PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Friday, January 15, 2010

Parti OhNo dan 1Malaysia

Selamat datang sdr Anwar Ibrahim.
Sempena lawatan Dato Sri ke Pahang, terimalah seloka ini dari PKR Pahang.

Ingin ku bawa satu risalah
Riwayat Parti OhNO punya Al-kesah
Enam puluh tahun menempa sejarah
Zaman gemilang nya tamatlah sudah

Kerana OhNO menghadapi masaalah
Pimpinan mengakui OhNO kini RASUAH
Udah terkena penyakit BARAH
Keadaan tenat dah menjadi PARAH

Kuman jangkit ke kerajaan pemerentah
Hingga raayat kesemua menanggong susah
Pilihanraya kecil OhNO dah mula kalah
Pemimpin OhNO dah mula menggelabah

Untuk mereka mengekalkan kuasa
Sedangkan rakyat dah hilang percaya
Maka tipu dan helah menjadi biasa
Amalan “Matlamat menghalalkan cara”

Bukan sahaja rakyat di gula-gula
Wakil-wakil mereka dibeli bersama
Wang haram dikeluar entah dari mana
Pulohan juta pertaruhan harga

Jika jual-beli tidak diterima
Jalan yang lain mereka mencuba
Halal haram jangan dikira
Asalkan jerat mereka mengena

Reka lah tuduhan, fitnah apa-apa sahaja
Meliwat, merogol atau mencuri kereta
Asalkan yang bangkang disumbat penjara
Melegakan mereka buat seketika

Jika kesemua ini tidak mengena
Sudah terdesak, ISA diguna
Dituduh mencuri mempelam istana
Kononnya Negara akan huru-hara

Hodohnya pemimpin OhNO mengekal kuasa
Dari kuasa harta raayat dikebas pula
Ada kuasa ada harta, berkerumunlah betina
Rakyat jugalah hidup SENGSARA GILA

Saya ini hanya berlawak jenaka
Usahlah dengar usahlah percaya
Di 1Malaysia mewah-mewah belaka
Mana ada raayat yang hidup sengsara

Fauzi Abdul Rahman

3 comments:

Unknown said...

salam dato rahman,
koi nok pantun jugek boleh..

dato bahaman pahlawan perkasa,
tiada dengki tamak haloba,
pemimpin hari ni susah dah nak dipercaya,
pantang melintas semua dikebasnya.

kerajaan pahang memang pemurah,
hutan bukit lonbong habis disedekah,
'org luar' 4 keturunan tak jejak tanah,
org kampung tak mentekedarah.

pahang dan bola dulu tersohor,
pemain skrg standard sekolah jabor,
eloklah dato pakat2 gempor,
tak dapat semua separuh pun mujor.

tkasih.

ampang

Unknown said...

moh sama-sama kita jatohkan kerajaan BN kat Pahang ni!

Unknown said...

Rahman Talib segak orangnya
Dato Fauzi pula waris pusaka
Nenek Moyangnya kaya-raya
UMNO juga yang bela mereka

* Orang kaya cuma nak lagi kaya... Mungkin harta Rahman Talib dulu dah abis.... Sama je tamakan harta & juga kuasa....