PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Monday, April 12, 2010

PEMINPIN TURUN PADANG, YB ELI DI KG TUN RAZAK, KUALA KUBU BAHRU.

Inilah contoh yang harus di contohi oleh semua peminpin Pakatan Rakyat, sanggup turun kepadang biarpun sibuk dengan tugas seharian , menyelesaikan masallah dan bertemu rakyat rakyat tidak kira bangsa dan ugama, itulah menjadi agenda utama, kerana rakyat memilih supaya menjadi wakil mata dan telinga masyarakat, dari rakyat untuk rakyat. Inilah kelainan yang ada kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat, berbanding dengan wakil rakyat yang dulu-dulu selama ini.








11.4.10 jam 6.00 Petang: Ketibaan YB Elizabeth Wong ke Kg Tun Razak disambut dengan tepukan gemuruh dari hampir 400 orang penduduk kampong Orang Asal di Kuala Kubu Bahru pada 11.4.10. Disebelah kiri Elizabeth adalah Batin Asu bin Dollah dan dan Mohd Yusri bin Abdullah, Pengerusi JKK Kg Tun Razak
Kanak-kanak Kg Tun Razak turut bergembira

Kanak-Kanak ternanti-nanti ketibaan YB Elizabeth

Saya juga mengambil kesempatan bergambar dengan Batin Asu dan Pengerusi JKK Mohd Yusri

Sebahagian dari para hadirin sebelum ketibaan YB Elizabeth
Dari jam 5.00 petang lagi penduduk Kampong Tun Razak, Kuala Kubu Bahru sudah menunggu ketibaan YB Elizabeth yang akan mengumumkan dasar Kerajaan Negeri Selangor mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh Orang Asal khususnya mengenai isu tanah.
Menurut Batin Asu, penduduk Orang Asal di Kg Tun Razak berjumlah lebih 600 orang dengan 154 buah kelamin. Beliau menyatakan bahawa Kerajaan yang terdahulu gagal menyelesaikan masalah tanah mereka. Tanah yang ada di kampong tersebut adalah 200 ekar dan tidak mencukupi untuk penduduk kampong yang ramai untuk bertani, namun, masih ada 400 ekar lagi tanah di kampong itu yang boleh diteroka dan beliau berharap kerajaan PR di Selangor dapat membantu mereka mendapatkan tanah tersebut.
Yusri Abdullah Pengerusi JKK yang baru dilantik iaitu pada 27hb Mac 2010 dibawah pentadbiran Kerajaan PR di Selangor sekali lagi menekankan masalah yang dihadapi oleh Orang Asal di kampong itu iaitu masalah tanah yang kepadatan. Dikampong itu tidak ada sumber ekonomi, dan tidak ada tanah untuk pertanian bagi penduduk kampong dan kampong itu sudah padat dengan rumah dan penduduk dan tidak ada ruang lagi untuk pembinaan rumah bagi generasi baru mendirikan kediaman.
Yusri mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor dibawah pentadbiran PR yang telah menubuhkan Badan Bertindak Tanah Orang Asli Negeri Selangor (BBTOAS) yang akan menyelesaikan masalah tanah bagi penduduk Orang Asal Negeri Selangor.
Idam Elam, Pegawai dari BBTOAS menyatakan bahawa badan itu sedang mendapatkan data dan profail untuk mewartakan tanah-tanah di 80 buah kampong Orang Asal di Negeri Selangor untuk menyelesaikan pemberian tanah kepada Orang Asal.
Katanya, tanah-tanah Orang Asal sentiasa diceroboh dan dirampas kerana sejak 50 tahun lalu, tanah Orang Asal tidak diwartakan. Walaupun tanah Orang Asal luas tetapi oleh kerana tidak diwartakan maka sentiasa terdedah kepada pencerobohan oleh penduduk luar.
Beliau meminta kerjasama semua Batin dan Pengerusi JKK untuk mennyelesaikan masalah pengumpulan data dan profail ini agar isu pemberian tanah kepada Orang Asal dapat disegerakan.
Didalam uccapan YB Elizabeth Wong beliau menyatakan bahawa sejak 50 tahun lalu kesemua 80 kampong termasuk 17 di Hulu Selangor mempunyai masalah mengenai tanah adat mereka. Kerajaan Selangor akan mewartakan tanah-tanah adat Orang Asal untuk mengelakkan tanah mereka dari diceroboh dan dirampas.
Sejak 50 tahun lalu, beribu hektar tanah Orang Asal telah kehilangan dan Kerajaan Selangor sedang mengumpulkan data-data bagi mengatasi masalah ini.
YB Eizabeth bergembira jika ada dari kalangan Orang Asal sendiri yang dapat melukiskan sempadan atau peta di perkampongan mereka sendiri dengan bantuan Batin-Batin. Kerja seperti ini telah disempurnakan di Sepang, dan mereka telah serahkan peta itu kepada Kerajaan Negeri untuk Kerajaan Negeri mempertahankan tanah adat Orang Asal.
Beliau juga melahirkan soal kebajikan kepada penduduk Orang Asal dan beliau yakin jika Orang Asal dapat memilikki tanah yang mencukupi, soal ekonomi dan kebajikan mereka akan terjamin.

darilubukkawahhajisuhaimisaid

No comments: