PKR mengembang pesat di Jerantut!
Sekembali saya dari rombongan penyerahan Deraf Pembangunan Daerah Temerloh kepada YDP Perbandaran Temerloh, saya menerima panggilan dari seorang sahabat memberitahu saya bahawa wakil-wakil UMNO dari DUN Tahan, Jerantut ingin bertemu dengan saya untuk membincangkan tentang kemasukan mereka kedalam Parti Keadilan Rakyat.
Jam 4.00 petang tadi saya dipanggil untuk bertemu dengan wakil mereka untuk perbincangan ringkas dan beliau mengambil 200 keping borang ahli dari saya.
Dalam tempoh dua-tiga hari lagi mereka mahu saya datang ke DUN Tahan untuk perbincangan dengan pimpinan cawangan-cawangan UMNO disana dari sudut untuk penubuhan cawangan-cawangan PKR di DUN Tahan.
Perkembangan positif ini bukan saja berlaku di DUN Tahan, malah di DUN Pulau Tawar. Malam tadi saya ditalipon oleh Sdr Rosli dari Kota Gelanggi 2 bahawa beliau akan menghadiri satu majlis di Sg Tekam untuk menerangkan penubuhan cawangan baru. Kalau di Kota Gelanggi 2 berjaya mengumpulkan 200 orang ahli untuk cawangan itu, Felda Sg Tekam juga berhajat untuk mendapatkan keahlian yang tidak kurang dari itu.
Didalam bulan ini membawa ke bulan Jun 2009, semua rancangan Felda dan semua kampong didalam DUN Pulau Tawar sudah ditubuhkan cawangan PKR, dan pekerjaan ini menjadi ringan dan mudah apabila pertandingan di Kuala Trengganu memihak kepada Pakatan Rakyat.
Sementara itu beberapa orang Ketua Cawangan di DUN Lanchang menghubungi saya untuk persediaan mereka keluar dari UMNO bersama-sama dengan ahli-ahli mereka.
Insya Allah dari sekarang hingga Jun 2009, Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang kena membuka seluas-luas pintunya kepada ahli-ahli UMNO untuk menyertai parti itu. Ini adalah kehendak rakyat, dan tsunami ini akan memungkinkan UMNO akan berkubur di Pahang didalam PRU-13.
PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM
Friday, January 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment