by Alif Shahril (Political FreeThinker)
Sesi Dewan Rakyat telah bermula pada hari ini, Isnin, menyaksikan pertembungan di antara Abdullah Ahmad Badawi dan Anwar Ibrahim. Sudah pasti sidang Parlimen ini ditunggu oleh rakyat, terutamanya bagi pemerhati politik, citizen journalism (blogger) dan individu-individu yang peka mengikuti perkembangan politik semasa.
Sesi Dewan Rakyat telah bermula pada hari ini, Isnin, menyaksikan pertembungan di antara Abdullah Ahmad Badawi dan Anwar Ibrahim. Sudah pasti sidang Parlimen ini ditunggu oleh rakyat, terutamanya bagi pemerhati politik, citizen journalism (blogger) dan individu-individu yang peka mengikuti perkembangan politik semasa.
Ini merupakan kali pertama Abdullah melangkah masuk sebagai Menteri Pertahanan. Manakala Najib pula merupakan calon Presiden UMNO, bakal Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Ramai yang menjangka sesuatu yang menggemparkan akan berlaku. Namun yang pasti sidang kali ini bakal merungkai pelbagai persoalan yang bersarang di lubuk pemikiran rakyat selama ini.
Ada yang menjangkakan Anwar akan menggerakkan usul undi tidak percaya terhadap kerajaan BN. Berdasarkan perhitungan semasa, ianya tidak mustahil berlaku apatah lagi di saat reputasi Abdullah sedang berada di titik paling rendah sejak beliau bergelar Perdana Menteri.
Walaubagaimanapun sesetengah pemerhati berpendapat bahawa wujudnya usaha dari dalam UMNO untuk membentangkan usul undi tidak percaya khusus untuk Abdullah dan jika ianya berjaya maka Najib akan bergelar Perdana Menteri seawall minggu hadapan. Namun demikian pendapat ini boleh dipersoalkan kerana majority bahagian UMNO menyokong pelan peralihan kuasa yang dijadualkan pada Mac 2009.
Sidang Parlimen ini juga akan menyaksikan beberapa isu panas dibangkitkan antaranya:-
1. Tindakan kerajaan menghantar lebih 40 MP BN ke Taiwan.
2. Pembelian Eurocopter bagi menggantikan helicopter Nuri.
3. Kelemahan kerajaan dalam menangani masalah ekonomi negara.
4. Tindakan pemerintah menggunakan isu perkauman bagi melaga-lagakan rakyat berbilang kaum.
5. Penyalahgunaan ISA ke atas Blogger, Hindraf dan mangsa-mangsa lain.
6. Justifikasi penyediaan belanjawan Santa Claus Bajet 2009.
Selepas 16 September, Pakatan Rakyat memerlukan momentum baru dalam usaha mengekang kebangkitan kem Najib – Muhammad Muhd. Taib. Kini momentum tersebut sudah ditemui di dalam Dewan Rakyat mulai hari ini, 13 Oktober 2008.
No comments:
Post a Comment