PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Thursday, October 23, 2008

ANWAR: Kerajaan BN ambil sikap terburu-buru menggunakan kewangan KWSP RM5 Billion

KERAJAAN Barisan Nasional terus mengamalkan sikap terburu-buru dengan membelakangkan kepentingan rakyat dan negara selepas Menteri Kewangan mengumumkan langkah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meminjamkan sebanyak RM5 bilion kepada Valuecap Sdn. Bhd. untuk menyokong pasaran saham tempatan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut jelas menggambarkan ketidakcekapan kerajaan dalam mengurus ekonomi negara. "Tindakan ini mengesahkan kenyataan kami bahawa asas ekonomi tidak kukuh dan langkah drastik dan berani harus diambil, ketirisan rasuah perlu dibasmi dan ekonomi negara harus kendalikan mereka yang berkebolehan dan bukannya segelintir yang dekat dengan pemerintah,"ujarnya dalam satu kenyataan terbaru.

Sambil mengulangi kekecewaan terhadap kerajaan yang gagal membentangkan belanjawan dengan unjuran terkini, Anwar menambah, gesaan itu seolah-olah dipandang sepi walaupun memberi memanfaatkan rakyat dan negara. "Saya ingin menegaskan sekali lagi belanjawan 2009 yang dibentangkan tempoh hari sudah tidak bermakna lagi. Kegagalan Menteri Kewangan mengemukakan unjuran terkini merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab.

Dalam perkembangan yang sama, Anwar mengakui Pakatan Rakyat sentiasa konsisten dan komited dalam merangka sebarang dasar untuk kepentingan rakyat. Malah pihaknya berulang kali menegaskan peri pentingnya kita tidak dibebani kadar inflasi tinggi sekaligus merencatkan ekonomi negara.

"Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak petrol dan boros membelanjakan wang untuk menjanakan projek mega sesungguhnya amat mengecewakan." kata Anwar lagi.

No comments: