PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Monday, December 26, 2011


Monday, December 26, 2011

EZAM MASIH TIDAK BERKESAN DI DALAM UMNO ?

Ezam Mohd Noor di dalam akhbar Sinar hari ini, cuba menjadi `Panglima Perang' buat Umno apabila mahu mendedahkan kononnya surat DS Anwar kepada bank dunia pada tahun 2000. Melucukan, pinjaman itu bukan untuk negara tetapi kononnya DS Anwar mahu Bank Dunia menyelesaikan masalah skandal seks kakitangan bank tersebut.

Memetik kenyataan beliau di dalam Sinar, "Menurutnya, pada awal tahun 2000, Anwar ada menghantar surat kepada bekas Pengerusi Bank Dunia, John Wolfensohn memohon bantuan kewangan untuk membantu menyelesaikan masalah skandal seks kakitangan bank dunia warganegara Lubnan yang dikenali sebagai Sahariza.

Ezam masuk Umno kononnya untuk basmi rasuah. Tetapi kemasukannya, rasuah di dalam Kerajaan semakin meningkat

Sekali lagi `Ezam kotak' ini terlalu lembab untuk memberi perkhidmatan terbaik buat Najib. Surat yang kononnya pada tahun 2000, Ezam mahu dedahkan sekarang? Rakyat sudah jemu mendengar Ezam asyik dengan janji-janjinya untuk `menelanjangkan' DS Anwar dengan salah laku rasuah dan penyelewengan, dan setakat ini semenjak beliau melalak ke hulu ke hilir memburukkan bekas mentornya itu, sokongan terhadap DS Anwar semakin meningkat.

Mengapa tidak didedahkan sewaktu DS Anwar bertanding di Permatang Pauh, sedangkan ketika itu adalah masa paling sesuai untuk Ezam `menelanjangkan' DS Anwar? Mungkin beliau yakin waktu itu apabila Saiful bersumpah laknat sehari sebelum Penamaan Calon di Permatang Pauh, DS Anwar pasti tersungkur. Malangnya tidak berlaku sedemikian, bahkan majoriti DS Anwar jauh meningkat. Kemudiannya, berlaku pula beberapa Pilihanraya Kecil, Ezam masih tidak menjumpai surat yang dikatakan akan didedahkannya itu.

Ezam dan Umi, `seiring sejalan'

Pilihanraya Kecil di K.Terengganu dahulu, Ezam mengistiharkan akan `menelanjangkan' DS Anwar dengan satu surat yang kononnya surat bertulisan tangan DS Anwar yang kononnya memohon bantuan Dr Mahathir di dalam kes beliau. Apabila beberapa hari sebelum mengundi, Ezam pun dengan penuh yakin mendedahkan surat tersebut. Malangnya, tiada yang pelik dari surat berkenaan dan surat itu menjadi bahan ketawa orang ramai. Akhirnya PAS menang besar di K.Terenganu.

Ezam sudah terlalu banyak berjanji dengan orang ramai untuk mendedahkan salah laku DS Anwar, tetapi sehingga kini satu pun tidak menjadi bekas kepada DS Anwar. Mungkin ini lah yang menjadikan Ezam merasa seperti `makan gaji' buta sebagai Senator di dalam Umno.

"Tunjukkan pada saya, seorang yang masuk Umno itu ikhlas?" - Ezam

Selepas ini, biarpun `Ezam kotak' atau `Ezam sesumpah' ini membongkar berpuluh-puluh kotak yang beliau ada, rakyat tidak lagi serius untuk mengetahuinya. Rakyat kini mahu tahu apa Ezam buat terhadap isu `Fidlot' (lembu) keluarga Shahrizat? Rakyat teringin mendengar apa komen Ezam terhadap kes Khir Toyo yang hanya dipenjarakan setahun? Rakyat juga tertanya-tanya mengapa Ezam tidak bertanya kisah cincin RM24 Juta, Gelang dan beg ratusan ribu kepunyaan `First Lady Of Malaysia' yang didedahkan dan dibukukan oleh sahabat karib lamanya, Chegu Bard?

Jelas, Ezam kini terkunci mulutnya atau beliau tidak mampu berbuat apa-apa kerana beliau sendiri berada di dalam kotak Umno. Mungkin tugas beliau di dalam Umno hanya satu sahaja iaitu cuba sedaya upaya untuk membunuh kerjaya DS Anwar, itu sahaja.

1 comments:

Suhaimi Said said...

Aku pernah sms kepada Ezam ini kalau aku jumpa dia aku akan ludah muka dia kerana dia menjadi kaki tipu nombor satu di Malaysia dengan 6 kotak rasuah pemimpin2 UMNO, mana dia?

Post a Comment