PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Saturday, May 28, 2011

HILANGNYA SUMPAH PERWIRA ANAK BANGSA DIKIKIS ZAMAN


Dimanakah sumpah perwira anak bangsa ..." akan ku pertahankan ibu pertiwi dari musuh hingga ke titisan darah yang terakhir "... ?! kini perjuangan anak bangsa hanya tinggal kenangan... perjuangan mereka kini dirobek robek oleh pemimpin petualang yang rakus kuasa........ " harapkan pagar , pagar makan padi "...dengan..kecundangnya Pulau Batu Putih ..dengan hanya pemanis kata "win win situation "..sedangkan Yahudi (Penasihat SAF,Singapore ) bersorak gembira betapa lemahnya " strategi Malaysia berhubung buffer state "....sudah jadi amalan Yahudi laknatullah " beri betis..hendak celah kelenkang pula " dan " by hook or by crook "asalkan niat tercapai.

Dituruti pula hilangnya harta nenek moyang bangsa dengan tergadainya 2 pelantar minyak ke negera jiran....!!!adoh .....betapa mudahnya menggadai maruah ibu pertiwi dengan menepikan perit jereh perwira bangsa.....ohhh Malaysia tanah airku...dimanakah maruah dan jati diri dek kerakusan kuasa

Terkini Tanah Kereta Api Tanah Melayu menerima giliran.....hanye... .nostalgia indah yang dapat diceritakan nanti pada anak cucu kita bahawa negara kita mempunyai monumen yang paling berharga di Tanjung Pagar Singapura yang telah tergadai!!!!!

SINGAPURA 28 MEI : Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Stesen Tanjong Pagar dan di Bukit Timah yang terletak di Singapura akan ditamatkan pada 1 Julai ini.
Bagaimanapun stesen Tanjong Pagar dan di Bukit Timah akan diwartakan sebagai monumen negara dan bangunan terpelihara.

Stesen KTMB Bukit Timah dibuka pada 1903 bagi menghubungkan kawasan luar bandar Singapura.

Sejak 1932 fungsi stesen ini adalah untuk mengawal laluan keretapi.

Dimana Stesen Bukit timah ini dijadikan sebagai stesen pengantaraan diantara Stesen Tanjong Pagar dan Stesen Woodlands apabila terdapat lebihan tren melalui laluan tersebut pada satu-satu masa.

Walaupun tidak lagi menerima penumpang bangunan satu tingkat ini masih menerima kunjungan pelancong yang berminat dengan struktur bangunan tersebut sekali gus merakamkan memorial indah monumen itu.

Manakala Stesen Tanjong Pagar yang mula dibuka pada 1932 menampilkan seni bina dan lukisan mural yang mempamerkan pemandangan Tanah Melayu ketika itu.

Malah, ia turut dilengkapi sebuah kedai makan yang menjadi tumpuan penumpang keretapi dan orang ramai yang berkunjung ke kawasan tersebut.

Ketua Stesen Tanjong Pagar, Shamsul Bahri Sahri yang telah berkhidmat selama 15 tahun mengakui cukup sebak dan sayu menngenangkan nostalgia yang dilaluinya dalam tempoh itu.

Menurut Shamsul, walaupun beliau terpaksa berjauhan dengan ahli keluarganya sepanjang beliau berkhidmat di Tanjong Pagar namun pengalam indah ketika berada di Singapura tidak mungkin dapat dilupakannya hingga ke akhir hayat hidup beliau.

Malah, nostalgia indah itu akan diceritakan kepada anak cucunya kelak bahawa negara kita mempunyai monumen paling berharga di Tanjong Pagar, Singapura.

Berkuatkuasa 1 Julai depan perkhidmatan KTMB ke Singapura akan berhenti di Woodlands Tren Check Point WTCP.

Keretapi terakhir dari Tanjong Pagar dijadual bertolak jam 11.00 malam pada 30 Jun ini bersama 90 kakitangan KTMB yang bertugas di Singapura

No comments: