PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Friday, February 12, 2010

Fitnah 2 Terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim


Taklimat mengenai Fitnah 2 Terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim disampaikan oleh Sdr Haji Suhaimi Said, Pengerusi PKR Cabang Kuala Krau di Pejabat PKR Kuala Krau pada 8hb Februari 2010 jam 9.00 malam. Haji Suhaimi juga memberikan taklimat mengenai Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Kuala Krau. Keanggotaan PKR Cabang Kuala Krau dipamerkan di Pejabat tersebut untuk semakan anggota-anggota.
Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Kuala Krau ditetapkan pada 27hb Mac 2010 dan akan diadakan di Felda Jenderak Utara. Semua anggota yang berdaftar sehingga 9hb Januari 2010 dan membayar yuran layak hadir dan mengambil bahagian didalam MATC tersebut.

Haji Suhaimi juga menjemput anggota-anggota untuk
melapangkan masa untuk bersama-sama membuat edaran dari rumah ke rumah di Felda Jenderak Selatan dan Felda Jenderak Utara pada 11hb Februari 2010 bermula dari Felda Jenderak Selatan bermula jam 8.00 pagi.

Edaran kali ini adalah berkaitan
dengan kejayaan peneroka-peneroka Felda Kemahang 3 di Kelantan mendapatkan pampasan dari Felda sejumlah RM12 juta ringgit diatas penipuan yang dilakukan oleh Felda berhubung dengan jual-beli buah sawit dan perahan buah sawit.

Haji Suhaimi juga meminta supaya peneroka-peneroka Felda Jenderak Utara dan Felda Jenderak Selatan supaya beramai-ramai menghadiri Konvensyen Peneroka dan Generasi Kedua Felda pada 20.2.2010 bermula jam 8.00 pagi di Markaz Pas Kawasan Jerantut, Kg Temin Jerantut dan menghadiri Ceramah Perdana ditempat yang sama bermula jam 9.00 malam.

Sdr Hafez Harun, Setiausaha PKR Cabang Kuala Krau menunjukkan tayangan CD mengenai Fitnah 2 terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim. Hafez menerangkan bahawa pejabat PKR Kuala Krau akan dijadikan sebagai Markas/Bilik Gerakan dan pada setiap malam akan ditayangkan CD yang dihantarkan oleh Pejabat Agung PKR dan pada setiap hari akan disediakan edaran-edaran supaya anggota-anggota PKR akan hadir ke Bilik Gerakan dan mengambil edaran-edaran tersebut untuk diedarkan kepada orang ramai setiap hari.



No comments: