PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Friday, October 24, 2008

Belanjawan mesti di semak kerana Scorpene dan Eurocopter


by Harakahdaily

Belanjawan negara perlu disemak semula oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak terutama berhubung pembelian kapal selam Scorpene, kos pembelian Eurocopter yang sama-samar dan begitu mahal,Kos pembelian Eurocopter RM0.387 bilion lebih tinggi dari dari peruntukan asal RM1.93 bilion oleh kerajaan Malaysia - DSAI

Belanjawan negara yang dibentangkan 30 Ogos lalu perlu disemak semula oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak terutama berhubung pembelian kapal selam Scorpene, kos pembelian Eurocopter yang sama-samar dan begitu mahal, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kos pembelian Eurocopter RM0.387 bilion lebih tinggi dari dari peruntukan asal RM1.93 bilion oleh kerajaan Malaysia.

Ketua Umum Keadilan itu juga menempelak agihan kekayaan negara yang banyak dimonopoli oleh kroni-kroni yang rapat dengan kepimpinan negara.

Beliau melahirkan kebimbangannya terhadap tindakan kerajaan memaksa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan dana sebesar RM5 bilion yang akan dibahagi-bahagikan kepada syarikat milik kerajaan (GLC) sebagai penyelamat kepada beberapa syarikat pelaburan yang lemas dalam kesulitan malah di peringkat nyawa-nyawa ikan.

Anwar mengupas secara terperinci dan menyeluruh tentang kepincangan dan defisit belanjawan negara yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan sebelum ini, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut beliau, banyak kelemahan yang terdapat di dalam pengurusan dan pentadbiran kerajaan. Soal-soal kesihatan, pelajaran dan pendidikan, pembaziran kewangan, pertahanan negara, moral dan beberapa lagi isu berbangkit.

Anwar juga menumpukan tegurannya terhadap amalan rasuah yang semakin menjadi-jadi terutama di kalangan para pemimpin negara ini.

Sidang media yang diadakan di Parlimen itu turut di sertai bersama oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar.

No comments: