PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM
Tuesday, May 17, 2011
STOP LYNAS
Sikap sombong pemimpin hingga mengertak akan menutup semua kilang di Gebeng jika Lynas dihalang pengoperasian nya di Gebeng...sikap lebih pentingkan kroni dari kepentingan rakyat hingga melupakan peristiwa di Bukit Merak akibat sisa radioaktive
Orang Pahang kini memerhatikan dengan teliti tindakan kerajaan BN Pahang jika benar mereka mahu membantu menangani kerisauan penduduk Pahang berhubung isu pembinaan loji memproses nadir bumi ini, kata Fuziah.
Loji itu yang dijadual beroperasi sepenuhnya September tahun ini mendapat bantahan orang ramai di Kuantan dan negeri Pahang kerana apabila ia beroperasi kelak ia akan menghasilkan sisa radioaktif thorium yang merbahaya kepada penduduk sekitar.
Pelbagai usaha dilakukan untuk menghalang pembinaan loji itu namun ia sehingga kini tidak diberikan perhatian serius oleh kerajaan negeri malah empat peserta perhimpunan aman membantah loji itu pula ditangkap polis 15 Mei lalu.
Usaha membantah loji itu kini giat digerakkan di peringkat nasional dan antarabangsa oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.
KUALA LUMPUR 20 APRIL : Senator Dr Syed Husin Ali berkata masyarakat di negara ini semakin terdedah kepada risiko tenaga nuklear sedangkan kerajaan pula memandang ringan akan hal berkenaan dan kesannya kepada alam sekitar. Katanya percubaan untuk mendirikan kilang nadir bumi di Gebeng, Kuantan akan memberi kesan ke atas persekitaran dan manusia. Malah menurut Dr Syed, bahaya pemprosesan tanah jarang di Gebeng telah dialami beberapa tahun dulu di Bukit Merah, Perak. Justeru adalah tidak wajar katanya jika kita tidak belajar dari sejarah lampau apabila kita mengetahui akan kesan buruknya kepada rakyat di negara ini. “ (Jadi) mengapa kini mahu dibuka di Gebeng pula,” kata Dr Syed Husin. Syed Husin menyatakan demikian dalam ucapan di Dewan Negara dalam sidang bulan April semalam. “Saya berasa sangat kecewa kerana dalam dua-dua kes membina pusat tenaga nuklear dan kilang ‘rare earth’ itu nampaknya kepentingan dan keuntungan perdagangan menjadi perkiraan utama. Kebajikan dan keselamatan manusia serta alam sekitarnya seolah-olah tidak diambil berat sedikitpun,” katanya. Tambahnya, pada 4 Mei tahun lalu Menteri Teknologi Hijau, Tenaga dan Air dipetik sebagai berkata, bahawa Malaysia merancang hendak membina pusat tenaga nuklear yang akan beroperasi menjelang tahun 2021. “Saya tidak mengetahui sedalam mana kajian telah dijalankan untuk rancangan ini. Akan tetapi saya mengetahui bahawa pandangan awam tidak diminta sama sekali berhubungnya,” katanya. Menurut Dr Syed Husin , negara tidak perlu menubuhkan pusat tenaga nuklear kerana Negara masih mempunyai sumer tenaga elektrik yang mencukupi, malah menurut Tenaga Nasional Bhd ia memiliki margin simpanan bekalan elektrik sebanyak 66 peratus. “Apakah sebenarnya jaminan keselamatan yang betul-betul ketat di negara kita ini untuk menjamin keselamatan bagi pusat reaktor nuklear?,” katanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment