KUALA LUMPUR, 29 Jan. – Lawatan delegasi Akademi Parti Komunis Vietnam ke Ibu Pejabat UMNO membuktikan bahawa UMNO menjadi rujukan bukan sahaja di dalam negara sebaliknya turut dikagumi di peringkat antarabangsa .
Dalam kunjungan ini, delegasi seramai tujuh orang yang diketuai oleh Setiausaha Agungnya, Dr. Nguyen Minh Tuan disambut mesra oleh kakitangan bertugas di Ibu Pejabat UMNO sebelum diberikan ucaptama oleh Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abdul Rauf Yusoh (Umno Online )
KETAM MENGAJAR ANAK BERJALAN BETUL.....
Melucukan. Saban hari pemimpin Umno menghebahkan cerita pasal fahaman komunis di saat PR menyokong menyertai Perhimpunan BERSIH, rupa-rupanya Umno terlebih dahulu dikunjungi oleh Akademi Parti Komunis Vietnam
Mengaitkan BERSIH dengan komunis adalah satu detik malang bagi pihak kerajaan Malaysia. Malang lagi menyedihkan kerana menyangka rakyat masih di takuk lama.
Ingatlah wahai polis dan kerajaan, mengaitkan BERSIH dengan keganasan bukanlah satu kerja yang mudah. Kerana pihak seketariat BERSIH telah bertegas sepertimana perhimpunan versi pertama tahun 2007 yang lalu, perhimpunan BERSIH adalah sebuah perhimpunan aman yang dibenarkan mengikut peruntukan undang-undang!
Semua demonstran BERSIH sedia merafak ikrar bahawa perhimpunan ini adalah sebuah perhimpunan aman. Tiada keganasan yang akan berlaku dari pihak demonstran BERSIH, tiada kerosakkan yang akan terjadi dari tangan-tangan pejuang demokrasi. ,malahan hingga ke saat ini penganjur BERSIH 2 sepatah haram pun tidak mengeluarkan bahawa perhimpunan ini membawa malapetaka dan menghuruharakan ketenteraman awam..yang banyak membuat kenyataan ugutan , hasutan dan akan mengancam keteteraman awam tentang BERSIH 2 ini secara terbuka ialah Presiden PERKASA, Ibrahim Ali..mengapa Polis tidak bertindak secepat kilat terhadap Ibrahim Ali.???.rakyat dapat menilainya....." sekilat ikan diair ,,dah tau jantan betinanya"
Perhimpunan BERSIH adalah berkenaan penyerahan memorandum tuntutan pilihanraya kepada DYMM Agong. Pakaian seragam demonstran BERSIH juga berwarna kuning raja berperlembagaan. Oleh demikian, barang siapa di antara demonstran yang bertindak di luar dugaan, itu adalah sebuah pengkhianatan kepada DYMM Agong !
Begitu juga dengan pihak polis dan FRU. Seandainya perhimpunan berjumpa DYMM Agong ini dihalang dan dikacau dengan seribu satu halangan jahat oleh polis dan FRU, maka Polis diraja Malaysia juga telah melakukan pengkhianatan terhadap DYMM Agong!! Ingatlah !!
anugerah " DIRAJA" jangan dinodai anugerah itu dengan " Governing Party ".
Menyamakan BERSIH dengan komunis, adalah sebuah dongeng bodoh. Siapa mahu percaya ?
hanya pemimpin yang rakus dengan kuasa serta mencipta " SEBAB " untuk menghalalkan cara...taubatlah dosa lama ( MEMALI ) belum terampun !!!!
No comments:
Post a Comment