PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Wednesday, February 10, 2010

KENYATAAN TERDESAK DARI EXCO KERAJAAN NEGERI PAHANG TERHADAP PENEROKA FELDA

"Kalau tak suka tinggal dalam felda, sila keluar dari rancangan" Datuk Tan Aminuddin

Datuk Tan Aminuddin, Exco Kerajaan Negeri Pahang, dengan angkuh dan bongkaknya, "menghalau" peneroka-peneroka felda supaya keluar dari rancangan felda jika tidak bersetuju dengan felda.

Inilah manusia angkuh yang tak sedar diri. Peneroka-peneroka menyertai rancangan felda untuk memperbaiki kehidupan mereka, dan apabila mereka menyertai rancangan felda mereka membayar setiap sen daripada apa yang mereka dapati di rancangan felda seperti rumah, ladang dan apa juga pembangunan didalam rancangan.

Setelah mereka menjelaskan segala hutang mereka dengan felda maka mereka berhak mendapat suratanhakmilik. Mereka memperolehi suratan hakmilik bukan percuma tetapi berbayar.

Apa juga dilakukan didalam rancangan felda dibayar oleh peneroka-peneroka. Bukan free. Jika dibandingkan dengan ahli exco ini, peneroka-peneroka felda lagi banyak berkorban untuk negara. Ahli exco ini memang banyak dapat kemudahan percuma dari Negara dan Kerajaan.

Masalah yang dihadapi oleh peneroka felda Kota Gelanggi 1 Jerantut ialah masalah hutang mereka yang sangat besar. Pendapatan bulanan mereka melalui sara hidup yang diberikan oleh felda adalah amat kecil dan baki beza pendapatan yang sepatutnya mereka dapat dengan pendapatan yang mereka benar-benar dapat sepatutnya telah digunakan untuk pembayaran hutang kepada felda dan jika felda tidak ingkar membayarkan hutang itu maka sudah tentu mereka tidak lagi berhutang dengan felda atau kalaupun berhutang jumlah hutang itu adalah jumlah yang kecil sahaja, bukan hutang seperti sekarang sehingga melampaui RM86,000.00.

Jangan angkuhlah Datuk Tan. Anda ke yang nak bayarkan hutang ni? Jangan angkuh dan sombonglah Datuk Tan. Kamu tahu ke bahawa peneroka-peneroka yang tanam sendiri boleh memperolehi hingga RM15,000.00 sebulan semasa harga sawit tinggi dulu, dan dikeadaan harga sawit bertahan dengan RM480.00 - RM500.00 setiap tan dan dengan keadaan buah melawas kini, mereka yang tanam sendiri itu tetap boleh berpendapatan disekitar RM5000.00 sebulan dan mereka tidak menanggung sebarang hutang.

Kamu, Datuk Tan, adalah seorang wakil rakyat. Sepatutnya kamu memahami keluhan rakyat, tetapi nampaknya kamu suka rakyat susah, kamu suka rakyat ditekan dan ditindas. Apa jenis wakil rakyat kamu ni?

Sekarang dengan angkuh kamu "menghalau" peneroka-peneroka Kota Gelanggi 1 supaya keluar dari rancangan felda. Apa? Apa, tanah dirancangan felda ni, bapak dan atuk kamu punya ke?

Datuk Tan juga mencemuh peneroka-peneroka felda yang menjemput peguam-peguam pembangkang datang bagi mewakili mereka.

Nampak benar bodohnya Datuk Tan ni! Peneroka-peneroka tu dah puas minta pertolongan dari pemimpin-pemimpin UMNO tetapi langsung tidak mendapat perhatian. Berterusan peneroka-peneroka itu mendapat kesukaran dan felda langsung tidak mahu memberikan perhatian diatas masalah yang mereka hadapi.

Kalau dah pemimpin UMNO tidak mahu mengambil tahu tentang kesusahan ahli-ahli mereka, adakah salah bagi peneroka-peneroka ahli-ahli UMNO itu menemui pemimpin-pemimpin bahkan peguam-peguam pembangkang?

Malaysia adalah hak semua rakyat Malaysia. Malaysia ni bukan hak Datuk Tan atau kuncu-kuncu UMNO sahaja. Semua orang ada hak di Negara ini, tidak sepertii yang disangka oleh Datuk Tan bahawa hanya orang UMNO sahaja ada hak, itu pemikiran yang bodoh!

Adalah menjadi hak kepada peneroka-peneroka felda Kota Gelanggi 1 untuk menyerahkan ladang mereka kepada felda dan adalah juga menjadi hak kepada mereka untuk menguruskan ladang mereka secara bersendirian. Dan kini telah terbukti bahawa mereka yang menyerahkan ladang kepada felda menanggung hutang yang besar dan pendapatan yang kecil, manakala yang menguruskan sendiri mendapat pendapatan yang besar dan tiada hutang.

Sebagai seorang peneroka felda mereka mahu memikirkan tentang masa depan mereka dan anak-anak mereka dan mereka tentu mahukan pendapatan yang besar dan tidak menanggung hutang, dan untuk itu mereka mahu memilih untuk menguruskan ladang mereka secara sendirian.

Datuk Tan orang kaya. Pemikiran dia tidak sama dengan pemikiran peneroka-peneroka felda. Peneroka-peneroka juga boleh menjadi senang dan kaya jika mereka memilih untuk menguruskan hal ehwal hidup mereka sendiri, dan mereka tidak perlu menanggung hutang yang tinggi.

Tetapi malangnya, ramai peneroka-peneroka yang terdiri daripada ahli-ahli UMNO tidak tahu menguruskan ladang mereka sendiri. Mereka lebih suka "goyang kaki" dan cukup bulan dapat RM1500.00 (dalam kes Kota Gelanggi 1 RM2200.00 sebulan), "nak kena hutang kenalah, asalkan tak perlu buat kerja berat diladang." Sikap pemalas itu telah ditanam oleh felda dan didokong oleh UMNO.


Sumber dari: Tuan Hj. Suhaimi Said

Pengerusi Hal Ehwal Biro Felda PKR Pusat

merangkap Ketua Cabang PKR Kuala Krau

No comments: