PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Thursday, April 15, 2010

HULU SELANGOR : SIMBOL PENOLAKAN CENGKAMAN ZIONIS.

M@RHAEN











Tidak guna kita bertempik melolong membantah kekejaman Zionis terhadap rakyat Palestin. Tidak guna kita memaki hamun pimpinan negara Yahudi Zionis kerana telah membunuh ratusan ribu rakyat Palestin. Tidak guna semuanya itu jika KITA SANGGUP melantik satu syarikat kesemua lembaga pengarahnya merupakan orang kuat pimpinan sebuah negara haram Yahudi Zionis.

Pengundi Hulu Selangor, khasnya orang - orang Melayu di sana. Cuba tanya pada diri sendiri. Mana lebih penting ketuanan Melayu atau Kedaulatan Malaysia. Malaysia merupakan tempat lahir, tempat mencari rezeki dan tempat kita suatu hari nanti akan bersemadi di sini. Bumi Malaysialah lahir yang kita sering terikut dengan laungan Ketuanan Melayu. Namun sekarang bumi inilah sedang dicerobohi dengan oleh Yahudi Zionis melalui syarikat yang bernama APCO.

Benar ketika berkempen nanti akan datang Puteri Umno, Pemuda Umno, PERKAKAs Umno dan BN datang mengatakan "Kita hanya melantik tidak bererti kita membenarkan mereka kuasai kita". Tapi makcik - makcik, pakcik - pakcik dan pada semua orang, Yahudi Zionis bukannya bodoh. Untuk menguasai sesebuah negara bukan bererti dengan menjajah secara fizikal atau dalam bahasa yang mudah untuk difahami bukannya dengan mereka melakukan terhadap rakyat Palestin. Cukup dengan kita melantik syarikat mereka, percayalah sekarang ini perisik - perisik kerajaan Yahudi Zionis sedang bertebaran di muka bumi Malaysia tercinta ini. Apa guna kita memberikan undi kepada BN sedangkan mereka sanggup menggadaikan maruah negara.




No comments: