Kerajaan tiada masalah membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 dilangsungkan
seperti dirancang selagi penganjur mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2011
dan tidak menimbulkan sebarang gangguan.
Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, atas semangat akta yang baru
digubal itu, kerajaan tidak akan melarangnya.
Ditanya dalam
sidang media di bangunan parlimen hari ini, Hishammuddin berkata
kumpulan itu boleh berhimpun tetapi tidak boleh menyusahkan orang awam
atau menjejas ketenteraman awam.
Ditanya sekiranya penganjur
boleh menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan,
Hishammuddin bagaimanapun tidak memberikan jawapan jelas.
Sebaliknya, beliau berkata penganjur perlu berbincang dengan polis dan mencari lokasi lain supaya tidak menjejaskan orang awam.
Penganjur
perhimpunan itu, BERSIH 2.0, sebelum ini mengumumkan bahawa perhimpunan
berkenaan akan dijalankan selama dua jam bermula jam 2 petang pada 28
April di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Perhimpunan dengan tema "Duduk Bantah" itu juga akan diadakan serentak di lokasi tertentu seluruh negara dan negara lain.
Perhimpunan
berkenaan juga akan disertai oleh Himpunan Hijau – perhimpunan untuk
membantah loji nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant di Gebeng,
Pahang.
PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM
Wednesday, April 11, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment