PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Thursday, October 9, 2008

ISA: MAKAN MAKANAN ANJING VS MAKAN TAHI DAN AIR KENCING

Oleh Suhaimi Mohd Saad (Ilham Najmi)

Semua org gempar bila YB Teresa Kok mendakwa di beri makanan anjing... Bila di siasat dakwaan itu tak benar.. akhirnya teresa mohon maaf. Kenapa isu makanan anjing ini besar..? kerana Teresa Kok bertaraf VVIP.


Pimpinan tertinggi mana-mana parti samaada parti pemerintah atau parti pembangkang kalau ditahan dibawah ISA ianya menjadi isu besar sebab VVIP dianggap rakyat kelas pertama

Saya sangat tak bersetuju kalau perjuang hanya untuk membebaskan dua tiga org sahaja dalam ISA. Kita boleh menceritakan penderitaan dua tiga orang tahahan secara terpilih tetapi apabila kita berjuang untuk pembebasan mangsa ISA, tak seharusnya dibuat secara terpilih. Seharusnya kita perjuangkan semua insan tanpa mengira agama dan latar belakang pemikiran mereka. Tak kira apa sahaja salah yg menyebabkan mereka di tahan... Kalau betul mereka bersalah bawa ke muka pengadilan

Tapi bila rakyat marhein dalam tananan ISA diberi minum air kencing dan diberi makan tahi. sapa yang nak ambil kisah... Akhbar mana sudi melaporkan.. timbalan menteri mana yg bersedia siasat. Kenapa jadi begitu... Kerana mereka rakyat kelas ke 2 pada pandangan kita.
Gambaran masa soal siasat dan soal siat-siat. Ilistrasi dilukis oleh salah seorang tahanan ISA, masih belum bebas.

Sedutan Artikel kak Laila GMI bertajuk:

TAHANAN ISA 2002(Mat Sah) VS ISA DETAINEE 2008 (YB Teresa Kok)
YB Teresa hanya ditahan 7 hari. Mungkin belum sempat beliau diperlakukan oleh SB @ penyiasat sepertimana tahanan ISA lain yang ditahan sebelum itu. Namun, bagaimana dengan nasib tahanan ISA yang didakwa ahli Jemaah Islamiyyah (JI) yang ditahan pada tahun 2002?

Semua orang tidak tahu, apakah yang dilakukan oleh SB @ pegawai penyiasat kepada tahanan ketika itu. Tahanan dan keluarga juga tidak tahu, apakah nasib mereka. Lebih memburukkan keadaan, tahanan serta keluarga juga tidak tahu hak-hak mereka, tidak mendapat kemudahan berhubung dengan peguam dsb. Mereka dan keluarga dalam kegelapan.

Menurut Abah Suhaib, jika YB Teresa diberi makanan yang beliau dakwa teruk dan menjemukan, tahanan ISA "JI" dulu diberi makanan yang lebih dahsyat lagi teruknya. Abah kata, beliau pernah diberi nasi goreng yang sudah basi untuk sarapan pagi, air teh yang sudah berbau, lauk kari basi yang disiramkan keatas nasi dan ikan goreng yang disimpan beberapa hari untuk dijadikan makanan tengahari.

Ini belum lagi kisah nasi di siram dengan air kencing, yang dipaksa dimakan oleh tahanan dihadapan beberapa pegawai Penyisat @ SB
. Tidak dinafikan, mungkin deraan dan penghinaan yang dilakukan keatas mereka terlalu dahsyat, hingga mereka tidak sanggup mengingati saat-saat hitam itu lagi.

Siapakah yang melakukan semua ini? Siapa yang memberi arahan kepada semua perlakuan jahat ini? Siapa yang masih meneruskan kerja-kerja jahat yang mendera dan menghina sesama manusia ini?

Untuk maklumat selanjutnya sila kunjungi blog saya www.najwasuhaimi.blogspot.com

1 comment:

Suhaimi Said said...

Mcm nilah. In the first place, there shouldn't be detention without trial.

Apa yang dilakukan keatas Teresa Kok adalah salah, inhuman!

Apa yang dilakukan kepada detainee yang lain, adalah salah, inhuman.

Apa yg dilakukan kepada Syed Husin, amat teruk, amat inhuman.

Apa yang dilakukan kepada Burhanuddin Al-Helmy, amat teruk amat inhuman.

Apa yang dilakukan kepada Kassim Ahmad, amat teruk amat inhuman.

Apa yang dilakukan kepada pimpinan menegahan PAS, amat teruk, amat inhuman.

Apa yang dilakukan kepada pimpinan DAP, amat teuk, amat inhuman.

Apa yang dilakukan kepada JI, amat teruk amat inhuman.

Saya tengok sendiri kesan-kesan torture ditubuh badan seorang rakan tahanan ISA.

Kemaluannya pun di "gasak" dengan electric shock.

Apa yang dilakukan kepada Mohd Sabu, Bakar Chik, Khalid Samad, Mahfuz, Yusof Husin, Lim Kit Siang, Guan Eng, dan saya sendiri, semuanya teruk, semuanya inhuman.

Tak usah kita banding-bandingkan layanan dari seseorang tahanan ISA dengan yang lain, pemimpin dilayan teruk, orang biasa dilayan teruk, semua dilayan teruk.

On top of that, apa salah kami tahanan-tahanan ISA, against the law - tidak? Mencuri -- tidak; merogol orang -- tidak; memusuhi negara ..tidak.

Salah kami hanyalah kerana kami menentang kerajaan BN (Perikatan, itulah "salah" kami dan salahnya kami ialah kami adalah bersungguh-sungguh menentang UMNO/BN.

Kami bukan sekadar bercakap dan berceramah, kami turun padang dan organise masyarakat dari akar umbi.

Itulah sebabnya kami ditahan dibawah ISA.

Yang menulis tu, harap-harap juga adalah dari keluarga tahanan ISA.