PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Tuesday, October 28, 2008

Ceramah Hebat di Kuala Krau

Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau akan menganjurkan Majlis Ceramah Politik pada 11hb November 2008 bertempat di Pejabat PKR Jalan Besar Kuala Krau.
Penceramah-penceramah yang berstuju untuk hadir memberikan ceramah adalah:-
1. YB Sdr Gobalakrishnan, Ahli MPT PKR dan Ahli Parlimen Padang Serai
2. YB Sdr Choong Siew Onn, DAP dan ADUN Trans
3. Sdr Syed Sahir bin Syed Mohamud, Presiden MTUC
4. Sdr Badrul Hisham Shaharim (Cikgu Bard) Ahli MPT PKR
Orang Ramai dijemput hadir beramai-ramai

Monday, October 27, 2008

Pengusaha Stesyen Minyak lebih penting dari pengguna ?


PAKATAN RAKYAT KOMITED PERJUANGKAN HAK GOLONGAN MARHAEN - ANWAR

Inilah implikasinya jika turunkan sedikit demi sedikit harga minyak. Saya sebutkan harga minyak kerana ianya penting dan sekarang di bawah harga minyak USD70 setong dan harga minyak masih tinggi dan golongan yang memotong getah dan kelapa sawit, harga keduanya jatuh - DSAI

Ketua Umum KeADILan merangkap Anwar Ibrahim telah mengadakan lawatan kerja sehari di kawasan beliau khusus nya di kampung Permatang Rawa untuk meyampaikan bantuan dan sumbangan disamping berucap dan beramah mesra bersama fakir-miskin dan warga emas termasuk kaum India di sana.

“Ianya bukan sahaja melibatkan kerajaan negeri dan kerajaan pusat harus bertanggungjawab juga memantau melalui egensi tertentu”, demikian jelas Anwar setelah mendengar keluhan penduduk. Semasa Dr Wan Azizah mewakili mereka, pelbagai usaha telah di lakukan, namun gagal dilaksanakan kerana kawasan tersebut di kelilingi pembangunan pesat. Usaha-usaha itu gagal dilaksanakan oleh kerajaan Pusat kerana di lihat lebih cenderung membantu syarikat-syarikat besar berbanding usaha membantu golongan-golongan buruh, nelayan, petani serta orang dhaif yang benar-benar perlukan bantuan.

“Baru-baru ini Menteri Kewangan umum RM5 bilion untuk menaikan saham dan RM5 bilion untuk bantu orang kaya, syarikat-syarikat besar tetapi untuk membantu golongan kecil, amat payah. Saya tidak menyatakan kerajaan Barisan Nasional tidak membantu tetapi jumlah RM5 bilion di lihat terlalu besar untuk membantu syarikat-syarikat kaya. Nak suntik saham, saya tak kata orang kaya tak turun pendapatan dengan harga barang dan tanggungan sekarang. Mudah-mudahan akan ada perubahan nanti”, tambah Anwar yang juga merupakan Ketua Pembangkang.

“Dulu masa saya berucap sebagai Menteri Kewangan, saya dengar bagaimana Ketua Pembangkang Saudara Lim Kit Siang berhujah supaya kita dapat meneliti dan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya kita baiki, dapat teliti, tetapi sekarang mereka tidak mahu mendengar, malah sombong dan takut untuk mendengar hujah saya. Sebabnya, kalau mereka dengar, sudah tentu mereka dapat menyelesaikannya.

“Misalnya, untuk menurunkan harga minyak, saya telah katakan dahulu bahawa kita boleh turunkan harga minyak sedikit demi sedikit sebagaimana sekarang, macamana nak turunkan harga barang keperluan dengan serta-merta. Inilah implikasinya jika turunkan sedikit demi sedikit harga minyak. Saya sebutkan harga minyak kerana ianya penting dan sekarang harga minyak RM70 setong dan harga minyak masih tinggi dan golongan yang memotong getah dan kelapa sawit, harga keduanya jatuh.

“Ikhtiar dan doa dan bila ada surau dan masjid kenalah mengimarahkan dan susun semula jawatankuasa masjid dan pertingkatkan kelas pengajian quran an agama semoga ianya dapat menjadi pengisisan jemaah dan haruslah di tingkatkan, walaupun ianya bemula dengan 5 orang”, demikian tegas Anwar mengakhiri ucapan beliau. Anwar di teman oleh ADUN Penanti merangkap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Mohd Fairus Khairuddin.

Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen kawasan tersebut, mengucapkan tahniah kepada kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di atas ikhtiar membantu golongan miskin secara beransur-ansur.

Katanya, penghapusan masalah miskin tegar dan usaha ini harus di susuli dengan doa dan mengimarahkan masjid. Beliau juga mengucapkan terima kepada rakan-rakan yang kaya-raya, berada dan berkemampuan untuk sama-sama membantu meringankan beban masyarakat miskin dan tidak berkemampuan.

Syarikat Terbesar Yahudi Sudah Bertapak Di Johor

Menteri Besar Johor bersama Pengarah Halliburton, David King merasmikan pembukaan kilang pada 29 Mac 2008.


Syarikat Illuminati Sudah Tiba Di Johor

Dalam sidang perbahasan di parlimen pada 21 Mei (Rabu), Dato’ Seri Tuan Guru Hadi Awang telah mempersoalkan tindakan Kementerian Perdagangan yang memberi kelulusan syarikat Yahudi Zionis untuk membuka kilang seluas 20,000 kaki persegi di Taman Teknologi Johordi Johor.

Syarikat tersebut dikenali sebagai Halliburton Manufacturing & Technology (M) Sdn. Bhd. Tuan Guru mempersoalkannya kerana syarikat tersebut terlibat secara langsung dengan penjajahan Amerika di Iraq, Mesir dan Palestin.

Amat mengecewakan apabila Timbalan Menteri iaitu Dato’ Jacob Dunggau Sagan gagal menjawab soalan Tuan Guru. Beliau hanya sekadar berhelah kosong dan memberitahu kerajaan memberi kebenaran kerana syarikat tersebut mampu membawa pulangan faedah terkumpul yang banyak kepada kerajaan.

Berkenaan Halliburton Manufacturing

Halliburton merupakan syarikat pembekal senjata utama untuk peperangan di Iraq. Syarikat ini juga merupakan syarikat warisan keturunan Yahudi yang bernama Halliburton. Di bawah syarikat ini terdapat banyak lagi syarikat-syarikat yang mengkhusus dalam teknologi senjata dan minyak.

Asalnya Halliburton Manufacturing diasaskan oleh dua orang tokoh perniagaan Yahudi iaitu Vida dan Erle P. Halliburton dan beribu pejabat di Burkburnett, Texas pada 1919. Core business untuk syarikat ini ialah Oil Well Cementing.

Sejak dari 1919 hingga 1982, jumlah pekerja tetap syarikat Halliburton ialah seramai 115,000 orang. Namun jumlah pekerja menurun kepada 73,000 orang pada 1991.

Untuk memantapkan peranan Halliburton Manufacturing, syarikat ini telah menubuhkan sebuah anak syarikat yang berperanan khusus dalam pembekalan alatan perang berteknologi. Anak syarikat tersebut bernama Brown & Root Service.

Peranan Brown & Root Service Dalam Polisi Perang Amerika

BRS adalah sekutu terbesar dalam membekalkan alatan perang sejak 1990-an. BRS secara langsung telah terlibat dalam konflik-konflik seperti…
  • Desert Storm Operation, Kuwait pada 1991,
  • Konflik Balkan, 1990 dan Bosnia-Herzegovina. Dalam konflik ini, Halliburton telah menubuhkan sebuah lagi anak syarikat baru iaitu Kellog Brown-Root (KBR),
  • Perang Teluk, Perang Afghanistan dan Perang Iraq.
Kekuasaan Halliburton dan Syarikat-Syarikat Yahudi Lain

Pada era Bush, Halliburton adalah penguasa sebenar loji-loji minyak di seluruh tanah Arab atau negara Islam kecuali Iran. Kekuasaan Halliburton bolehlah disamakan dengan kekuasaan Exxon Mobil yang dimiliki oleh David Rockefeller.

Menurut Dr. P.s.Bab*****, …bagi sesiapa yang bukan dalam bidang industri minyak, Halliburton adalah sebuah syarikat yang misteri. Bagi yang terlibat dengan industri minyak pula, Halliburton adalah syarikat jenayah kolar putih.”

Halliburton boleh disamakan dengan syarikat Yahudi lainnya seperti Baskin Robin (pembekal aiskrim untuk kem tentera Amerika di Iraq) dan pakaian jenama Bill Khakis iaitu pembuat pakaian tentera Amerika dan Zionis sejak 1880-an.

(Dari kiri) Irvin Robbin, pengasas Aiskrim Baskin Robbin dan Erle P. Halliburton
Halliburton sama sahaja dengan kedua-dua syarikat ini, “tidak popular, tetapi amat berkuasa” dan terlibat secara langsung dengan setiap peperangan dunia dengan memainkan peranan masing-masing.


Tidak diketahui adakah pemilihan syarikat Halliburton oleh kerajaan Malaysia dibuat secara paksa atau pilihan terbuka. Adalah amat tidak logik pihak kerajaan Malaysia tidak mengetahui latar belakang syarikat ini.

Tindakan Kementerian Perdagangan itu bukan sahaja dipersoalkan oleh Pakatan Rakyat tetapi juga dari ahli perlimen BN sendiri iaitu Dato’ Mukhriz Tun Mahathir dalam perbahasan parlimen pada hari yang sama.

Wallahu’alam.

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=17690

Sunday, October 26, 2008

Kalau Betul Nak Jaga Rakyat, Turunkan Harga Minyak Hari Ini…

Najib kata harga minyak malaysia akan ikut Harga Minyak dunia , tapi harga minyak dunia dah lama turun ................. sap-sap najib kata beri masa sikit kepada kerajaan untuk membuat keputusan.......... pening-pening.......... yang mana satu betul, merapu dah agaknya.

KISAH MAT TAIB DAN SAKIT TUA

nikah jenis pemimpin yang kita nak tonjolkan di abad ke-21 ni? Fikirannya lapok. Yang dia ingat, dengan duit dia yang berjuta-juta ringgit, dia boleh beli sokongan semua warga UMNO. Dia ingat kita ni semua bebal dan baghal

Seronok betul tengok drama Mat Taib @ Mike Tyson nak dapatkan pencalonan kerusi Timbalan Presiden UMNO. Senang cakap, dia tengah jual lelong dirinya sendiri.

Pagi tadi terkial-kial dia iklankan dirinya menerusi Bernama TV. Dia kata, dia tidur di rumah Orang Asli. Dia kata macam-macam nak suruh orang kasi dia pencalonan.

Inikah jenis pemimpin yang kita nak tonjolkan di abad ke-21 ni? Fikirannya lapok. Yang dia ingat, dengan duit dia yang berjuta-juta ringgit, dia boleh beli sokongan semua warga UMNO. Dia ingat kita ni semua bebal dan baghal. Tapi, tak apalah. Kalau ada warga UMNO nak sokong Mat Taib, sokonglah.

Mat Taib memang baik. Dia peramah. Tapi dia juga tidak cekap. Bila dia jadi Ketua Penerangan UMNO, apa dia buat? Asyik-asyik panggil warga besar UMNO pergi PWTC untuk dengar Abdullah Badawi merapu. Soal-soal strategik parti mana dia peduli?

Ketua Penerangan adalah jawatan penting. Perlu jelaskan banyak perkara kepada warga akar umbi. Dia kena jelaskan macam-macam hal supaya keyakinan anggota UMNO kepada parti dan kepimpinannya dipulihkan. Orang macam ni nak jadi pemimpin nombor dua UMNO di abad ke-21? Sorrylah brother. Makin teruklah “sakit tua” UMNO kalau dia jadi Timbalan Presidennya.

KERANA KEMAS ITU UMNO

Kenapa kakitangan ‘kontrak’ Kemas tak akan diberhentikan?

1) Kerana Kemas itu adalah UMNO.
2) Apatah lagi Kemas terletak dibawah Kementerian yang diketuai oleh seorang Menteri yang kental dan sentiasa menjaga ‘kebajikan’ orang-orang dibawahnya. Tahniah Tan Sri Mike Tyson.
3) Cuma yang mengecewakan ialah KEMAS dari dulu hingga kini, tahap pencapaiannya tetap sama tidak ada kemajuan.
4) Masih ramai yang tak boleh baca, menulis dan mengira setelah setahun atau dua tahun dihantar ke situ.
5) Kanak-kanak yang dihantar ke situ cuma diajar…baca doa makan, nyanyi dan nasyid.


Kakitangan kontrak Kemas tak akan diberhentikan

25/10/2008 6:30pm
SUNGAI SIPUT 25 Okt. – Kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang kini seramai 13,965 tidak akan ditamatkan sebaliknya jumlah mereka teruta ma dari kalangan Guru Kemas akan ditambah berikutan pertambahan bilangan murid Tabika Kemas di masa depan.


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata jumlah murid Tabika Kemas dijangka meningkat kepada 220,000 orang pada 2010 berbanding 188,978 orang tahun ini, dan ini sudah tentu memerlukan bilangan Guru Kemas yang lebih ramai.


http://www.utusan.com.my

Saturday, October 25, 2008

Jemputan Ke Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri Dan Deepavali Ahli Parlimen Kuantan !!


Penyokong Pakatan Rakyat di kawasan Parlimen Kuantan dan sekitarnya dijemput hadir ke Majlis Rumah Terbuka Ahli Parlimen Kuantan, YB Hjh.Fuziah Salleh.


Rumah Terbuka yang diadakan ini adalah berkonsepkan Hari Keluarga. Ia juga bertujuan untuk meraikan golongan kurang bernasib baik, sempena Aidil Fitri dan juga Deepavali yang bakal menjelma tidak lama lagi.


Program yang dianjurkan oleh Pejabat Ahli Parlimen Kuantan itu akan diadakan pada hari ini, Sabtu 25hb Oktober 2008 ini bermula jam 2.30 hingga 5.30 petang. Program akan diadakan bertempat di Pantai Anak Air, Kempadang, Kuantan, Pahang.


Berbagai acara sampingan akan turut dijalankan antaranya ialah majlis sumbangan anak yatim, persembahan tarian kebudayaan, sukaneka dan acara pantai. Justeru itu, kepada seluruh rakyat dijemput hadir beramai-ramai untuk memeriahkan majlis itu nanti.


Apa yang menarik ialah rumah terbuka yang dianjurkan ini adalah secara santai yang berkonsepkan Hari Keluarga. Maka, ianya pasti menarik dan bakal menghiburkan para tetamu. Harap Maklum. Terima Kasih

Eurocopter: Laporan BPR Terhadap Najib

by Suara Keadilan
TIGA sayap pemuda Pakatan Rakyat hari ini membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengenai penglibatan Timbalan Perdana Menteri Najib Abdul Razak.
TIGA sayap pemuda Pakatan Rakyat hari ini membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengenai penglibatan Timbalan Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Laporan berkenaan dibuat oleh Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama-sama dengan Setiausaha PAS Ahmad Sabki Yusuf dan Ketua Pemuda DAP Anthony Loke susulan daripada laporan polis yang dikemukakan oleh Timbalan Ketua AMK Fariz Musa 20 Oktober lepas.

Laporan berkenaan dibuat berdasarkan pendedahan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di Parlimen sewaktu perbahasan bajet 2009 di Parlimen 13 Oktober lalu.

Ianya berdasarkan kepada surat rasmi yang dihantar syarikat pembida helikopter, Mentari Services,yang memberitahu bahawa kerajaan telah bersetuju membeli 10 unit Eurocopter yang lebih mahal daripada pembida lain yang menawarkan helikopter yang berkeupayaan yang sama pada nilai yang lebih murah dan menjimatkan.

Ketika ditermui di luar perkarangan Ibu Pejabat BPR Shamsul turut berkata beliau yakin ada unsur penyelewengan yang berlaku di dalam pembelian berkenaan.

“Kita yakin ada unsur penyelewengan didalam didalam pembelian berkenaan,” katanya lagi.
Gantung Tugas Najib. Dalam kenyataan bersama, Shamsul turut mendesak agar Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi menggantungkan tugas Najib kerana penyelewengan ini berlaku ketika Najib menjadi Menteri Kewangan.

“Pemuda PR juga menggesa agar Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi menggantung tugas Najib selaku mantan Menteri pertahanan yang bertanggungjawab meluluskan pembelian Eurocopyer ini sehinggalah siasatan dan pendakwaan dilakukan, sekiranya ada,”katanya lagi.
Harga tender yang ditawarkan Eurocopter bagi 10 helikopter itu adalah RM2.317 bilion dan adalah harga yang paling tinggi.
Mentari Services, melalui syarikat induk Kelowna Flightcraft menawarkan helikopter buatan Rusia Mi-172 KF pada harga RM898 juta, manakala syarikat pembuat Nuri, Sikorsky dari Amerika Syarikat, menawarkan helikopter alaf baru S-92 pada harga RM1.452 bilion.

Berita Pelik!! 11 Orang Ditahan Kerana Nak Jemput PM Berhari Raya

by no2umno

11 Orang Ditahan Kerana Nak Jemput PM Berhari Raya

Eh hhh …. tangan Pak Lah ada duit raya … Yahoooo !!!Esok bila berita keluar … HINDRAF kena belasah cukup cukup dek media. Hamid Albar pun tambah bagi secukup rasa.
Apa nak jadi dengan nasib Hindraf?

Nak jadi baik tak boleh, jahat jangan sekali. Dulu diorang kena fitnah masa hadir Rumah Separa Terbuka PM di PWTC. Masa PM ambik gambar dengan diorang, senyum sampai telinga. Tapi bila keluar cerita lain pulak jadinya.

Dah dijemput pun kena, sekarang Hindraf nak menjemput …. PUN KENA !!!!11 orang di tahan kerana nak jemput PM berhari raya.Aku ingat diorang ni bukan rakyat malaysia. Nak raya dengan Pemimpin pun tak boleh.Kalau orang tak der IC pun dapat datuk ..

Ishhhkkk …. kalau gitu kenapa tak tarik aje kerakyatan diorang? Kan senang. Pasal politik, Raya pun macam tak Raya. Kenapa PM bodoh sangat. Ikut cakap orang keliling. Kalau di ajak bincang, duduk baik baik, letak syarat. Aku ingat boleh selesai. Tapi mangkuk hayun kat keliling ni buat api api …. biar terbakar sentimen perkauman.

Friday, October 24, 2008

RM3.5Billion Duit Kerajaan Dipindahkan Ke CIMB Bank?

by Reformis Melayu

Sebelum ini saya telah mendedahkan bagaimana Ekonomi kita akan terjerumus kemelesetan yang teruk andai Umno kekal memerintah, dan jangan terkejut jika dana Pencen Pesara pun akan dihanguskan, Ya! Anda terkejut tiba tiba Najib mengumumkan dia menyuntik 5 billion ringgit duit EPF sehari selepas saya mendedahkan Menteri Kewangan yang baru ini akan mencedok segala duit Kerajaan dan rakyat. Tetapi apa yang kita tidak tahu adalah 2 hari sebelum umat Islam mahu menyambut hari raya Kerajaan (Kementerian Kewangan) telah sibuk mengeluarkan RM3.5Billion duit kerajaan yang didepositkan di dalam Bank-bank komersial di malaysia dan telah memindahkannya ke dalam bank CIMB yang mana kita sedia maklum bank tersebut dimiliki adik Menteri Kewangan iaitu Nazir Abdul Razak. Mengapa transaksi ini dibuat secara terburu buru?

Dua hari sebelum Raya dan hari pertama Wall Street mengalami kejatuhan teruk semalaman. Mengapa perlu dipindahkan hanya BANK CIMB? Seorang pegawai bank negara telah mendedahkan kepada saya ketika pertemuan pada hari raya, di kalangan pegawai pelaburan bank bank Komersial dan Bank Negara juga tertanya-tanya mengapa Kerajaan memindahkan begitu banyak wang. Ada yang berkata kalau mahu dikatakan mahu membayar bonus kakitangan awam ia telah dibuat lebih awal, jadi apa yang tergesa-gesa Kerajaan pindahkan wang kepada CIMB Bank?

Tidak cukup dengan memindahkan RM3.5 Billion duit kerajaan kepada CIMB Bank, tidak sampai 2 minggu sekali lagi Najib mengumumkan 5 Billion lagi digunakan untuk menyuntik ke dalam ValueCap iaitu sebuah syarikat pelaburan Kerajaan? Saya meminta mana-mana yang terlibat dengan Bank Negara boleh mengesahkan berita ini. Pada saya , saya memperolehi berita ini dari orang yang amat dipercayai. Transaksi itu telah dibuat pada 29.9.2008.
APAKAH USAHA MENYELAMAT PELABURAN CIMB BANK?


Untuk pengetahuan sebelum menjadi Bank, CIMB adalah sebuah syarikat pelaburan yang terkenal dengan nama CIMB Investment bank. Syarikat ini fungsinya sama dengan ECM Libra yang pernah dikaitkan dengan Khairy di mana pernah bercita-cita menjadikan ECM Libra sebagai sebuah bank komersial melalui penguasaan Avenue Capital. Sejarah itu nampaknya berulang. Kini giliran Kroni dan sanak-saudara bakal PM membolot segala harta dan hasil mahsul Kerajaan dan rakyat.

Selain Public Bank melalui Public Mutual, CIMB antara pengurus dana Amanah yang terlibat dalam pelaburan dalam luar negara dengan saiz yang besar, pernahkah kita dengar pelaburan dana Amanah telah dibuat CIMB di pasaran di luar negara? Malah CIMB menjanjikan pulangan melalui Fix Deposit khas untuk pelaburannya di pasaran luar! Ia baru dilancarkan hampir 2 tahun lalu, jadi apakah tujuan duit dialirkan ke CIMB, apakah untuk mempertahankan Portfolio pelaburan CIMB yang hampir muflis?

Malah melalui ValueCap sudah pasti pelaburannya nanti akan menjurus kepada sokongan saham-saham yang dipegang oleh CIMB Unit Trust. Boleh dikatakan selepas pilihan raya semua saham mewah seperti Tenaga Nasional, Telekom dan Maybank nilainya 40% daripada harga sebelum Mac 2008. Malah saham saham sederhana kini sudah ke tahap 1/3 dari nilai harga sebelum Mac 2008.

Apakah Value Cap akan digunakan untuk melonjakkan harga Saham yang dipegang CIMB lalu CIMB akan menjual pegangannya seperti mana dilakukan Temasek kepada Maybank dengan menjual BII untuk melepaskan pegangannya dalam BII yang berhadapan dengan risiko., lalu yang hangus adalah duit EPF rakyat, apakah Value Cap tidak mengambil iktibar menghanguskan duit amanah pencen pada tahun 2003? Anda boleh melihat pendedahan bagaimana 10billion digunakan Value cap dan kini hasil pelaburannya kita tidak tahu hangus ke mana? Pendedahan ini telah dibuat di dalam blog Lim Kit Siang pada tahun 2003 bagaimana dana pencen digunakan.

Pada tahun 1992 Mamak Keling Nor Mohd Yaacop telah menghanguskan 10Billion duit Bank Negara melalui scandal pelaburan matawang asing, apakah sekali lagi Mamak ini bersama pembunuh Altantuya akan sekali lagi menghanguskan duit Rakyat? Pada tahun 1992 Malaysia bernasib baik kerana Anwar berjaya mengawal kerugian yang besar yang telah dibuat Nor Mohd Yaacop, malah pada tahun tersebut Ekonomi Malaysia boleh diakatakan kuat, tetapi kini Ekonomi kita dalam keadaan lemah. Malah kita diasak dengan kemelesetan Amerika Syarikat dan Eropah. Apakah Malaysia mampu bertahan dengan menghanguskan berbilion-billion lagi duit rakyat.

Amerika Syarikat yang membelanjakan US 700billion masih tidak mampu mengubah pasaran sahamnya, inikan RM5billion. Sekurang kurangnya Amerika membawa usul menggunakan 700billion Dollar ke dewan rakyat dan senatnya, tetapi Malaysia hanya sesuka hati tanpa dibawa ke Parlimen menggunakan duit Rakyat. Lebih jelasnya duit simpanan hari tua rakyat. Saya percaya 5 Billion ini bukan satu satunya dana yang digunakan oleh Kerajaan Umno Malaysia. Dalam diam mereka kini berusaha memperkudakan pelbagai dana Kerajaan seperti PNB, KWAP dan Tabung Haji.

Andai Kerajaan Malaysia tidak ditukar dalam waktu terdekat, maka tunggulah saat kehancuran ekonomi Malaysia. Tanda-tandanya anda dapat lihat, semalam Cuepacs telah mendedahkan 50,000 pekerja Kontrak Kerajaan bakal ditamatkan perkhidmatan mereka. Jumlah ini bukan sedikit, di kalangan sektor perkilangan waktu kerja mereka sudah dipendekkan kepada 8 jam dan menantikan 5 bulan lagi sebahagian besarnya akan menutup operasinya. Dan apakah bayaran untuk kakitangan awam dan warga pencen tidak lagi dibayar mengikut jadual?
Mungkin rakyat Malaysia menunggu saat kehancuran itu baru mahu turun ke jalan raya, di saat kehancuran Ekonomi itu Anwar Ibrahim pun tidak mampu melakukan apa apa dalam tempoh yang singkat. Maka bersedialah andai Malaysia menjadi seperti Indonesia 5 tahun dulu. Sekurang-kurangnya indeks pasaran Saham Indonesia jauh lebih tinggi dari Malaysia jika dibandingkan 10 tahun dulu.


Andai Kerajaan tidak bertukar, tunggulah saat kehancurannya, Petani , penoreh getah dan penanam sawit sudah melalui merasainya, kini sektor perkilangan , swasta dan Kerajaan menunggu giliran.

Lawan tetap Lawan

"Kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan"

AYUH LAWAN AGENDA JAHAT UMNO!!

LAWAN TETAP LAWAN

Belanjawan mesti di semak kerana Scorpene dan Eurocopter


by Harakahdaily

Belanjawan negara perlu disemak semula oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak terutama berhubung pembelian kapal selam Scorpene, kos pembelian Eurocopter yang sama-samar dan begitu mahal,Kos pembelian Eurocopter RM0.387 bilion lebih tinggi dari dari peruntukan asal RM1.93 bilion oleh kerajaan Malaysia - DSAI

Belanjawan negara yang dibentangkan 30 Ogos lalu perlu disemak semula oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak terutama berhubung pembelian kapal selam Scorpene, kos pembelian Eurocopter yang sama-samar dan begitu mahal, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kos pembelian Eurocopter RM0.387 bilion lebih tinggi dari dari peruntukan asal RM1.93 bilion oleh kerajaan Malaysia.

Ketua Umum Keadilan itu juga menempelak agihan kekayaan negara yang banyak dimonopoli oleh kroni-kroni yang rapat dengan kepimpinan negara.

Beliau melahirkan kebimbangannya terhadap tindakan kerajaan memaksa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan dana sebesar RM5 bilion yang akan dibahagi-bahagikan kepada syarikat milik kerajaan (GLC) sebagai penyelamat kepada beberapa syarikat pelaburan yang lemas dalam kesulitan malah di peringkat nyawa-nyawa ikan.

Anwar mengupas secara terperinci dan menyeluruh tentang kepincangan dan defisit belanjawan negara yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan sebelum ini, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut beliau, banyak kelemahan yang terdapat di dalam pengurusan dan pentadbiran kerajaan. Soal-soal kesihatan, pelajaran dan pendidikan, pembaziran kewangan, pertahanan negara, moral dan beberapa lagi isu berbangkit.

Anwar juga menumpukan tegurannya terhadap amalan rasuah yang semakin menjadi-jadi terutama di kalangan para pemimpin negara ini.

Sidang media yang diadakan di Parlimen itu turut di sertai bersama oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar.

Dana RM5 Billion : Adakah Ianya Satu Preskripsi Yang Betul ?

by Rizal Jamil - Ketua AMK Negeri Pahang
Merujuk kepada sidang akhbar Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Dato’ Seri Najib Razak pada Isnin lepas, 20 Oktober 2008 di mana sejumlah RM5billion dana akan disuntik ke dalam ValueCap Sdn. Bhd. Untuk mencergaskan semula pasaran modal di Malaysia. Dana tersebut akan digunakan oleh ValueCap untuk membeli saham-saham yang telah susut nilai di bawah paras sebenar (“undervalued”)

Selain dari persoalan dari mana sumber dana tersebut diperolehi, iaitu pinjaman dari KWSP, persoalan yang lebih besar dari itu adalah : Apakah Langkah Tersebut Dapat Menyelamatkan Malaysia Dari Mengalami Kemelesetan Ekonomi ?

Sama seperti teori perubatan, seorang doktor itu harus menjalankan diagnosis terhadap jenis penyakit yang dihadapi oleh pesakitnya sebelum memberi preskripsi tentang jenis ubat yang harus diberikan kepada pesakit tersebut. Namun apa yang berlaku di dalam konteks Kewangan dan Ekonomi Malaysia adalah sebaliknya, Menteri kewangan yang baru telah memberikan preskripsi tanpa menjalankan diagnosis yang teliti terhadap permasalahan ekonomi yang bakal dan telah melanda Malaysia. Ini nyata menjurus Ekonomi Malaysia kejurang yang lebih dalam dan merbahaya.

AMK berpendapat, terdapat sekurang-kurangnya empat (4) faktor yang menyebabkan ekonomi Malaysia menuju kearah kemelesetan :-
1. Penguncupan Pelaburan Langsung Asing (FDI) : Ini disebabkan lebih ramai pelabur asing menarik keluar dana mereka dari Malaysia disebabkan pelbagai faktor termasuklah sistem pemerintahan yang tidak mesra perniagaan, destinasi negara lain yang lebih menarik seperti Vietnam dan China dan lain-lain lagi. Pada tahun 2007, Malaysia merekodkan penguncupan FDI sebanyak -RM9bil. Trend ini dijangka berterusan untuk tahun 2008 dan tahun-tahun yang akan datang.

2. Kelemahan Nilai Matawang Negara (RM) : Dagangan ringgit di pasaran matawang antarabangsa menyaksikan matawang negara telah merosot berbanding dengan matawang Dollar Amerika. Jikalau beberapa bulan yang lepas Ringgit diniagakan sekitar RM3.20 untuk setiap USD1, pada masa ini Ringgit diniagakan pada sekitar RM3.40 untuk setiap USD1. Ini menyebabkan peningkatan harga pada barangan import dan juga menyebabkan penambahan hutang luar negara akibat kelemahan ringgit

3. Pentadbiran Ekonomi Yang Tidak Telus : Di peringkat domestik,polisi dan kaedah pentadbiran ekonomi yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) menggalakkan penyalahgunaan kuasa dan pembaziran. Sebagai contoh, kaedah memberikan tender secara rundingan terus dan tidak melalui tender terbuka menyebabkan harga sesebuah projek meningkat secara mendadak. Kes terbaru yang melibatkan pembelian 12 helikopter untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebanyak RM2.7bil adalah contoh klasik kepada amalan ini. Perkara kedua yang membawa kepada kemelesetan ekonomi Malaysia adalah pembaziran yang keterlaluan melalui projek mega yang tidak membawa manfaat kepada rakyat dalam jangkamasa pendek dan sederhana contohnya projek Internet Jalur Lebar (HSBB) yang diberikan kepada TM pada kos sekitar RM11bil

4. Peningkatan Kadar Inflasi Negara : Kadar inflasi negara dijangka akan meningkat kepada sekitar 8% pada tahun ini berbanding dengan dibawah 4% pada tahun 2007. Ini merekodkan peningkatan sebanyak 100%. Antara faktor besar yang menyumbang kepada perkara ini adalah :

a. Peningkatan kos bahan api seperti Diesel dan Petrol. Langkah kerajaan untuk menaikkan harga domestik Petrol kepada RM2.78 daripada RM1.92 pada bulan Julai 2008 yang lepas telah mengakibatkan kos pengangkutan barang-barang keperluan meningkat secara mendadak.Kenaikan kos bahan api ini juga mendorong kepada peningkatan tariff elektrik yang memberi kesan langsung kepada kenaikan harga barangan
b. Pengeluaran Bahan Makanan yang rendah berbanding dengan keperluan negara.Malaysia mengimport sekitar RM15bil-RM16bil produk makanan dari luar negara. Walaubagaimanapun terdapat sesetengah dari barangan yang diimport seperti beras dan daging lembu merupakan produk yang boleh dikeluarkan sendiri oleh negara ini. Menurut perangkaan, pengeluaran beras negara hanya boleh menampung sekitar 75% dari permintaan dalam negara. Ini jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan negara China yang mampu menampung sekitar 110% dari permintaan dalam negara mereka. Di sebabkan negara terlalu bergantung kepada import makanan dari luar, sebarang masalah yang dihadapi oleh negara dimana Malaysia mengimport makanan akan menyebabkan harga makanan meningkat di dalam negara. Ini dapat dilihat beberapa bulan yang lalu dimana pengeluaran beras dari Thailand dan Vietnam merosot disebabkan hasil hasil tuaian yang kurang, harga beras di Malaysia meningkat hampir sekali ganda akibat kekurangan bekalan beras.

Dengan huraian mengenai sebab musabab yang akan menyebabkan ekonomi Malaysia menuju kearah kemelesetan, AMK merasakan bahawa preskripsi RM5bil yang diumumkan oleh Dato’ Seri Najib Razak akan menjadi ibarat “Menuangkan Garam Ke Laut

Thursday, October 23, 2008

Hujan dan Turunnya Harga Getah dan Sawit

Rata-rata peneroka Felda mengeluh kerana harga komoditi getah dan sawit menjunam jatuh. Kalau menghampiri waktu Pilehanraya Umum yang lalu harga sawit mencecah hingga RM850 per ton, tetapi kini harganya menggelongsor jatuh keparas hingga RM320 per ton.
Begitu juga dengan harga getah. Semasa PRU-12 dulu harga getah berada di paras RM4.50 bagi setiap kilo, tetapi pada hari ini harga getah sudah jatuh keparas RM1.90 sekilo.
Tuan-tuan tanah getah mengeluh kerana dengan harga diparas RM1.90 sekilo itu mereka tidak lagi mampu membenarkan kebun getah mereka ditoreh oleh "kuli-kuli" denga berbagi dua sama banyak. Tuan-tuan tanah perlu menoreh sendiri untuk mendapatkan pendapatan kurang separuh dari dahulu.
Penoreh-penoreh getah pula mengeluh kerana dengan harga RM1.90 sekilo mereka tidak lagi dapat bertahan kerana pendapatan harian/bulanan mereka menjadi benar-benar kecil.
Tuan-tuan tanah sebagai pekebun-pekebun kecil serta penoreh-penoreh getah yang tidak berkebun getah kini menghadapi pendapatan yang sangat merosot. Kehidupan mereka menjadi benar-benar dhaif kerana bukan saja pendapatan mereka menjadi kecil, mereka terpaksa pula berhadapan dengan harga-harga barang keperluan yang begitu tinggi.
Kalau semasa Pilehanraya Umum lalu, mereka ini tak kering gusi memuji Barisan Nasional, tetapi kini mereka menyumpah Barisan Nasional khususnya UMNO.
Penderitaan penoreh-penoreh getah bukan sahaja kerana harga getah merosot dan harga barangan tinggi, tetapi juga mereka behadapan dengan musim tengkujuh dan mereka tidak dapat menoreh getah.
Dulu pekebun-pekebun getah dan sawit memuji UMNO melangit kerana kononnya dibawah pemerintahan UMNO mereka dapat hidup senang-lenang, tetapi kini mereka mengutuk UMNO dan pimpinannya dengan kata-kata sebagai "pencekik darah".
Kalaulah Pilehanraya berlaku pada hari ini, UMNO tidak lagi dapat mempertahankan sebarang kerusinya di luar bandar.

ANWAR: Kerajaan BN ambil sikap terburu-buru menggunakan kewangan KWSP RM5 Billion

KERAJAAN Barisan Nasional terus mengamalkan sikap terburu-buru dengan membelakangkan kepentingan rakyat dan negara selepas Menteri Kewangan mengumumkan langkah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meminjamkan sebanyak RM5 bilion kepada Valuecap Sdn. Bhd. untuk menyokong pasaran saham tempatan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut jelas menggambarkan ketidakcekapan kerajaan dalam mengurus ekonomi negara. "Tindakan ini mengesahkan kenyataan kami bahawa asas ekonomi tidak kukuh dan langkah drastik dan berani harus diambil, ketirisan rasuah perlu dibasmi dan ekonomi negara harus kendalikan mereka yang berkebolehan dan bukannya segelintir yang dekat dengan pemerintah,"ujarnya dalam satu kenyataan terbaru.

Sambil mengulangi kekecewaan terhadap kerajaan yang gagal membentangkan belanjawan dengan unjuran terkini, Anwar menambah, gesaan itu seolah-olah dipandang sepi walaupun memberi memanfaatkan rakyat dan negara. "Saya ingin menegaskan sekali lagi belanjawan 2009 yang dibentangkan tempoh hari sudah tidak bermakna lagi. Kegagalan Menteri Kewangan mengemukakan unjuran terkini merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab.

Dalam perkembangan yang sama, Anwar mengakui Pakatan Rakyat sentiasa konsisten dan komited dalam merangka sebarang dasar untuk kepentingan rakyat. Malah pihaknya berulang kali menegaskan peri pentingnya kita tidak dibebani kadar inflasi tinggi sekaligus merencatkan ekonomi negara.

"Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak petrol dan boros membelanjakan wang untuk menjanakan projek mega sesungguhnya amat mengecewakan." kata Anwar lagi.

Wednesday, October 22, 2008

LAWATAN KETUA WANITA KeADILan MALAYSIA, MAJLIS HARI RAYA & CERAMAH DI KeADILan BAH LIPIS AHAD 19 OKTOBER 2008

Lawatan YB Puan Zuraida Ahli Parlimen Ampang selaku Ketua Wanita KeADILan Malaysia, Majlis Hari Raya dan Ceramah Pakatan Rakyat di Benta, Kuala Lipis, Pahang pada Ahad 19 Oktober 2008.















PENDEDAHAN, GEJALA RASUAH & PENYELEWENGAN DLM SYARIKAT GLC FELDA

by Pahangdaily

Kenyataan TPM Najib Razak bahawa 84,581 peneroka Felda akan menikmati bonus RM144.44 juta Disember ini sungguh mengejutkan kita. Sesungguhnya terdapat keperihatinan benar kerajaan terhadap para peneroka Felda mutakhir ini.

Namun, dalam keperihatinan itu terselit perasaan dukacita dan muram durja dikalangan para peneroka apabila harga sawit dan getah yang naik begitu mendadak menjelang pilihanraya umum lalu, kini jatuh merundum dalam masa beberapa bulan sahaja.

Ini jelas membuktikan kepada kita bahawa kenaikan tersebut adalah bertujuan untuk memancing undi masyarakat Felda supaya memberikan sokongan padu kepada UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum lalu.Inilah dia "gula-gula" yang ditabur kepada rakyat terutamanya para peneroka Felda.

Maka dengan perkembangan terbaru pemberian bonus tersebut, adalah diharapkan agar para peneroka dapat menilai segala perancangan ini. Ingatlah, mutakhir ini sebenarnya peneroka telah ditindas oleh majikan mereka iaitu Felda.

Lantaran itu para peneroka harus bangkit untuk mempertahankan hak mereka. Felda kini sudah jauh tersasar, dulu felda diwujudkan untuk menolong rakyat namun kini Felda sudah menjadi seperti Along untuk menindas rakyat.
Sebelum ini telah banyak bukti tentang penyelewengan Felda Trading yang dibuat oleh Persatuan Anak-Anak Felda (ANAK), yang diketuai oleh Saudara Mazlan Aliman. Namun, sehingga kini ternyata masih belum ada apa-apa tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi menangani atau mengambil tindakan untuk menyiasat segala penyelewengan tersebut.

Malahan tindakan yang dilakukan oleh pihak-pihak terbabit nampaknya semakin "rakus" untuk "merompak harta Felda". Para peneroka akhirnya dijadikan hamba yang terpaksa membayar setiap kerugian yang bakal ditanggung oleh Felda gara-gara perbuatan khianat pihak-pihak terbabit. Justeru itu kini, sebagai anak Felda kami juga ingin membongkar serta mendedahkan beberapa penyelengan yang telah dikenalpasti sejak akhir-akhir ini.
Jangan lupa juga dapatkan buku Saudara Mazlan yang bertajuk "Felda, Dulu Tolong, Sekarang Along !!". Ikuti pendedahan seterusnya bersama pahangdaily.Mengikut maklumat kami, sejak Dato’ Seri Najib dilantik sebagai menteri yang menjaga hal ehwal Felda, beliau telah melantik Pengarah Urusan Felda Holdings dari kalangan kenalan beliau iaitu bekas Pengarah Urusan Tabung Haji yang bernama Datuk Bakke Salleh (foto).

Tarikh perlantikan berkenaan merupakan satu "tarikh malang bagi Felda Holdings" kerana sejak tarikh berkenaan satu demi satu tindakan beliau lebih kepada mengaut keuntungan peribadi dari memajukan Felda Holdings. Penyelengan semakin parah bila beberapa lagi individu seperti Tajuddin Carrim (Senior Executive Director Sumber Manusia) , Datuk Tahir (Senior Executive Director Perladangan) dan Halim Ahmad (Senior Executive Director Kilang Felda).

Antara penyelewengan yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:-

Membawa Masuk Perunding TECHNOPALM

Perunding ini tujuannya adalah untuk menyelia semak syarikat-syarikat di bawah Felda Holding. Syarikat ini diwujudkan setelah Datuk Bakke Salleh dilantik. Anggotanya terdiri dari empat orang pegawai dari kalangan KRONI beliau itu. Tugas mereka ini hanyalah membuat lawatan ke kilang dan ladang dimana sekali lawatan nilai kos yang terpaksa dibayar oleh anak syarikat berkenaan ialah RM8,000 untuk satu projek .
Kos ini tidak termasuk sewa hotel dan makan yang di sediakan oleh projek bagi setiap kali lawatan. Nilai ini nampak kecil jika untuk satu projek, tetapi Kilang Felda sahaja mempunyai 72 buah kilang, Felda Plantation mempunyai ratusan ladang dan begitu juga dengan Felda Technoplant. Jika semuanya ini mereka lawat sudah tentu berjuta wang yang mereka kaut dari Felda Holdings sedangkan hanya beberapa helai kertas sahaja yang digunakan untuk membuat laporan mengenai kebersihan kilang dan ladang .

Untuk makluman, Felda Holdings sebelum ini memang telah mewujudkan satu jabatan yang di panggil Unit Inspektorat yang kerjanya khusus bagi kawal selia projek-projek disamping jabatan audit. Di sini kita lihat terdapat dua unit yang menjalankan satu tugas yang sama.

Memperkenalkan Sistem Continuous Sterilizer
Bila dilantik sahaja Datuk Bakke, beliau terus memperkenalkan CS untuk digunakan oleh kilang Felda. Sistem ini adalah satu kaedah yang ternyata telah gagal dilaksanakan semasa beliau di Tabung Haji. Maka beliau pun tanpa rasa bersalah terus memanggil sahabat beliau sebagai kontrator projek berkenaan tanpa memanggil tender terbuka atau sebut harga. Kilang yang pertama adalah Kilang Sawit Felda Pasoh dengan kos permulaan RM5juta.

Projek berkenaan siap pada tahun 2007. Bagaimana pun sistem tersebut gagal berfungsi hingga menyebabkan kos ubah suai meningkat hingga RM17 juta. Walaupun begitu banyak wang telah dilaburkan sistem tersebut masih gagal hingga ke hari ini.

Untuk menampakkan projek berkenaan seolah-olah berjaya Hj Halim Ahmad selaku CEO Kilang atau lebih dikenali sebagai Budak Suruhan Datuk Bakki telah sanggup menipu FIGURE yang menunjukkan seolah-olah sistem berkenaan telah berjaya walaupun terpaksa menyingkirkan seorang pengurus kilang yang tidak bersalah.

Malang bagi Felda apabila sistem berkenaan terus dilaksanakan di beberapa buah kilang lagi seperti Kilang Sawit Selancar, Jerangau, Jengka 21 dan lain-lain walaupun ianya terbukti tidak berjaya dan kali ini kosnya meningkat sehingga ke RM17 juta bagi sebuah kilang dengan kontraktor yang sama.
Akibatnya kilang Jengka 21 dan Kilang Jerangau sehingga kini masih belum beroperasi dengan baik. Seorang lagi pengurus kilang dikenakan tindakan tatatertib. Untuk makluman, Kilang Sawit Jerangau sepatutnya di rasmikan oleh Dato’ Seri Najib seawal januari 2008 oleh kerana ia tidak berfungsi dengan baik majlis perasmiannya ditangguhkan walaupun kilang felda telah berbelanja lebih RM1 juta untuk tujuan perasmian sahaja.

Kilang Jengka 21 sehingga kini masih belum boleh beroperasi dengan lancar menyebabkan buah-buah sawit dikawasan Jengka terpaksa diagih-agihkan ke kilang yang berhampiran. Amat mendukacitakan buah-buah berkenaan lambat diproses dan bila diproses ianya dalam keadaan yang sudah busuk.

Akibat daripada perbuatan jijik ini, peneroka menghadapi masalah dalam menghantar buah ke kilang dimana kebiasaannya peneroka boleh menghantar buah 4 trip sehari tapi kini hanya 2 trip sahaja. Terdapat pengurus kilang yang telah dibuang kerja kerana gagal menjalankan operasi CS berkenaan dengan baik. Untuk makluman, kilang Tabung Haji telah memberhentikan operasi CS ini bila mendapati ianya tidak berjaya.

Itupun setelah Datuk Bakke bertukar ke Felda. Bagi menutup kelemahan mereka, CEO kilang telah mengarahkan pengurus-pengurus kilang membuat Recycle Sludge dari Condensate Sum bagi tujuan meningkatkan perahan minyak. Akibatnya kualiti minyak kilang-kilang Felda menjadi teruk menyebabkan stok menjadi tinggi kerana jualan tidak dapat dilakukan.

Membawa Masuk Pekerja Bangla Ganti Indon

Seorang lagi konco Datuk Bakke yang bernama Datuk Tahir telah mengambil buruh dari Bangladesh bagi menggantikan buruh Indonesia yang ternyata menyukarkan pengurusan ladang disebabkan mereka ini malas dan sukar berkomunikasi.

Bagaimanapun itu tidaklah penting sangat, yang pentingnya tiada sebarang sebut harga atau tender dibuat dengan agen buruh berkenaan, malah beliau telah pergi dan merundingkan sendiri dengan agen berkenaan. Bayangkan berapa banyak pula komisyen yang beliau perolehi? Yang peliknya Datuk Bakke selaku Pengarah Urusan Felda Tradings hanya akur dan menerima apa sahaja yang dibuat oleh kroninya itu.

Permohonan untuk menjadi peneroka juga sudah tertutup rapat, kerana semua lot kosong telah diurus oleh Felda Plantations yang membawa pekerja asing. Ia menutup ruang kepada generasi kedua mendapatkan pekerjaan. Begitu juga peluang pekerjaan lain hatta sebagai penoreh getah juga telah diisi oleh buruh Indnonesia. Ini amat mendukacitakan sekali. Dulu Tun Razak wujudkan Felda untuk memberi peluang rakyat miskin mempunyai tanah sebanyak 10 ekar seorang.

Namun kini sudah berbeza di zaman anakandanya, Felda sudah diniagakan dan tiada lagi tanah untuk rakyat, sebaliknya oarng asing kini semakin ramai mendiami Felda terutamanya Felda Plantations itu. Kecewa benar Allahyarham Tun Razak melihat senario yang berlaku hari ini, jika beliau masih ada agaknya.

Penyelewengan Tempahan Diari Felda Holdings

Datuk Bakke sekali lagi dengan menggunakan seorang lagi kroni beliau yang di import dari Island Peninsular telah menempah diari rasmi Felda Holdings 2008, dengan menggunakan syarikat perunding dimana syarikat berkenaan telah di bayar sebanyak RM500,000 sebagai pendahuluan.

Kes ini juga melibatkan kepimpinan tertinggi dalam Felda Holdings yang mana Datuk Bakke (GMD) telah mengarahkan deposit tersebut dibayar kepada syarikat tersebut tanpa melalui sebut harga yang betul. Adakah polisi dalam Felda Holdings membolehkan sesuatu kerja itu dibayar dahulu sebelum kerja itu dilakukan? Adakah jumlah sebanyak itu sedikit untuk diberikan sewenang-wenangnya kepada orang lain ?

Adakah membawa kerugian kepada syarikat (Felda Holdings) jika kerja-kerja itu diserahkan kepada D’Print (anak Syarikat Felda) yang sememangnya nyata akan memberi keuntungan kepada Felda ?. Hasilnya, keluarlah sebuah diari yang hanya mempunyai beberapa ruang kosong untuk ditulis oleh pengguna sedangkan lain-lain ruangan hanya dipenuhi dengan teka-teki dan uji minda yang nyata tidak menunjukkan motif sebenar kegunaan sebuah diari.

Jika ianya dibuat oleh Felda D’Print, ianya bukan sahaja lebih elok, malahan lebih berkualiti daripada diari yang diguna pakai sekarang ini. Semuanya ini berlaku akibat perbuatan rakus pihak-pihak tertentu yang dilantik oleh Datuk Bakke yang juga melibatkan kakitangan lantikan beliau yang mengetuai bahagian pengiklanan yang dikenali sebagai Puan Maizan.

Antara lain-lain perbuatan yang menunjukkan kerakusan pihak pengiklanan ini adalah seperti membuat penjenamaan semula Felda yang menggunakan khidmat perunding tanpa memikirkan keperluan untuk berbuat demikian.

Adakah perlu penjenamaan semula dengan mencetak begitu banyak poster yang menelan belanja yang besar ? Adakah dengan menampal poster sahaja etika pekerja akan meningkat ? Adakah perlu untuk membuat poster tersebut memerlukan perunding yang sememang diketahui akan menguntung sesuatu pihak sahaja ?.

Bukan itu sahaja pembaziran yang berlaku, malahan saya juga mengetahui akan berlaku satu lagi perkara yang juga akan melibatkan kerugian yang besar kepada syarikat. Perunding yang berkaitan dengan kroni Maizan juga cuba melobi beliau untuk mendapatkan satu lagi projek yang membazir iaitu berkaitan dengan penciptaan logo Felda Holdings yang baru. Sudah tiadakah pekerja-pekerja dalam Felda Holdings ini untuk mengeluarkan idea bagi mencipta logo untuk syarikat tanpa mengeluarkan belanja yang besar ?

Melantik Syarikat Kroni Sebagai Perunding
Banyak lagi perkara-perkara yang melibatkan penggunaan perunding terus tanpa menggunakan sebutharga. Antaranya adalah penggunaan sistem penilaian prestasi melalui KPI yang mana telah dilaksanakan terlebih dahulu pada tahun 2000. Tiada apa yang berbeza antara KPI yang digunakan dahulu dengan KPI yang digunakan sekarang melainkan ianya dilaksanakan melalui perunding sahaja sedangkan semua format penilaian dan juga borang yang digunakan adalah sama seperti format dahulu yang telah dipakai.

Lain-lain program yang menggunakan khidmat perunding adalah seperti Six Sigma, Black Belt, ESS/MSS dan E-Learning juga melibatkan pembaziran kepada syarikat apabila penilaian yang sebenar tidak digunakan dengan betul untuk menentukan tahap gaji dan imbuhan yang sepatutnya pekerja terima ( KPI & E-Learning ).
Adakah pekerja bawahan perlu dinafikan hak mereka (mendapat imbuhan yang selayaknya) bagi memberi laluan kepada “mereka-mereka” yang sememangnya tidak banyak memberi sumbangan kepada syarikat sedangkan pekerja bawahan bertungkus lumus memberi khidmat kepada syarikat ? Apakah perasaan mereka apabila mendapat penilaian yang tinggi pada hujung tahun sebaliknya tiada kenaikan gaji yang sepatutnya mereka terima pada awal tahun ? Adakah mereka tidak bekerja ? Adakah mereka ini patut menjadi "kambing hitam" atas kesalahan orang lain ? Apa guna merekacipta satu sistem yang hanya bertujuan menganiaya orang lain ?

Satu lagi perkara, apakah kelebihan yang ada pada Datuk Bakke dan apakah kejayaan yang beliau telah buat dalam syarikat-syarikat yang telah beliau terajui dahulu sehingga pihak Felda menaruh sepenuh harapan kepada beliau untuk menerajui Felda Holdings.

Apakah pula kelebihan yang ada pada Tajuddin Carrim sehingga beliau disambung kontraknya malah telah diberikan kelonggaran untuk bekerja hanya empat hari sahaja dalam seminggu dengan alasan untuk mendalami ilmu agama sedangkan Pengerusi Felda malahan PM dan TPM sendiri pun bekerja lima hari seminggu dan lebih ? Apakah sudah tiada orang lain lagi yang layak untuk memegang dan menggantikan jawatan beliau itu sehingga Felda Holdings sanggup menawarkan kontrak sedemikian rupa ? Sungguh hebat beliau.

Seperkara lagi, apakah kaitannya orang yang bernama Maizan dengan Datuk Bakke sehingga beliau dengan sewenang-wenangnya dapat menarik kemasukan perunding-perunding (kroni beliau) dengan mudah dan juga telah diberikan jawatan yang tinggi dalam Felda Holdings. Layakkah pemegang A Level diberikan jawatan Pengurus Kanan dalam syarikat sedangkan ada orang lain yang lebih layak ? Patutkah semua ini berlaku ? Patutkah kita membiarkan lalang sebatang mengawal padi sebendang ? Adakah layak lalang mendapat baja sedangkan padi yang memberi hasil ?

RIWAYAT KJ - LORD OF THE LOMANG

Abdullah jadi buluh, KJ jadi lemang. Sebab KJ nak jadi lemang, Abdullah kena jadi buluh yang diganggang. Sebab lemang nak dimakan oleh kita semua, buluhnya terpaksa dibelah. Bila buluh dibelah, lemang pun jadi lembik, melentok lesu. Sebab lemang buluh binasa. Sebab KJ Abdullah terbongkang!Maka panas dan menggelupurlah Abdullah diganggang dan dibakar semata-mata untuk menghasilkan lemang yang akan jadi hidangan kita semua.
by pinkturtle

Pak Habib atau Syed Hussein Al-Attas, seorang penulis politik yang digeruni. Kali ini dia belasah menantu Abdullah Badawi menerusi lamanwebnya. Katanya, KJ ni macam Lord of the lomang (maharaja lemang). Sebab dia nak jadi lemang, mertuanya dijadikan slave of the lomang (buluh pembetung lemang). Maka panas dan menggelupurlah Abdullah diganggang dan dibakar semata-mata untuk menghasilkan lemang yang akan jadi hidangan kita semua.

Analogi Pak Habib ni tajam. Lebih tajam dari sembilu buluh. Lebih tajam dari keris dan lembing. Apa taknya. Pertalian buluh dan lemang bukan sama seperti aur dan tebing. Pertalian buluh dan lemang mempunyai kesan destruktif. Pertalian aur dengan tebing mempunyai impak yang konstruktif.

Kita ambil analogi buluh dengan lemang ni dalam senario siasah Malaysia mutakhir. Abdullah jadi buluh, KJ jadi lemang. Sebab KJ nak jadi lemang, Abdullah kena jadi buluh yang diganggang. Sebab lemang nak dimakan oleh kita semua, buluhnya terpaksa dibelah. Bila buluh dibelah, lemang pun jadi lembik, melentok lesu. Sebab lemang buluh binasa. Sebab KJ Abdullah terbongkang!

Kini KJ adalah lemang dan Abdullah adalah buluh. Angkara KJ Abdullah dibenci ramai. Akibat Abdullah dibenci ramai, kerajaan dan UMNO terumbang-ambing.

Jadi, kalau KJ tidak memilih dirinya jadi lemang, tentunya Abdullah tidak jadi buluh yang kena ganggang, kena bakar dan kena belah. Tapi, sebab KJ dah jadi lemang, dia sendiri pun akan jadi lemah dan lesu dan dibaham oleh para manusia dan binatang yang merindui kelazatan lemang.
Inilah kesan destruktif KJ selaku lord of the lomang dan Abdullah yang jadi slave of the lomang! Tapi, kerana itulah destini hidup pilihan Abdullah dan KJ, maka sapa punya salah jika rakyat jelata kini mengganggang, membakar dan membelah Abdullah dalam konteks siasah Malaysia? Oleh kerana Abdullah begitu nasibnya, siapa pula yang akan mempertahankan KJ bila beliau jadi lemah dan melentok lesu untuk dibaham oleh manusia dan binatang?

Demikianlah riwayatnya KJ dan Abdulah. KJ jadi lord of the lomang, Abdullah jadi slave of the lomang. Kedua-duanya sedang menuju zaman kehancuran masing-masing atas pilihan diri mereka sendiri. Padan muka kau orang berdua!

Malaysia oil reserves - to last 20 years only?

Malaysia oil reserves - to last 20 years only? At $67 per barrel, oil wealth varies between $212bn for Malaysia to over $4300bn in Saudi Arabia.

UAE's oil to last 100 years and earn it $1.6 trillionThe UAE oil reserves could last at least 100 years at present output levels and fetch the country a net wealth of $1.6 trillion (Dh5.8trn), semi-official international data showed yesterday.

The net wealth of Saudi Arabia, which controls more than a quarter of the world's extractable crude deposits, was put at $4.35trn, while that of Kuwait was estimated at $1.67trn.

The estimates were included in a working paper released by the International Monetary Fund (IMF) this week and based on an assumed oil price of $67, population growth, and a discount and extraction rate.

"The oil wealth term involves the present discounted value of future per capita oil production… the baseline estimate for the valuation of oil wealth for each country uses a five year average of future oil prices for Brent and West Texas oil," it said.

The IMF said the estimate used in the paper, prepared by its experts, is taken from the summer 2007 World Energy Outlook report, which estimated the five year average of future oil prices at $76.4 a barrel. It noted that the present discounted value of oil wealth is dependent on the assumption made about the discount rate and population growth as well as the oil price.

The report said the current real return on an inflation indexed bond in the United States is two per cent while the Office of Management and Budget estimates that private companies in the US use a seven per cent real discount rate when making judgments about the viability of investment projects.
"As a baseline estimate a real discount rate of four percent is used. Population growth estimates are taken from World Bank 20-year forecasts issued in its World Development Report," the study said.

It citing World Bank forecasts as showing the that populations in the Middle Eastern countries are projected to grow the fastest at between 2.2 and 2.5 per cent, with Malaysian and Venezuelan populations projected to grow at 1.5 per cent and Russia's population is projected to decline slightly.

"Another assumption required to obtain the net present value of oil wealth is the extraction rate.
"To obtain the current extraction rate, average production estimates over the period of 2004-2006 were expressed in terms of the stock of oil reserves in 2006," the IMF experts said.

"For our estimate of the net present value of oil wealth we assume an extraction rate of one percent per annum for the UAE, Venezuela, Kuwait, and Saudi Arabia, which implies that the oil reserves are fully extracted within 100 years."

According to the study, the present value of future oil production is based on a four per cent real discount rate (r = 0.04), country-specific population growth estimates, oil prices at $67 per barrel, and extraction periods between 20 and 100 years. At $67 per barrel, oil wealth varies between $212bn for Malaysia to over $4300bn in Saudi Arabia.

The annual return (assumed at four per cent with corrections for population growth differences) is smallest in terms of output for Malaysia at 2 .5 per cent of GDP and rises to almost 20 per cent of GDP for Kuwait, the study added.
Citing other estimates, the study put the proven oil reserves at around 97.8 billion barrels in the UAE, 264.25bn in Saudi Arabia, 101.5bn in Kuwait, 90.01bn in Venezuela, 79.54bn in Russia and 4.20bn in Malaysia.

Monday, October 20, 2008

Eurocopter: BraziL Beli RM83j, Malaysia Beli RM193j

by pinkturtle

Dalam sidang parlimen 13 Oktober yang lalu, Ketua Oposisi, Dato Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kecurigaan besar berkenaan skandal pembelian 12 unit Eurocopter Cougar EC725 yang melibatkan kewangan negara berjumlah RM2.317b. Skandal ini dilapor melibatkan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib Tun Razak yang sebelum ini dikaitkan dengan skandal komisen Scorpene dan Sukhoi.

Pendedahan melalui surat yang ditulis oleh Kapten (B) Dato Zahar Hashim selaku Pengerusi Mentari Services turut melaporkan bahawa proses LOI (Letter Of Intent) tidak mengikut prosedur dan keputusan pembelian dibuat tanpa menemui wakil jualan atau mendapat penerbangan ujian terlebih dahulu.

Saya terbaca pula laman
Defense Industry Daily yang melaporkan keputusan kerajaan Brazil membeli helikopter tempur jenis sama dengan harga lebih USD1b.
Brazil and France sign an agreement in principle for Eurocopter to build helicopters in the South American country via its subsidiary Helibras. Brazil’s Defense Minister Nelson Jobim reportedly said that the country intended to buy 50 “Super Cougar” models, the first of which would be delivered in 2010. The deal’s value is reportedly around $1.2 billion.Perkara sama turut dilaporkan oleh
The Economics TimesMenurut laporan laman ini, pembelian 50 unit helikopter Multi-Mission ini akan melibatkan jumlah kewangan sebanyak RM 4.14b (USD 1.2b) atau RM82.8 juta bagi setiap unit. Sila bandingkan dengan Malaysia yang membeli 12 helikopter jenis ini dengan harga RM2.317b atau RM 193.08 juta bagi setiap unit.

Perbezaan harga yang diperolehi adalah RM 110.28 juta bagi setiap unit.

Selain itu turut dilaporkan dalam pakej pembelian itu adalah:

Under the agreement in principle, France would transfer technology and help Brazil expand the export capacity of its aviation industry by aiding the assembly of helicopter components such as engines and electrical systems, the statement said. (Sources:
India Times)
Sudahlah mendapat harga yang lebih murah, dapat juga bantuan teknikal, pemindahan teknologi dan bantuan dalam pemasangan komponen helikopter.

Memang benar, spesifikasi setiap negara berbeza apabila melibatkan pembelian unit helikopter yang sama. Namun, kalau perbezaan harganya mencecah 233% bagi setiap unit, itu apa namanya?

Silakan Dato Najib..

iBNuZaCK: Nak komisen jugak..

Sunday, October 19, 2008

Najib belum selamat,Abdullah sedang susun strategi


by Irwan Muhammad Zain

Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berkemungkinan tidak berpeluang untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri ekoran beberapa isu terkini yang dikaitkan dengan beliau.

Beberapa penganalisa politik berkata, Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi biarpun ditekan hebat oleh pemimpin Umno agar berundur diri tidak akan melepaskan jawatan tersebut dengan mudah.

Sebaliknya, Abdullah kini sedang menyusun strategi untuk memerangkap Najib dengan pelbagai isu yang boleh memusnahkan impian anak bekas Perdana Menteri kedua itu untuk menerajui kerajaan.

Abdullah yang dibantu oleh menantu beliau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersama geng tingkat empatnya sedang mengumpul sebanyak mungkin bukti penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh Najib sepanjang memegang jawatan Menteri Pertahanan.

Pendedahan kelulusan pembelian helikopter Cougar EC 725 kepada syarikat Eurocopter dalam "keadaan meragukan" serta dakwaan salah guna kuasa dalam kes Altantuya dikatakan dirancang oleh Khairy dan 'budak tingkat empat'.

Abdullah dilaporkan telah memanggil Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan baru-baru ini untuk meneliti hal ehwal tender pembelian helikopter tersebut.

"Keputusan Abdullah bertukar dari kementerian kewangan ke kementerian pertahanan kerana beliau mahu mendapatkan bukti untuk menjatuhkan Najib," kata penganalisa politik yang enggan identitinya dikenali.

Kata penganalisa politik itu lagi, Najib sepanjang memegang jawatan Menteri Pertahanan telah membiarkan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berkuasa hingga dikatakan memiliki pejabat sendiri di kementerian tersebut.

"Ada yang mengatakan kalau mahu dapat kontrak dengan kementerian pertahanan perlu jumpa Rosmah bukan Najib," kata penganalisa politik itu lagi.

Abdullah juga dikatakan sengaja mengarahkan agar pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin ditahan dibawah ISA kerana bimbangkan keselamatan penulis kontroversi itu.

Tindakan menahan Raja Petra dilakukan semata-mata kerana tidak mahu Najib mengupah sesiapa sahaja mencederakan atau membunuh penulis tersebut.

Raja Petra yang banyak mendedahkan salah laku Najib dikatakan memperolehi maklumat dari orang Abdullah.

Kandungan SMS antara Najib dan peguam kanan Dato' Muhammad Shafee Abdullah, dipercayai telah diberikan kepada pengedali Malaysia-Today oleh 'orang' Khairy kerana mahu memastikan imej Najib terus tercalar dan akan disiasat serta didakwa atas dakwaan salah guna kuasa.

Jika Najib didakwa, Abdullah akan mengumumkan pelan peralihan kuasa dibatalkan dan terus kekal sebagai Perdana Menteri serta akan melantik Timbalan Perdana Menteri baru.

Manakala seorang lagi penganalisa politik pula berkata tindakan Abdullah menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada Najib merupakan isyarat tersembunyi untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri itu.

Kata penganalisa politik itu, tidak pernah berlaku dalam sejarah politik tanahair seorang menteri kewangan akan dilantik menjadi Perdana Menteri sebaliknya kebanyakan mereka akan disingkirkan.

Dengan mengambil contoh penyingkiran yang dilakukan oleh Tun Mahathir terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Abdullah akan menggunakan cara yang sama untuk menyingkirkan Najib.