Sekumpulan kartunis, diketuai Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau Zunar akan
turun ke Kuantan esok untuk mengadakan program kesedaran tentang
dakwaan bahaya sisa nadir bumi kepada penduduk tempatan.
Mereka
bagaimanapun akan melakukannya secara kreatif, termasuk melalui acara
seperti peraduan melukis dan mewarna kanak-kanak, acara melukis
karikatur, melukis kain rentang secara terbuka dan demonstrasi melukis
kartun.
Menurut
satu kenyataan, kartunis yang akan mengambil Johhny Ong, Nor Azlin Ngah
(Jonos), Azman Md Noh, Azmie Taha dan Abdullah Jones.
"Program
amal ini adalah sebagai melaksanakan tanggungjawab kami sebagai kartunis
kepada masyarakat," kata Zunar yang terkenal dengan kartun-kartun
politiknya.
"Kami berharap kaedah penerangan menerusi program
santai begini akan memberi lebih kesedaran kepada masyarakat setempat
tentang bahaya sisa nadir kepada kepada mereka dan generasi akan
datang."
Program di Balok dan pantai Teluk Chempedak itu
dianjurkan bersama dengan NGO Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) and BADAR -
antara dua kumpulan paling depan menentang projek syarikat Australia
itu.
PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM
Friday, March 30, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment