Pasukan Petugas PKR Negeri Pahang telah diamanahkan oleh pimpinan PKR Kebangsaan untuk membantu Pakatan Raayat memenangi Pilihanraya Kecil di Bukit Gantang, Perak.
Pasukan PKR Pahang, termasuk pasukan2 AMK dan wanita nya telah mula bergerak ke Perak bermula beberapa hari lalu. Dipimpin oleh Sdr Mohd Nor Hassan, selaku Pengarah Pilihanraya PKR Negeri, dua unit telah dibentok untuk memulakan tugas. Unit 'A' diketuai YB Fuziah Salleh dan unit 'B' diketuai YB Sdr Azan Ismail. Kita sudah bersedia untuk bersama-sama pasukan2 dari PAS dan dari DAP untuk melakukan yang terbaik demi raayat Perak yang tercinta.
Pengerusi, Jawatankuasa Perhubungan PKR Negeri Pahang dan seluruh ahli-ahli mengucapkan selamat bertugas dan berjuang kepada semua pejuang2 Reformasi Pahang semoga membawa kemenangan besar kepada Pakatan Raayat, insyaallah. Kita berjuang untuk keadilan bagi raayat dan mendoakan agar Allah memberkati perjuangan ini.
Kita menyedari bahawa Barisan Nasional, khususnya UMNO, akan melakukan apa sahaja untuk menang. Ini termasuk mengguna 3 "M", iaitu 'money' yang akan bertaburan untuk dipungut, 'media' yang akan hanya menceritakan 'kebaikan' UMNO dan calunnya serta mencemuh, memburuk dan memfitnah calun Pakatan Raayat dan mengguna 'machinery', iaitu jentera kerajaan seolah-olah jentera kerajaan makan gaji dengan UMNO untuk ditabur berbagai 'rasuah'nya kepada pengundi2 Bukit Gantang. Mereka akan mengguna pasukan keselamatan dan SPR untuk menyebelahi mereka. Namun kita tidak gentar dan "pejuang2 Reformasi" kita sudah bersedia menghadapi kesemuanya itu.
"Bangkit...Bangkitlah Raayat Perak. Bangkitlah pengundi2 Bukit Gantang. Buktikan bahawa MARUAH anda tidak boleh dibeli. Buktikan bahawa KUASA RAAYAT, KUASA ANDA adalah KERAMAT. Anda adalah penentu!!! Anda mampu melakukan perubahan kerana anda adalah pemilik undi keramat".
Kami hanya mampu menolong dan janji Allah bahawa Dia tidak menolong orang yang tidak mahu menolong diri mereka sendiri.
SALAM REFORMASI DAN SELAMAT MENEMPOH KEJAYAAN
Pengerusi Perhubongan PKR
Negeri Pahang
PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM
Friday, March 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment