PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Monday, February 2, 2009

Felda potong 20% pendapatan peneroka tetapi gagal membayar bonus dari keuntungan!

Felda telah menggunakan "pay slip" dari Felda untuk peneroka-peneroka menghantar jualan sawit mereka ke Kilang-Kilang Felda. Payslip dari pembeli-pembeli lain tidak diiktiraf dan peneroka-peneroka yang selama ini mengambil payslip daripada pengusaha-pengusaha persendirian yang kebanyakannya terdiri daripada peneroka-peneroka tidak diterima jualan mereka ke Kilang-Kilang Felda. Walhal pengusaha-pengusaha persendirian itu mempunyai permit/lesen yang sah dan mereka juga menjualkan ke kilang-kilang Felda.
Tujuan Felda mengiktiraf payslip dari Felda untuk jualan ke Kilang-Kilang Felda ada bertujuan untuk membuat potongan pendapatan peneroka-peneroka Felda.
Sebelum ini Felda memotong hingga 40% dari pendapatan Felda, tetapi setelah berlaku tunjuk-tunjuk perasaan di merata-rata rancangan Felda oleh peneroka-peneroka yang tidak berpuas hati, Felda menurunkan kadar potongan dari 40% kepada 20%.
Felda akan membayar kembali potongan 20% itu pada penjualan yang akan datang, namun, di penjualan akan datang juga Felda akan memotong lagi 20%.
Ini bererti Felda menyimpan wang peneroka-peneroka Felda sebanyak 20% bagi setiap jualan dan pegangan oleh Felda ini bernilai beratus juta ringgit sebulan. Felda telah menggunakan wang peneroka untuk perniagaan Felda, dan Felda memperolehi keuntungan besar tanpa perlu bertanggungjawa untuk membayar bonus keuntungan bulanan wang peneroka-peneroka yang menjadi modal pusingan Felda. Ini bererti Felda merompak wang peneroka-peneroka tanpa persetujuan peneroka-peneroka.
Bagi peneroka-peneroka yang enggan mengambil payslip dari Felda, mereka tidak lagi dapat menjualkan hasil sawit mereka, dan untuk beberapa bulan sebelum adjustment dibuat, buah-buah sawit dari peneroka-peneroka yang selama ini menerima payslip dari pengusaha-pengusaha persendirian tidak dapat diturunkan dan menjadi busuk dipokok begitu sahaja.
Dengan cara Felda mengetatkan peraturan jualan dengan hanya melalui payslip Felda ini menghancurkan pengusaha-pengusaha persendirian yang terdiri daripada peneroka-peneroka Felda.
Felda sentiasa menyeru dan menggalakkan peneroka-peneroka supaya terlibat dengan perniagaan dan kerja-kerja berdikari bagi menambah pendapatan mereka. Tetapi didalam usaha ini, Felda bukan saja bersaing dengan peneroka-peneroka tetapi membunuh perusahaan dari peneroka-peneroka.
Tindakan dari Felda ini menghancurkan ekonomi sebahagian dari peneroka-peneroka dan Felda melaksanakan sistem payslip Felda ini semata-mata untuk kepentingan Felda dan bukan kepentingan peneroka-peneroka Felda.

No comments: