Jawapan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berhubung
kontroversi pengundi bernama Zarina Abu Tausi yang didaftar dua kali
membuktikan suruhanjaya itu tidak mengikut prosedur yang ditetapkan,
kata Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh.
Merujuk jawapan seorang pegawai SPR kononnya nama itu pengundi biasa
yang memohon untuk menjadi pengundi tidak hadir (PTH), beliau berkata,
pegawai itu sepatutnya tahu prosedur penukaran pengundi untuk menjadi
PTH.
“SPR perlu memaparkan nama pengundi telah dipadam dalam senarai
pengundi biasa, dan pada masa sama memaparkan (status) PTH pada
permohonan yang kedua,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam kes Zarina dan beribu-ribu pengundi lain, Fuziah berkata,
mereka dipadam dalam senarai pengundi biasa tetapi dalam masa sama
memaparkannya sebagai pengundi baru.
Semalam Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan
taktik terbaru SPR melakukan pendaftaran satu nama dua alamat iaitu
dengan menambah simbol palang (/) pada hujung nombor kad pegenalan.
Nama Zarina sebelum ini didakwa berada dalam daftar induk sebagai
pengundi biasa tetapi telah memohon untuk menjadi pengundi tidak hadir
pada 20 Disember 2011 kerana suaminya berkhidmat dalam tentera.
Mengulas perkara itu Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata,
beliau tidak menolak nama-nama yang tidak dipadamkan, boleh mengundi dua
kali walaupun daftar sebagai PTH.
“Prosedur yang digunakan SPR ini terbuka kepada penyalahgunaan dan kemungkinan ia dimanipulasikan adalah tinggi,” katanya.
PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM
Sunday, March 25, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment