Rata-rata peneroka Felda mengeluh kerana harga komoditi getah dan sawit menjunam jatuh. Kalau menghampiri waktu Pilehanraya Umum yang lalu harga sawit mencecah hingga RM850 per ton, tetapi kini harganya menggelongsor jatuh keparas hingga RM320 per ton.
Begitu juga dengan harga getah. Semasa PRU-12 dulu harga getah berada di paras RM4.50 bagi setiap kilo, tetapi pada hari ini harga getah sudah jatuh keparas RM1.90 sekilo.
Tuan-tuan tanah getah mengeluh kerana dengan harga diparas RM1.90 sekilo itu mereka tidak lagi mampu membenarkan kebun getah mereka ditoreh oleh "kuli-kuli" denga berbagi dua sama banyak. Tuan-tuan tanah perlu menoreh sendiri untuk mendapatkan pendapatan kurang separuh dari dahulu.
Penoreh-penoreh getah pula mengeluh kerana dengan harga RM1.90 sekilo mereka tidak lagi dapat bertahan kerana pendapatan harian/bulanan mereka menjadi benar-benar kecil.
Tuan-tuan tanah sebagai pekebun-pekebun kecil serta penoreh-penoreh getah yang tidak berkebun getah kini menghadapi pendapatan yang sangat merosot. Kehidupan mereka menjadi benar-benar dhaif kerana bukan saja pendapatan mereka menjadi kecil, mereka terpaksa pula berhadapan dengan harga-harga barang keperluan yang begitu tinggi.
Kalau semasa Pilehanraya Umum lalu, mereka ini tak kering gusi memuji Barisan Nasional, tetapi kini mereka menyumpah Barisan Nasional khususnya UMNO.
Penderitaan penoreh-penoreh getah bukan sahaja kerana harga getah merosot dan harga barangan tinggi, tetapi juga mereka behadapan dengan musim tengkujuh dan mereka tidak dapat menoreh getah.
Dulu pekebun-pekebun getah dan sawit memuji UMNO melangit kerana kononnya dibawah pemerintahan UMNO mereka dapat hidup senang-lenang, tetapi kini mereka mengutuk UMNO dan pimpinannya dengan kata-kata sebagai "pencekik darah".
Kalaulah Pilehanraya berlaku pada hari ini, UMNO tidak lagi dapat mempertahankan sebarang kerusinya di luar bandar.
No comments:
Post a Comment