PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Wednesday, April 7, 2010

PENGERTIAN KEMERDEKAAN...SEDARLAH TEMAN.

Selamat sejahtera.


Sedar atau tidak sudah lebih 52 tahun Malaysia merdeka secara fizikal dari penjajahan asing. Tanggal 31 Ogos 2010 umur kemerdekaan negara kita mencecah angka 53 tahun. Itu bermakna sudah melangkau separuh abad. Umur yang boleh dikira sudah matang dan cukup dewasa untuk bersaing di persada dunia. Soalnya apakah kita sudah betul-betul dewasa? Saban tahun negara menyambut hari ulang tahun kemerdekaan. Lagu Allahyarham Sudirman Haji Arshad akan berkumandang diputarkan. Pesta dan keramaian dianjurkan di sana sini. Persembahan nyanyian oleh artis-artis tanahair malah ada juga dari luar diadakan di seluruh pelusuk negara. Malah ada juga majlis sambutan diadakan dengan pesta liar sebagai tanda kegembiraan yang amat sangat. Apakah itu pengertian kemerdekaan negara? Pernah suatu ketika seorang pemimpin negara memberi pendapat "pengertian kemerdekaan adalah setiap orang mengibarkan bendera Jalur Gemilang di premis masing-masing seperti rumah kediaman, kedai-kedai, bangunan-bangunan dan di seluruh tempat dalam negara".


Jika itulah pengertian kemerdekaan yang difahami oleh kita maka tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa kita hanya mengerti konsep kemerdekaan secara zahir tanpa mengetahui maksudnya yang sebenar. Saban tahun rakyat disogok dengan pesta-pesta sambutan. Naluri manusia yang suka berhibur telah dimanipulasi dengan sebaiknya oleh pemerintah. Tindakan mereka telah dapat melalaikan rakyat dari menggali maksud sebenar kemerdekaan negara.

Lebih 50 tahun rakyat diberi "candu" yang amat mengkhayalkan sehingga mereka lupa untuk menghayati dan memenuhi ruang lingkup kemerdekaan dengan pengisian yang penuh bererti. Semangat kemerdekaan yang sebenar hilang apabila rakyat mula "mabuk" dengan "candu" yang disajikan. Kalau ada pun hanya segelintir yang sedar tentang peri pentingnya mengisi kemerdekaan negara dengan elemen-elemen yang betul dan tepat. Terdapat juga beberapa pihak yang mengadakan pelbagai majlis mengisi sambutan hari kemerdekaan dengan menghayati pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu.

Namun majlis tinggal majlis, program hanya sekadar program; semuanya hilang bersama perginya tarikh sambutan; cuma bergema lagi pada sambutan tahun berikutnya. Begitulah saban tahun..!!!Rakyat kembali kepada penghidupan asal.



yang kaya semakin kaya.

yang miskin semakin terhimpit.

khazanah negara semakin menipis

rakyat terbanyak kian merintis.

Negaraku merdeka!!!

Merdeka!!!

Merdeka!!!

Merdeka!!!

Kibarkan Jalur Gemilang!!!



anak Iban...anak Penan...

anak Melayu...anak India...

anak Cina...anak Jakun...

anak Jahud...anak Semelai...

anak Siam...

anak-anak bangsa Malaysiaku...

di mana ibu mu...di mana bapamu...

untuk mengajarmu

erti kemerdekaan



nah...kutitipkan kepadamu

wahai bangsa Malaysiaku...

petikandarizaidiahmadkeadilanphg.blogspot.com


No comments: