PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM
Wednesday, March 31, 2010
ALFATIHAH : Pejuang Tulin Kembali Ke Rahmatullah.
Namun demikian Allah lebih menyayangi beliau.. Semalaman di Hospital Pakar Alor Akar, Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.20 pagi tadi (31/03/2010), kini jenazah telah dibawa kerumah Allahyarham di Permatang Badak. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima orang anak. Beliau amat di kenali oleh penduduk Kampung Tengah, kerana sikap ramah tamahnya. Pada PRU 12 dahulu beliau dikalangan orang yang bekerja keras bagi memenagkan Pakatan Rakyat di Kuantan, hasilnya Parlimen Kuantan jatuh ketangan Pakatan Rakyat, khususnya Parti Keadilan Rakyat.
Jenazah akan di kebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Ubi Kuantan, selepas solat Asar .
Seluruh Warga Parti Keadilan Rakyat Pahang mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga Allahyarham dicucuri Rahmat Allah..AMIN.
ANWAR KEMUKA DOKUMEN KAITKAN APCO-ISRAIL- 1 MALAYSIA.
|
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuntut supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan Apco Worldwide Sdn Bhd dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara. "Sehingga kini perdana menteri belum pun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaan saya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit, peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan," katanya Kerajaan sebelum ini mengesahkan melantik Syarikat Apco Worldwide Sdn Bhd dalam melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi secara "menyeluruh," selain melakukan program mempromosi dan mengurus imej negara di peringkat antarabangsa. Apco juga mengeluarkan kenyataan berkaitan penglibatan mereka, dengan menyatakan bahawa mereka menyediakan sokongan komunikasi terhadap usaha-usaha reformasi kerajaan. Penjelasan yang dibuat melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon dan ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin di Dewan Rakyat sebelum ini, juga dibacakan semula oleh Anwar. "Penafian tersebut menggambarkan bahawa ianya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pentadbiran Dato' Sri Najib Razak, atau Dato' Sri Najib sendiri, pembantunya atau para penasihatnya," kata Anwar seterusnya ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini. Turut didedahkannya ialah peranan Ethos Consulting, sebuah firma rundingan tempatan yang didakwa bertanggungjawab memperkenalkan Apco kepada perdana menteri. Anwar dalam pada itu turut mendedahkan nama dan maklumat ringkas beberapa individu dalam Apco yang didakwa mempunyai hubungan secara langsung dengan kerajaan dan tokoh-tokoh Israel "Bolehkah perdana menteri menerangkan adakah sebelum Ethos atau Omar Mustapha; yang dikatakan bertanggungjawab membawa gagasan 1Malaysia bagi pertimbangan Perdana Menteri; Omar Mustapha atau mana-mana eksekutif Ethos tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan Apco? "Perdana menteri perlu menerangkan adakah kerajaan atau Ethos atau mana-mana firma yang dilantik kerajaan; pernah melantik Mind Teams Sdn Bhd iaitu nama syarikat sebelum Apco secara rasmi bertapak di Kuala Lumpur. Anwar menamakan individu berkenaan dalam menjelaskan bentuk hubungan dan modus operandi Apco dalam membentuk pertalian dengan kerajaan yang melantik syarikat itu melalui firma bersekutu "Apco dalam operasinya membentuk pertalian dengan kerajaan-kerajaan yang melantiknya menggunakan firma bersekutu (dengan izin "associates") di seluruh dunia. Selain Asero, firma bersekutu lainnya adalah Global Political Strategies. "Di Israel, salah satu firma bersekutu adalah Asero Worldwide yang diketuai oleh Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Beliau juga adalah salah seorang penasihat antarabangsa kepada Apco "Kalau di Israel, lantikan dibuat melalui Asero Worldwide. Contohnya, kontrak lantikan bertarikh 9hb Januari 1992 itu adalah di antara kerajaan Israel dan sebuah firma bersekutu bernama GCI International. "Tetapi apabila kita meneliti kandungan perjanjian tersebut termasuk tenaga utama yang akan menjalankan tugas-tugas melobi, salah seorang pengurus kanannya adalah Margery Kraus yang kini merupakan CEO Apco," katanya. Beliau turut mengemukakan dua perjanjian untuk menyokong dakwaannya - satu perjanjian antara Apco dan kerajaan Malaysia. Yang satu lagi ialah perjanjian antara kerajaan Israel dengan Apco ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel. Katanya lagi, kontrak Malaysia dengan Apco ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan tugas khusus untuk memperbaiki imej Malaysia di luar negara. Anwar membuat penjelasan hari ini bagi menjawab tuntutan yang dikemukakan ahli parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini yang mahu Anwar dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen kerana menyamakan slogan 1Malaysia dengan 1Israel. Timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya berkata, usaha untuk merujuk Anwar ke jawatankuasa itu perlu dibuat secara usul untuk dijadikan sebagai salah satu daripada aturan mesyuarat. Bercakap dalam sidang media selepas itu, Anwar berkata, wakil Rembau ingin mengalih tumpuan terhadap penglibatannya dan Omar Mustapha dalam Ethos Consulting. Petikan dari malaysiakini | |||||
Tuesday, March 30, 2010
Mungkinkah Felda Plantation ladang haram?
Haji Suhaimi Said,
Petikan Dari Blog: The Spirit of Lubok Kawah
Menteri mesti bertanggungjawab Pos Malaysia rugi RM546 juta
APCO: ANWAR GESA TUBUH SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA.
Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata beliau bimbang kerana kerajaan mengambil sikap membisu terhadap dakwaan penglibatan Apco, sedangkan maklumat strategik negara telah terjejas apabila kerajaan melantik syarikat perunding komunikasi itu.
Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Anwar turut mendedahkan nama dan maklumat ringkas beberapa individu dalam Apco yang didakwa mempunyai hubungan secara langsung dengan kerajaan dan tokoh-tokoh Israel.
"Isu ini membongkar rundingan sulit pihak tertentu hingga maklumat strategik negara terdedah kepada ejen Israel dan tercalarnya maruah umat Islam di negara ini," katanya.
Turut didedahkannya ialah peranan Ethos Consulting, sebuah firma rundingan tempatan yang didakwa bertanggunjawab memperkenalkan Apco kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau turut mengemukakan dua perjanjian untuk menyokong dakwaannya - satu perjanjian antara Apco dan kerajaan Malaysia. Yang satu lagi ialah perjanjian antara kerajaan Israel dengan Apco ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel.
Katanya lagi, kontrak dengan Apco ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan tugas khusus untuk memperbaiki imej Malaysia di luar negara.
"Ini aneh bagaimana kerajaan tandatangan dengan syarikat. (Proses menandatangani perjanjian) ini disaksikan setiausaha akhbarnnya sendiri, Datuk (Tengku) Sharifuddin (Tengku) Ahmad. Biasanya (kontrak) ditandatangi oleh pegawai kerajaan," katanya.
Anwar membuat penjelasan itu bagi menjawab tuntutan yang dikemukakan wakil Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini yang mahu Anwar dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen kerana menyamakan slogan 1Malaysia dengan 1Israel.
Timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya berkata, usaha untuk merujuk Anwar ke jawatankuasa itu perlu dibuat secara usul untuk dijadikan sebagai salah satu daripada aturan mesyuarat.
dipetik dari blog : malaysiakini
YB FUZIAH TIDAK JEMU MENDENGAR KELUHAN DARI RAKYAT, TERUTAMA DI KAWASAN PARLIMEN KUANTAN
PERIHATIN: ZIARAH SOSIAL OLEH KETUA PKR CABANG PAYA BESAR, HAJI ZAHARI MAMAT.
Program Ziarah Sosial Pusat Khidmat Keadilan Kuantan (PKKK) bersama YB Fuziah
Sekitar Mesyuarat Agung Tahunan Cabang(MATC) Lipis
Sekitar Ceramah Kelompok Di DUN Cheka
Monday, March 29, 2010
25000 Peneroka Felda seluruh Negara masih menagih pemulangan wang Tabung Tanam Semula - Mazlan Aliman
Oleh Suhaimi Said, Ketua PKR Cabang Kuala Krau.
Tidak Dakwa Chua - Peguam Negara Amalkan "Double Standard" - Sankara Nair
KUALA LUMPUR: Peguam Negara Abdul Gani Patail dituduh bersikap "double standard" berikutan keputusannya tidak mendakwa presiden MCA yang baru dilantik, Dr Chua Soi Lek kerana perlakuan seks melampau.
"Tuduhan salah laku Chua di bawah Seksyen 337B Kanun Keseksaan, adalah peruntukan undang-undang sama yang dikenakan terhadap Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim kerana dituduh meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan," kata peguam Sankara Nair.
"Meskipun beberapa laporan polis telah dibuat (tentang kes Chua ini) dan terdapat bukti-bukti yang sah, peguam negara enggan mendakwa Chua," kata Sankara yang mewakili Anwar dalam kes pertuduhan liwat itu.
Dalam satu kenyataannya, Sankara berkata, "ini merupakan satu bentuk diskriminasi tahap tertinggi dan jelas Gani bersikap berat sebelah."
Katanya, terdapat bukti dalam bentuk video, yang dimiliki orang ramai, menunjukkan bekas menteri kesihatan itu terlibat dalam perlakuan seks "oral" dengan seorang wanita.
Beliau (Chua) telah berkahwin dan mempunyai anak-anak yang telah pun dewasa.
Sankara juga berkata, Chua mengakui secara terbuka bahawa orang dalam video itu adalah beliau sendiri dan kemudian meletakkan jawatan sebagai menteri.
Beliau berkata, seks "oral" secara sukarela atau tidak ada beza dengan perlakuan liwat dan oleh itu beliau menggesa peguam negara menggugurkan pertuduhan terhadap Anwar.
Semalam, Chua memenangi kerusi presiden MCA dengan mencatat 901 undi.
Beliau menewaskan bekas presiden Ong Ka Ting yang meraih 833 undi dan penyadang presiden Ong Tee Keat dengan 578 undi.
Petikan Artikel Dari Blog: Rakyat marhaen
Speaker, Timbalan Bercanggah Keputusan
Dalam kenyataan Wan Junaidi di dalam dewan pagi tadi, semua isu Peraturan Mesyuarat 37(1) akan dibincang pada hari Rabu depan tetapi pada masa yang sama, Ronald pula berkata Permatang Pauh akan membuat penjelasan esok setelah diberi notis seminggu untuk membuat penjelasan tersebut.
Sehubungan itu Ahli Parlimen Datuk Johari Abdul berkata sementara menunggu semakan tersebut oleh Wan Junaidi, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat meminta penjelasan oleh Ketua Pembangkang ditangguhkan dahulu sebelum menunggu keputusan
"Isu Peraturan Mesyuarat 37(1) yang dibawa oleh Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan itu jauh menyimpang dan langsung tidak relevan, jikalau Ronald membenarkan Kota Belud bercakap diikuti dengan Salahuddin dan kemudian Ahli Parlimen Beruas, ini boleh dianggap keputusan yang luar biasa.
"Sementara menunggu semakan oleh Wan Junaidi, keputusan untuk Permatang Pauh berucap usul tersebut sepatutnya ditangguhkan.
"Tetapi Ronald telah menggunakan kuasa dia untuk memuktamadkan keputusannya itu dengan menggunakan Perkara 34 untuk Pakatan Rakyat mengemukakan usul jika tidak berpuas hati dengan keputusan beliau," kata Johari kepada Suara Keadilan di Parlimen.
Rabu lalu Ronald membuat keputusan memberi tempoh tujuh hari kepada Ketua Pembangkang untuk membuat penjelasan terhadap isu syarikat Apco yang dikatakan mempunyai hubungan dengan 1Israel selepas disokong menteri setelah isu tersebut dibangkitkan AhliParlimen Kota Belud menggunakan Peraturan Mesyuarat 37(1).
Petikan Artikel Dari Blog: Rakyat Marhaen
BEKAS MB BN IKTIRAF SIVAKUMAR SEBAGAI SPEAKER RAKYAT PERAK YANG SAH.
Melalui surat jawapan kehadiran beliau kepada Speaker Sivakumar dalam sidang DUN pada 30 Mac ini yang difaxkan ke pejabat Sivakumar membuktikan Sivakumar adalah Speaker yang sah negeri Perak, bukan sahaja melalui surat yang difaxkan, malahan pegawai Tajol Rosli juga mengubungi Sivakumar bertanyakan samada surat jawapanter sebut telah diterima atau belum.
Dengan pengiktirafan ini, Zambry dan Ganesan serta BN Perak menerima tamparan hebat apabila anggota BN bahkan bekas Menteri Besar Perak turut mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah. Tidak mungkin Tajol Rosli tersalah hantar surat jawapan, kerana surat panggilan sidang DUN Perak tersebut jelas menggunakan nama dan ditandatangani oleh Sivakumar. Ini juga boleh jadi satu isyarat yang UMNO dan BN Perak sedah menghadapi permasalahan dalam, dari sumber yang rapat dengan UMNO BN Perak, dikatakan 11 bahagian UMNO seluruh Perak tidak bersetuju dengan Zambry, kerana tindakan-tindakan Zambry sebagai pengerusi Perhubungan UMNO Perak dan juga Menteri Besar dilihat begitu angkuh dan sombong.
Beliau bukan sahaja angkuh dan sombong kepada pembangkang malahan kepada UMNO-UMNO bahagian juga bersikap angkuh dan sombong.
Tajol Rosli sebagai orang lama dalam UMNO Perak, bekas Pengerusi Perhubungan dan juga bekas Menteri Besar Perak kelihatan dipinggirkan oleh Zambry, jasanya dalam memimpin UMNO Perak seolah-olah tidak dihargai.
Menurut sumber Zambry hanya mementingkan orang-orangnya sahaja. Sikap Zambry ini sudah tentu mengecilkan hati Tajol Rosli.
Atau Tajol Rosli sememang berpegang kepada prinsip dan peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Perak.
Sangat jelas, pemilihan Ganesan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei yang lalu bertentangan dengan Perintah Tetap. Kes ini pula belum diputuskan oleh Mahkamah siapa Speaker Perak yang sah.
Kalau itulah pegangan Tajol Rosli, kita wajar hormati sikap YB Pengkalan Hulu ini dan wajib Adun-adun BN yang lain menghormatinya dan mengikut jejak langkah Tajol Rosli yang mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah.Misabah
Di petik dari blog : PAS KawasanParitBuntar
Nik Aziz kekal Mursyidul Am lima tahun lagi, tahniah dari PKR Pahang.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini dilantik semula sebagai mursidul am PAS untuk sesi 2010-15. Spekulasi tercetus minggu lala apabila majlis syura ulamanya tidak membuat sebarang pelantikan terhadap pengerusi dan timbalannya, sebaliknya hanya melantik lima anggota tambahan. Majlis tersebut mempunyai 17 anggota - masing-masing empat wakil daripada jawatankuasa pusat dan dewan ulama, dua orang daripada dewan Pemuda dan Muslimat serta empat lagi anggota tambahan. Sementara itu, dalam mesyuarat hari ini juga, Datuk Dr Haron Din turut dilantik semula sebagai timbalan mursyidul am bagi membantu tugas-tugas Nik Aziz sebagai pengerusi majlis tertinggi dalam parti. Hormati keputusan, Nik Aziz terima Turut dilantik sebagai anggota tambahan: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak, Pesuruhjaya PAS Perlis Hashim Jasin dan bekas timbalan presiden Hassan Syukri. Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang ketika ditemui pemberita di parlimen mengesahkan pelantikan Nik Aziz dan Dr Haron selama lima tahun. Ditanya mengenai pertimbangan anggota majlis berkenaan terhadap tahap kesihatan Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi berkata menteri besar Kelantan itu dilihat masih mampu menjalankan tugas-tugasnya. Sementara itu, walaupun membayangkan enggan dilantik semula sebagai pemimpin nombor satu dalam PAS, Nik Aziz hari ini dijangka mengumumkan kesediaannya memikul semula tanggungjawab dengan segera. Menurut setiausaha politiknya Wan Nik Wan Yussof, satu kenyataan akhbar berhubung perkara itu akan dikeluarkan lewat petang ini. “Beliau terima. Tetapi (bertugas) macam dulu juga, kalau sakit tidak dapatlah hadir ke mesyuarat,” katanya kepada Malaysiakini tengah hari ini. “Penerimaan tersebut dibuat bagi menghormati keputusan majlis syura ulama. Berdasarkan pengalamannya juga, beliau wajar dilantik semula.” | ||
TUNGGU DAN LIHAT, LAKUNAN ZAHRAIN, GUAN ENG MASIH MENUNGGU SAMAN.
Tindakan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim yang memfailkan saman terhadap Ketua Menteri Pulau, Lim Guan Eng dianggap usaha mengalihkan perhatian daripada isu sebenar yang dihadapi beliau.
Pembantu Khas kepada Lim Guan Eng, Ng Yap Hwa berkata Zahrain cuba mencari publisiti murahan dengan menghantar surat tuntutan kepada Guan Eng sedangkan ia bukan notis saman mahkamah, sebaliknya hanya surat notis oleh seorang peguam.
"Zahrain hanya cuba alihkan perhatian daripada sebab sebenarnya dia begitu marah kepada Ketua Menteri bukan kerana isu prinsip tetapi kerana Ketua Menteri enggan mengikut syor Zahrain yang menwakili IGP Sdn Bhd untuk meluluskan pengswastaan pengurusan Bukit Jambul Golf Club yang bernilai lebih RM40 juta kepada sebuah syarikat RM2,"kata Yap Hwa.
Menurut beliau Guan Eng hanya menunggu tindakan saman mahkamditeruskan oleh Zahrain supaya segala pekung Ahli Parlimen Bayan Baru itu dapat didedahkan kepada umum.
"Kami mengesyaki Zahrain samada beliau benar-benar berani meneruskan tindakan mahkamah atau hanya bersikap main-main untuk dapat publisiti murah kerana ada dokumen hitam putih yang boleh sahkan bahawa Zahrain menyokong pemberian tender RM40 juta kepada sebuah syarikat RM2 yang tidak ada sebarang rekod kerana hanya baru ditubuhkan dua bulan sebelum tender dipanggil," jelasnya.
Yap Hwa berkata Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh dalam ucapannya di Parlimen pada 23 Mac lalu mempersoalkan tindakan Zahrain menggelar Guan Eng sebagai komunis kerana tidak mendapat sebarang bentuk imbuhan dari kerajaan negeri.
Ghafur dalam ucapannya di Parlimen dipetik sebagai berkata, “Bolehkah dalam dewan ini tunjuk satu orang antara kita ini komunis. Ini (tuduhan Zahrain) bukan bukti, ini salah dari segi peraturan, mana boleh duduk dalam Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri seorang komunis.
"Abdul Ghapur memarahi Zahrain sudah gemuk dan sudah kenyang kerana 'umpan' yang dibagi kepada Ahli Parlimen Bayan Baru ini besar, sebab dia lompat,” tegas Yap Hwa lagi. - SK
Friday, March 26, 2010
Al Fatihah kepada Allahyarham MP Hulu Selangor dari PKR Negeri Pahang
Ahli Parlimen Hulu Selangor, Dr.Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.
Semuga Allah mencucuri rahmatNya terhadap pejuang keadilan ini.