KUALA LUMPUR 29 Mac - Keputusan Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee mengelirukan apabila meminta Ketua Pembakang Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat penjelasan berhubung isu Apco.
Dalam kenyataan Wan Junaidi di dalam dewan pagi tadi, semua isu Peraturan Mesyuarat 37(1) akan dibincang pada hari Rabu depan tetapi pada masa yang sama, Ronald pula berkata Permatang Pauh akan membuat penjelasan esok setelah diberi notis seminggu untuk membuat penjelasan tersebut.
Sehubungan itu Ahli Parlimen Datuk Johari Abdul berkata sementara menunggu semakan tersebut oleh Wan Junaidi, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat meminta penjelasan oleh Ketua Pembangkang ditangguhkan dahulu sebelum menunggu keputusan
"Isu Peraturan Mesyuarat 37(1) yang dibawa oleh Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan itu jauh menyimpang dan langsung tidak relevan, jikalau Ronald membenarkan Kota Belud bercakap diikuti dengan Salahuddin dan kemudian Ahli Parlimen Beruas, ini boleh dianggap keputusan yang luar biasa.
"Sementara menunggu semakan oleh Wan Junaidi, keputusan untuk Permatang Pauh berucap usul tersebut sepatutnya ditangguhkan.
"Tetapi Ronald telah menggunakan kuasa dia untuk memuktamadkan keputusannya itu dengan menggunakan Perkara 34 untuk Pakatan Rakyat mengemukakan usul jika tidak berpuas hati dengan keputusan beliau," kata Johari kepada Suara Keadilan di Parlimen.
Rabu lalu Ronald membuat keputusan memberi tempoh tujuh hari kepada Ketua Pembangkang untuk membuat penjelasan terhadap isu syarikat Apco yang dikatakan mempunyai hubungan dengan 1Israel selepas disokong menteri setelah isu tersebut dibangkitkan AhliParlimen Kota Belud menggunakan Peraturan Mesyuarat 37(1).
Petikan Artikel Dari Blog: Rakyat Marhaen
PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM
Monday, March 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment