by Pahang daily
INDERA MAHKOTA- Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Indera Mahkota telah membuka satu lagi Pusat Khidmat Masyarakat DUN Semambu di Indera Mahkota semalam. Majlis perasmian yang sepatutnya dibuat oleh Azmin Ali, Naib Presiden PKR telah disempurnakan oleh YBhg Dato' Fauzi Abd Rahman selaku Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pahang. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota), Tuan Syed Mohammed Tuan Lonik (ADUN Beserah), Saudara Wak Rabidin (Ketua PKR Bahagian Rompin) dan Ketua Cawangan PKR Indera Mahkota Tuan Syed Talib Syed Abd Rahman. Program yang bermula sekitar jam 2.30 petang dan berakhir jam 5.00 petang itu telah dihadiri oleh para pemimpin setempat dari PAS, PKR, KRT dan orang ramai. Cuaca yang agak tidak mengizinkan menyebabkan ramai penyokong Pakatan Rakyat yang tidak dapat hadir bagi memeriahkan majlis berkenaan. Namun begitu iai berjaya juga diadakan dengan jayanya.
Dalam ucapan aluan, Dato' Fauzi banyak menyentuh soal lebih banyak cawangan PKR akan dibuka terutamanya di kawasan felda dalam masa terdekat ini. Menurut beliau, selepas PKR berjaya menembusi perkampungan Felda Panching Selatan, kemudian Panching Utara selepas itu. Maka angin perubahan yang bertiup kencang kini PKR juga akan membuka cawangannya di Felda Bukit Goh, Bukit Sagu, Bukit Kuantan serta lain-lain di kawasan parlimen Paya Besar. "Penerimaan daripada masyarakat Felda amatlah menggalakkan sekali. Bahkan ramai pemimpin UMNO setempat yang sudah muak dengan parti itu kini sudah mula menunjukkan minat untuk bersama PKR dalam Pakatan Rakyat. Kita menjangkakan selepas ini lebih ramai warga Felda akan bersatu dalam Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13 nanti" katanya. "Pakatan Rakyat sebenarnya bukan mahu menumbangkan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional seperti yang diwar-warkan, tetapi kita berhasrat untuk membentuk kerajaan sebenarnya. Gelombang perubahan sudah jelas dapat dilihat dimana-mana, bahkan kita amat yakin bahawa negeri Pahang bakal tumbang dalam pilihanraya umum akan datang" katanya.
Menyentuh tentang persoalan hudud, menurut Dato' Fauzi hudud kini menjadi satu agenda baru BN untuk memenangi hati rakyat dalam pilihanraya kecil Kuala Trengganu tidak lama lagi. Justeru itulah mereka menggunakan media arus perdana untuk menunjukkan bahawa terdapat perpecahan yang ketara dalam Pakatan Rakyat selepas isu itu dimainkan. "Mereka mempunyai media arus perdana untuk menghentamk kita. Sedangkan kita tidak mempunyai medium yang cukup untuk menjawab balik segala tohmahan tersebut. Cuba bayangkan jika kita boleh menggunakan media arus perdana itu. Lebih banyak perpecahan sebenarnya yang berlaku dalan BN antara UMNO, MCA dan MIC itu sendiri. Namun rakyat sebenarnya sudah bijak menilai sesuatu isu yang dibawa itu sebenarnya. Tentang isu Hudud yang dibawa oleh parti PAS pula, saya yakin dan berharap apa yang dibawa oleh parti itu diterima baik oleh semua agama kerana perlaksanaan hukum itu tidak kejam seperti yang diperkatakan selama ini. Sejarah Islam menunjukkan yang perlaksanaan hukum Hudud itu sendiri membawa kemakmuran dan kemajuan terhadap tamadun Islam yang dibina oleh Rasullullah SAW serta para sahabat" katanya.
Dato' Fauzi juga banyak menyentuh soal pembaziran dan negeri Pahang yang kini sudah diambang "muflis" jika tidak diselamatkan. Justeru itu langkah terbaik yang perlu sekarang ialah melakukan perubahan demi masa depan generasi akan datang. Turut menyampaikan ucapan pada hari tersebut ialah YB Azan Ismail (foto). Beliau lebih banyak menyentuh soal ekonomi dan berharap supaya rakyat dapat bersedia untuk menghadapi keadaan ekonomi yang lembap dan setersunya mampu menggugat perbelanjaan terutamanya bagi mereka yang kurang berkemampuan. "Pelbagai langkah dan perancangan perlu diatur agar sebarang masalah berkenaan ekonomi dapat diatasi dengan baik serta tidak mengganggu kehidupan rakyat. Ibubapa juga perlu memainkan memainkan peranan penting bagi membina generasi berilmu dan berkahlak mulia bagi menjayakan agenda pembangunan negara pada masa akan datang" katanya.
[Sesungguhnya, kami melihat sokongan dan perubahan besar rakyat kini sudah semakin ketara dan dizahirkan. Jika dulu, ramai pihak yang gemar bersembunyi dari berhadapan dengan kenyataan. Namun kini mereka sudah bijak dan berani untuk mempertahankan prinsip masing-masing. Apa yang jelas, perubahan semakin ketara sejak Dato' Fauzi mengambil alih tampuk kepimpinan PKR Pahang baru-baru ini. Agenda beliau jelas dapat dilihat dalam usaha untuk memberi kesedaran dan pemahaman kepada rakyat Pahang tentang mengapakan mereka perlu menolak kepimpinan kerajaan negeri sedia ada sekarang ini].
No comments:
Post a Comment