JERANTUT: Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak) Mazlan Aliman, berkata masalah gejala sosial di tanah-tanah rancangan Felda sekarang amat serius kerana tiada penumpuan khusus daripada agensi tersebut.
Membentang kertas kerja pertama dalam konvensyen di sini membahaskan tajuk "Generasi Baru Felda: Antara Impian Dan Harapan," Mazlan juga menyentuh soal masalah generasi kedua dari aspek jaminan masa depan, peluang pendidikan, kuota dan anak syarikat, rumah kediaman generasi baru, dan masalah tidak prihatin soal pengurusan ladang dan persekitaran.
"Umum mengetahu isu gejala sosial agak serius di Tanah Rancangan Felda. Penglibatan belia dengan penagihan dadah, arak, judi, rempit dan pergaulan bebas mengundang penyakit sosial yang sukar dibendung. Pendedahan terbaru oleh Tan Sri Lee Lam Thye selaku Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia tentang peningkatan kadar jenayah di Tanah Rancangan Felda tidak boleh dipandang remeh" katanya.
Mazlan berkata demikian dalam Konvensyen Peneroka Dan Generasi Kedua Felda Kebangsaan 2010, 20 Februari di KIAS, Temin, Jerantut. Lebih 1,000 orang perwakilan dari seluruh negeri Pahang dan beberapa negeri turut menyertai konvensyen yang pertama kali diadakan ini.
Program ini adalah anjuran Biro Felda Keadilan Pusat yang diketui oleh Tn.Hj Suhaimi Said bermula jam 9.30 dan dipengerusi Setiausaha Perhubungan PKR Negeri Pahang Razali Alias. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Pengerusi Konvensyen, Tn.Hj Zahari Mamat dan kemudiannya diikuti dengan ucapan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman. Ucapan perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden PKR. Senator Dr.Syed Hussin Ali.
Mazlan ketika menyampaikan kertas kerja, turut menyatakan jurang antara peneroka dan pengurusan Felda dengan generasi muda agak ketara, isu-isu berkaitan hak, kepincangan dan penyelewengan jelas sekali tidak menimbulkan muda untuk menyelaminya.
"Sebahagian besar anak muda hanya berlegar dengan dunia mereka dan menyerah bulat-bulat urusan ladang kepada ibubapa mereka atau pengurusan Felda. Tidak kurang juga yang menjadi pak turut dan menyokong membabi buta" tambahnya lagi.
AJK PAS Pusat itu turut menjelaskan antara tuntutan yang dibuat oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan ialah berkaitan lot tanah kosong bagi perumahan generasi baru, kurniakan beberapa bidang tanah untuk generasi baru, batalkan Felda Plantation, naik taraf penempatan Felda yang telah mendapat hak milik, menangani gejala sosial, perbanyakkan peluang pendidikan dan anjakan pembangunan ekonomi setempat.
"Adalah sangat diakui memberi kesedaran kepada masyarakat Felda adalah tanggungjawab yang sukar. Penubuhan ANAK adalah satu strategi jangka panjang membangunkan jiwa anak muda Felda yang hampir mati. Mereka adalah golongan pewaris yang telah dan bakal mengambilalih peranan peneroka asal”.
“Pendedahan menerusi konsep turun padang melalui ceramah, dialog. memorandum, laporan polis dan kenyataan media masih belum cukup untuk menginsafi mereka. Banyak lagi ruang lharus digembeling khususnya melalui konsep beragama dan politik" tambahnya lagi.
*Dipetik daripada SidangOnLine (http://www.sidangonline.net/v9/)
1 comment:
gejala sosial dikalangan remaja/belia memang parah tetapi bukan sahaja di felda malah di kampung2 tradisional dan kawasan2 perumahan kos rendah pinggir bandar.
di felda ianya berlaku kerana faktor tahap pendidikan masih rendah (ibubapa juga berpendidikan minima),sikap tidak peka keluarga & masyarakat terhadap pendidikan anak2 dan kurang pendedahan mengenai kesan sosial terlampau/ dadah/jenayah.
saya melihat banyak peluang spt kursus kemahiran dari peringkat sijil ke diploma ditawarkan (cth- pembaikan enjin k/terbang) selain institusi pengajian biasa spt IKM, giat mara, PLBN dgn kos hampir percuma.
so, tepuk dada...
Post a Comment