PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Wednesday, April 8, 2009

PR sapu bersih di dua Bukit

PAS menang dengan undi yang bertambah di Bukit Gantang, Ir Mohamad Nizar Jamaluddin memperolehi 21860 undi manakala calon BN (UMNO) memperolehi 19071 undi, memberikan kelebihan undi 2789 kepada calon PAS.

Di Bukit Selambau pula calon PKR, Manikumar memperolehi 12632 undi, manakala Ganesan dari MIC memperolehi 10,231 undi, memberikan kelebihan 2403 undi kepada calon PKR.

Kesemua calon Bebas di Bukit Selambau hilang wang pertaruhan, dan begitu juga calon Bebas di Bukit Gantang.
Dengan kemenangan selesa kepada Ir Mohamad Nizar ini terbuktilah dakwaan Pakatan Rakyat bahawa "kerajaan haram BN" Negeri Perak tidak mempunyai mandat untuk memerintah.
Kesemua DUN didalam Bukit Gantang iaitu Changkat Jering, Trong dan Kuala Sepetang dimenangi dengan selesa oleh calon PAS berbanding hanya 2 DUN iaitu Changkat Jering dan Kuala Sepetang sahaja dimenangi oleh PKR didalam PRU-12 manakala UMNO memenangi DUN Trong.
Kekalahan UMNO di DUN Trong membuktikan bahawa UMNO sudah ditolak oleh pengundi Bukit Gantang, dan inilah petunjuk yang paling kukuh untuk kemenangan PR di Negeri Perak jika Pilihanraya peringkat Negeri itu diadakan sekarang.

No comments: