Ketua Wanita UMNO Cawangan Felda Kota Gelangi 1 (Ustazah Saadiah) & Suami bergambar bersama Sdr. Kamarul hatta (Timb.Ketua AMK Phg) & Sdr.Zaidi Ahmad (Pengarah Sekretriat PKR Phg) semasa pertemuan kami baru-baru ini dirumah beliau.
Aduhai YB Dato' Tan Aminuddin, sampai hati kamu menghalau kami dari Rancangan Felda kami. Selama ini kami telah memberi undi dengan tidak ragu-ragu kepada YB Dato' Tan hingga YB Dato' menjadi Ahli MMK Negeri Pahang. Kami juga telah memberi undi kepada UMNO dan Barisan Nasional hingga UMNO dan Barisan Nasional dapat memerintah Negeri Pahang Darul Makmur ini. Sampai hati Dato' Tan suruh kami keluar dari Felda - "Inilah Habis Madu Sepah Dibuang......"
Kami ucapkan terima kasih kerana menghalau kami tetapi kami tidak akan keluar dari Tanah Rancangan. Tanah Rancangan ini adalah hak kami. Kami telah membayar segala hutang dan kami tidak berhutang dengan Felda atau dengan YB Dato' Tan atau dengan UMNO atau dengan sesiapa jua. Kami disini zahir untuk menunaikan amanat daripada Pengasas Felda untuk mencari rezeki halal disamping menaik taraf ekonomi Negara.
Minyak Kelapa Sawit hasil titik peluh kami telah dipasarkan ke seluruh dunia dengan Kerajaan Negeri Pahang serta Kerajaan Malaysia telah mengutip berbillion-billion ringgit cukai dari hasil titik peluh dan tulang empat kerat kami.
Oleh itu kami tidak akan keluar rancangan tetapi kami akan keluar mengundi di PRU 13 akan datang untuk menolak Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional dari Negeri Pahang Darul makmur ini.
Salam dari kami wahai Dato' Tan - Kami di halau tetapi anda dan UMNO yang akan terkeluar !!!!
Daripada Suarahati Peneroka Felda Kota Gelangi 1 dan seluruh Gugusan Felda Negeri Pahang Darul Makmur

No comments:
Post a Comment