampai pada hari ini. Kuala Krau akan sampai pada 26hb, Sdr Harris dari Raub dengan kumpulannya akan sampai.
Sdr Haji Abas, Ketua Penerangan akan sampai dalam sehari dua ini, dan apabila petugas-petugas Pahang sudah memenuh dari setiap Bahagian, kita akan dapat kumpulkan lebih dari 50 orang yang bertugas di Penanti sehingga ke Hari Pembuangan undi.
Tugas kita di Penanti ini adalah jauh lebih berat dari Pilihanraya-Pilihanraya Kecil yang lain. Di PRK yang lain, ada momentum, kerana kita ada perlawanan sebenar. Di sini, kita tidak berjumpa dengan lawan kita. 3 orang calon Bebas itu entah duduk di mana. Mereka tak sampai ke kampong-kampong, mereka tidak ada jentera, mereka tidak ada poster, mereka tidak ada ceramah, dan tv dan surat khabar pun tak berbicara tentang pilihanraya ini. Aman, begitu aman!
Suasana ini tidak baik. Suasana ini sejuk. Suasana ini boleh menyebabkan keadaan selesa. Suasana ini boleh menyebabkan orang tidak keluar mengundi. Bagi mereka, PKR sudah menang, samada mereka keluar atau tidak mengundi.
Kita mahu ubah persepsi ini. Kita mahu rancakkan suasana ini. Kita mahu pengundi-pengundi "excited" dan kita mahu menang besar. Dan untuk itu kita mahu mengunjungi setiap rumah yang ada di Penanti. Kita mahu pengundi-pengundi dengan penuh semangat keluar mengundi dan memenangkan calon PR, Dr Mansor Othman, dengan cara yang lebih bergaya.
Dan justeru kerana itu, kita mahu Bahagian-Bahagian di Pahang hadir ke Penanti untuk menjalankan tugas kita merancakkan perjalanan Pilihanraya ini!
1 comment:
salam.... bila nak tewaskan BN pahang... bongkak sgt cik ADNAN tu.. dan kalau boleh dapatkan majority lebih untuk parlimen PEKAN yea... PRU13 kite hantam mereka...
Post a Comment