PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Monday, May 30, 2011

LYNAS'S CREDIBILITY AND INTEGRITY....dipersoalkan

"Projek Lynas merupakan satu projek yang selamat, tidak perlu warga Kuantan bimbang kerana ada radiasi yang baik dan ada yang tidak," katanya kepada pemberita di Kuantan, hari ini(Pengerusi GPMS Pahang, Wan Emril Nizam Wan Embong ) ................... Malaysiakini.. Mei 30 11 4:31pm

Untuk maklumat GPMS..adakah 700,00 rakyat marhein sekitar 30km radius dari GEBENG sebagai " TIKUS MAKMAL" oleh mereka yang mempunyai kepentingan peribadi ??? adakah GPMS faham dari segi ekonomi ...apakah gunanya sekiranya kita berdagang dengan negara luar dengan tidak dapat hasil langsung hanye haram jadah saje yang masuk ke kocek sendiri ??? adakah GPMS sedar LYNAS free tax 12 tahun...kalau satu tahun untung 7 billion ringgit kalau 12 tahun berapa ????84 billion ringgit... kalau 2% saja setahun dari 7billion ringgit yang LYNAS untung berapa yang masuk ke kantung baruah ??? inilah Pentualang Negara selain yang memberi IC Palsu pada PATI.

GPMS harus mengikuti penerangan yang jelas dan secara akedemik dari beberapa NGO yang profesional seperti Medical Association, Bar Council,Persatuan Nelayan, NIKMAT dan beberapa NGO's yang lain serta beberapa pakar " ahli kesihatan Awam " dan tahukah anda kesan sejarah di Bukit Merah akibat dari radiaktif

Bersama sama ini saya sertakan SURAT TERBUKA YB FUZIAH SALLEH PADA YAB MENTERI BESAR PAHANG untuk GPMS renung...jangan menuduh kami diantara 700,000 nyawa sekitar GEBENG tidak dapat maklumat yang tepat ! mungkin GPMS tak dapat tapi mempunyai kepentingan jangka pendek

SURAT TERBUKA
Kepada YAB MENTERI BESAR PAHANG
Daripada HJH FUZIAH SALLEH,
AHLI PARLIMEN KUANTAN.

Saya mengalukan-alukan kenyataan YAB MB Pahang berkenaan pembinaan loji pemprosesan Lynas di Gebeng serta pengiktirafan YAB terhadap satus keselamatan laji tersebut.Ianya menunjukkan bahawa YAB MB prihatin terhadap keselamatan rakyat Pahang amnya dan rakyat Kuantan khususnya.

Namun saya berpendapat bahawa penerangan yang diterima oleh YAB MB daripada LPTA merupakan taklimat yang tidak cukup menyeluruh kerana industri pemprosesan " rare earth" ini merupakan melibatkan pelbagai bidang kepakaran dan juga melibatkan pembuatan dasar dari pelbagai kementerian.

YAB MB seharusnya telah berusaha mendapatkan satu kajian dan pandangan dari satu badan bebas berkenaan impak pembinaan loji Lynas serta juga impak operasi pemprosesan nanti kepada kleselamatan awam, kesihatan, kehidupan kekeluargaan dan sosial, ekonomi dan mata pencarian rakyat setempat, alam sekitar serta kesan terhadap kualiti kehidupan bagi rakyat di kawasan Kuantan.

Antara persoalan yang harus telah ditanya oleh YAB MB kepada pihak pakar ialah kenapa tiada negara di dunia melainkan negera Cina telah bersetuju untuk membenarkan loji pemprosesan " rare earth " dibina di negara mereka sejak 3 dekan ( 30 tahun ) kebelakangan ini.

YAB MB juga harus bertanya kepada jiran kita MB Trengganu berkenaan pendirian Kerajaan Negeri Trengganu berkaitan permohonan Lynas Corporation untuk membina loji yang sama di Teluk kalung dalam tahun 2007.

YAB MB juga harus bertanya berkenaan sisa pepejal (leach purufication solids) hasil dari pemprosesan yang akan mengandungi bahan Thorium - bagaimanakah ianya akan diuruskan dan peraturan apakah yang akan digunapakai oleh LYNAS. adakah Solid Radiactive Waste management yang akan diamalkan oleh Lynas apabila bermula operasi akan menepati piawaian negara Cina atau piawaian British atau piawaian Australia ? piawaian mana yang akan digunakan pakai nanti ?

YAB MB juga harus bertanya kepada pakar, apa kesan sisa yang mengandungi radioaktif kepada alam sekitar dan seterusnya terhadap industri perikanan di kawasan Kuantan, memandangkan sungai balok berada di persekitaran Gebeng.

YAB MB juga harus meminta kajiselidik dijalankan tentang bagaimana nanti persepsi pelancung terhadap keselamatan mereka sekiranya mereka memilih Kuantan sebagai distinasi percutian.Samada mereka akan masih tertarik dan berminat untuk datang ke Cerating bercuti disebelah loji pemprosesan " rare earth "?

Memandangkan logi pemprosesan ini nanti akan menjadi loji terbesar di dunia selain yang ada di negara Cina (yang kita semua tahu tidak mengambil berat tentang piawaian pemelihraan alam sekitar), pemprosesan di atas adalah amat penting.

Bagaimana pula impak terhadap industri keropok lekor dan ikan bakar serta industri ikan masin di Kuantan ? adakah akan lebih semarak atau nanti akan juga mengalamai impak negatif daripada kunjungan pelancong?

aya jangka YB MB hanya boleh berpuas hati setelah mendapat jawapan yang menyenangkan dari kesemua persoalan di atas.

Amanah kepimpinan ialah amanah besar dan rakyat mengharapkan pemimpin untuk bertindak telus serta bertanggungjawab

Hjh Fuziah Salleh
MP Kuantan
1 april 2011

No comments: