PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Friday, April 9, 2010

BIRO FELDA DAN ORANG ASAL PKR PAHANG, YAKIN PARLIMEN HULU SELANGOR KEKAL MILIK PAKATAN RAKYAT.

Bermesyuarat dengan JKK Felda Sg Tengi dan dengan JPRP/JPRN

Saya, Hafez, Ramli Lugan dan Kak Hendon sampai di Ampang Pecah tempat penginapan kami, kami terus pergi ke Felda Sg Tengi pada 8hb April 2010 melintasi Felda Gedangsa dan Felda Suharto mengikut jalan lama, suatu perjalanan yang agak jauh dan sampai di Felda Sg Tengi jam 5.00 petang.
Disana kami terus ke Pusat Khidmat Masyarakat kawasan Parlimen Hulu Selangor yang dikendalikan oleh JKK dari PR. Disana juga kami sempat bertemu dengan hampir semua Anggota JKK yang dipengerusikan oleh Wak Selamat yang juga Ketua Kampong dibawah Kerajaan Negeri Selangor.
Kami diberikan taklimat mengenai Felda Sg Tengi dan rancangan-rancangan berdekatan seperti Suharto, Gedangsa dan Sg Tengi Selatan.
Keseluruhan pengundi di kawasan ini adalah melebihi 7000 orang.
Di Sg Tengi kami ditawarkan menjadi anak angkat kepada rumah-rumah penduduk untuk petugas-petugas dari Pahang, kami juga mendapat sebuah rumah sewa dan sebuah lagi di Felda Suharto.
Hari ini 9hb April 2010 kami akan pergi kesemua Felda di Hulu Selangor untuk mendapatkan penempatan kepada petugas-petugas dari Pahang.
Semasa kami sedang menerima taklimat dari JKK Sg Tengi, Sdr Datuk Zaid Ibrahim turut hadir, dan JKK disana sangat berbesar hati dengan kehadiran Datuk Zaid, mereka memberi penghormatan kepada Datuk Zaid kerana sanggup meletakkan jawatan Menteri kerana prinsip perjuangan. Mereka berharap Datuk Zaid dapat dipilih oleh pucuk pimpinan PKR menjadi calon.
Jam 7.00 malam kami berlepas ke Batang Kali untuk menghadiri mesyuarat dengan JK Pilihanraya PKR Pusat dan Negeri Selangor. Saya gembira mendengar taklimat-taklimat daripada JK itu mengenai persediaan Pilihanraya yang cukup kemas dan teratur.
Peranan yang diberikan kepada PKR Pahang adalah untuk kempen di kawasan Felda dan perkampongan Orang Asal.
Setelah mesyuarat itu kami berjumpa Jonah yang memberitahu bahawa AMK mempunyai skuad tersendiri untuk kawasan Felda dan meminta supaya PKR Pahang dan AMK Pusat yang akan dipimpin oleh Sdr Zabidie, Ketua AMK Johor yang juga pengerusi Biro Felda PKR Johor dan Setiausaha ANAK dapat menyelaraskan tugasan di kawasan Felda, suatu usaha yang baik untuk memperkukuhkan kerja-kerja bagi memantapkan sokongan peneroka-peneroka kepada calon Pakatan Rakyat.
Pada 23 dan 24hb April 2010 akan berlangsung Konvensyen Nasional Peneroka Felda dan Generasi Kedua anjuran ANAK pimpinan Sdr Mazlan Aliman di Felda Sg Tengi. Dato Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan Konvensyen itu manakala Tan Sri Khalid Ibrahim akan merasmikan upacara penutup.
Petugas-petugas dari Pahang seramai 200 orang akan tiba di Hulu Selangor pada 16hb April 2010 dan ditempatkan di kawasan Felda dan Orang Asal.

No comments: