PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Tuesday, January 19, 2010

KENYATAAN AKHBAR PARTI KEADILAN NEGERI PAHANG BERKENAAN ISU “PKR MAHU MENAWAN PAHANG”.

Berikutan kenyataan akhbar, muka surat hadapan, akhbar Sinar Harian, pertamanya, PKR Pahang ingin membuat pembetulan terhadap kenyataan di atas bahawa PKR mahu Pakatan Rakyat (PR) menawan Pahang. PKR akan menyumbang bersama rakan2 PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk memungkinkan peralihan pemerintahan di Negeri Pahang DM tercinta ini dalam Pilihanraya Umum akan datang.

PKR menyedari bahawa BN memiliki kekuatan di Pahang dan sememangnya tidak harus gentar dengan “peperangan saikologi” PKR. Sebab itu PKR, PAS dan DAP akan bersama berkerja kuat secara berkesan dan berterusan sehingga mencapai matlamat perjuangan, iaitu meneraju Negeri ini bagi mempastikan setiap rakyat di beri hak mereka yang sewajarnya. Kepada PKR dan PR, penerajuan bererti amanah yang dipikul dan kami dalam PR berazam memelihara amanah ini dengan sempurnanya.

PKR Pahang memang sedar bahawa UMNO masih ujud. Kami sekali-kali tidak menafikannya, malahan kami menyedari bahawa sedemikianlah juga keadaannya di Perak, di P. Pinang, di Kedah, di Selangor dan di Kelantan. Begitu juga keadaannya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semasa Pilihanraya Umum pada tahun 2008 dahulu. Ketika itu, “UMNO MASIH ADA!”.

Kami juga amat menyedari “kekuatan” UMNO dan MCA di Pahang, khususnya kelebihan 4 “M”; “man-power”, “money”, “media” dan “machinery”. Malahan kami tahu dari mana datangnya 4 M ini namun kami akan terus berusaha, berdoa dan bertawakkal kerana pergantungan kami adalah hanya kepada 2 ”P”, Pengundi dan Pencipta, Allah azwj.

Dato’ Fauzi Abdul Rahman,

Pengerusi MPN Pahang, Parti Keadilan Raayat.

19 Januari 2010

No comments: