Isu mengenai Palestin-Israel yang hangat diperkatakan di negara ini, tidak akan selesai tanpa usaha mempertemukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di pentas debat.
Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, debat tersebut harus diadakan segera supaya rakyat mendengar sendiri penjelasan kedua-dua pemimpin itu berhubung pendirian sebenar mereka.
“Pentas debat adalah medan terbaik untuk kedua-dua pemimpin ini mengemukakan pandangan mereka mengenai isu Palestin Israel,”
“Kita berharap Najib selaku perdana menteri memberanikan diri kerana ahli Umno sendiripun sangat berharap presiden mereka tampil ke medan debat,” tegasnya ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini yang menyiarkan pendirian Pengerusi Biro Politik Hamas, Dr Mousa Abu Marzook, berhubung kenyataan Anwar terhadap jaminan keselamatan Israel.
Menurut Dr Muhammad Nur, rakyat tidak boleh menilai pandangan dari satu sumber semata-semata, apatah lagi ia boleh dimanipulasi oleh media kawalan Umno itu.
“Hakikatnya pertemuan Anwar bersama Khaled Mashal, yang juga pengasas pergerakan Hamas sebelum ini sangat jelas.
“Malah pimpinan Hamas itu sangat menghormati pendirian jelas dan konsisten Anwar berhubung isu Palestin-Israel,” katanya yang menyentuh mengenai pertemuan kedua-dua pemimpin itu di Qatar, bulan lalu.
Dalam pertemuan itu juga katanya, Anwar secara jelas menegaskan pendirian beliau secara jujur dan ia turut dihadiri tokoh ulama terkemuka, Profesor Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradawi.
“Dalam wawancara Anwar dengan Asian Wall Street Journal, beliau ada sebut perkataan ‘contingent’ yang bermaksud sokongan melindungi keselamatan Israel bersyarat dan ini langsung tidak ditekankan dalam media kawalan Najib.
“Apa yang pasti, kejujuran dan keikhlasan Anwar terhadap perjuangan Palestin adalah jelas, termasuk kewajipan negara haram Israel menghentikan pencerobohan terhadap tanah dan hak rakyat Palestin.
“Ia termasuk mengembalikan 12 juta pelarian Palestin ke negara asal mereka, menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Palestin dan memelihara kesucian serta kewujudan Masjidil Aqsa seperti dituntut rakyat Palestin,” tegasnya.
Mengulas lanjut, Muhammad Nur berkata, walaupun media kawalan Najib berterusan memanipulasi isu itu, beliau percaya ia sebaliknya akan membantu kejatuhan Umno -BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Rakyat masih ingat bahawa selama ini Umno BN lebih mengiktiraf Fatah, tanpa mengambilkira Hamas yang dipilih rakyat Palestin.
“Ini sahaja cukup membuktikan betapa hipokritnya pentadbiran Najib dalam isu ini,” tegas beliau.
PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM
Saturday, March 3, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment