PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Saturday, January 30, 2010

SELAMAT HARI THAIPUSAM

Vanakam!

Pimpinan dan seluruh anggota PKR Negeri Pahang mengucapkan;
"SELAMAT HARI THAIPUSAM" kepada semua raayat Malaysia yang meraikannya.

Semuga kita semua selamat!

Vanakam,

Vanakam Nandre.

Dari Pimpinan PKR Pahang
dan seluruh anggotanya.


Friday, January 29, 2010



Al-Fatihah

Sembah Takziah

kepada

DULI YANG TERAMAT MULIA

TENGKU ABDULLAH IBNI SULTAN AHMAD SHAH

TENGKU MAHKOTA PAHANG

dan

DULI YANG TERAMAT MULIA

TENGKU AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH

TENGKU PUAN PAHANG

serta

Kerabat DiRaja, Kerajaan Negeri

Dan Seluruh Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim

Di atas Kemangkatan

ALMARHUM DULI YANG MAHA MULIA

BAGINDA ALMUTAWAKKIL ‘ALALLAH SULTAN ISKANDAR

IBNI ALMARHUM SULTAN IBRAHIM

Pada

22 Januari 2010 bersamaan 06 Safar 1431H

Baginda adalah seorang Sultan yang dikasihi oleh rakyat dan sentiasa mengambil berat tentang rakyat Negeri Johor khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya

Kami berharap semoga Duli Yang Teramat Mulia berdua sentiasa tabah dan sabar menghadapi ujian Allah S.W.T. ini

Kami turut bersedih dan berkabung di atas pemergian AlMarhum Baginda Sultan

“Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh AlMarhum”

daripada

PENGERUSI

dan

AHLI JAWATANKUASA

MAJLIS PIMPINAN NEGERI

serta

Semua Ahli

PARTI KEADILAN RAKYAT

NEGERI PAHANG

Thursday, January 28, 2010

BENGKEL PIMPINAN MPN PAHANG ANJURAN AKADEMI KEADILAN @ ARK 22 - 24 JAN 2010 BERTEMPAT DI HOLIDAY VILLA , CHERATING

Pengerusi MPN PKR Pahang Y.Bhg. Dato'Fauzi Ab.Rahman sedang menyampaikan ucapan sebelum merasmikan majlis tersebut.

YB Pn. Hjh Fuziah Salleh selaku Pengarah Latihan ArK
sedang memberi taklimat

Peserta begitu serius mendengar ucapan Pengerusi MPN

Peserta kursus MPN sedang khusyuk mendengar ucapan




Peserta kursus bersemangat menyanyikan lagu parti sebelum
bengkel dimulakan.

Sesuatu yang melucukan membuatkan peserta tergelak ketawa

Kenangan bersama Mantan-mantan MPN - Tn Hj. Ismail (Perak)
Pn. Dr.Zaliha (Johor) Sdr.Zakaria (Pahang)


YB Pn. Hjh Fuziah Salleh sedang memberi motivasi kepada
peserta kursus


Gambar kenangan selepas tamat kursus

LAWAN TETAP LAWAN !!!










Wednesday, January 27, 2010

KURSUS ark AKADEMI KEADILAN 22 - 24 JAN 2010

ARK atau Akademi KEADALAN telah memberikan kursus selama 2 hari dari 22hb Januari hingga 24hb Januari 2010 kepada Anggota-Anggota Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Pahang di Cerating Holiday Villa, Kuantan meliputi bidang-bidang kefahaman politik, organisasi, team work, misi dan visi perjuangan dengan matlamatnya untuk menawan Negeri Pahang didalam PRU-13.

Peserta-peserta telah menjadi segar dengan kefahaman yang diperolehi, konsep-konsep ini dan cara bekerja secara team work ini akan dipanjangkan kepada Cabang-Cabang dan peserta-peserta menjadi begitu komited dengan perpaduan yang begitu tinggi dan dibulan-bulan yang mendatang ini akan menyaksikan gerak kerja yang bersungguh tanpa henti dari semua Cabang di seluruh Negeri Pahang.

Tuesday, January 26, 2010

JEMPUTAN KE MAJLIS SOLAT HAJAT

MAJLIS SOLAT HAJAT PERBICARAAN PENDAKWAAN FITNAH TERHADAP DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Tarikh: 1 Februari 2010 (Isnin)

Masa: Selepas Solat Maghrib

Tempat: Surau Kampung Paya Kechil Temerloh

Majlis Solat Hajat ini akan di pimpin oleh USTAZ RAMLANG PORIGI

*Semua Muslim dan Muslimat dijemput beramai-ramai untuk bersama menyertai solat hajat ini. Selepas Isyak akan diadakan Majlis Penerangan mengenai kes Dato Seri Anwar Ibrahim oleh :

1. YH Dato Fauzi Abd Rahman - Pengerusi MPN PKR Pahang

2. YB Tuan Syed Hamid - ADUN Semantan

3. Tuan Haji Suhaimi Said - Ketua Cabang PKR Krau

4. Sdr. Abdullah Karim

5. Sdr. Ahmad Nizam Hamid - Ketua Cabang PKR Temerloh

6. Ustaz Johari Ishak - Ketua Dewan Pemuda PAS Temerloh

7. Ustaz Ramlang Porigi.

Tuesday, January 19, 2010

KENYATAAN AKHBAR PARTI KEADILAN NEGERI PAHANG BERKENAAN ISU “PKR MAHU MENAWAN PAHANG”.

Berikutan kenyataan akhbar, muka surat hadapan, akhbar Sinar Harian, pertamanya, PKR Pahang ingin membuat pembetulan terhadap kenyataan di atas bahawa PKR mahu Pakatan Rakyat (PR) menawan Pahang. PKR akan menyumbang bersama rakan2 PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk memungkinkan peralihan pemerintahan di Negeri Pahang DM tercinta ini dalam Pilihanraya Umum akan datang.

PKR menyedari bahawa BN memiliki kekuatan di Pahang dan sememangnya tidak harus gentar dengan “peperangan saikologi” PKR. Sebab itu PKR, PAS dan DAP akan bersama berkerja kuat secara berkesan dan berterusan sehingga mencapai matlamat perjuangan, iaitu meneraju Negeri ini bagi mempastikan setiap rakyat di beri hak mereka yang sewajarnya. Kepada PKR dan PR, penerajuan bererti amanah yang dipikul dan kami dalam PR berazam memelihara amanah ini dengan sempurnanya.

PKR Pahang memang sedar bahawa UMNO masih ujud. Kami sekali-kali tidak menafikannya, malahan kami menyedari bahawa sedemikianlah juga keadaannya di Perak, di P. Pinang, di Kedah, di Selangor dan di Kelantan. Begitu juga keadaannya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semasa Pilihanraya Umum pada tahun 2008 dahulu. Ketika itu, “UMNO MASIH ADA!”.

Kami juga amat menyedari “kekuatan” UMNO dan MCA di Pahang, khususnya kelebihan 4 “M”; “man-power”, “money”, “media” dan “machinery”. Malahan kami tahu dari mana datangnya 4 M ini namun kami akan terus berusaha, berdoa dan bertawakkal kerana pergantungan kami adalah hanya kepada 2 ”P”, Pengundi dan Pencipta, Allah azwj.

Dato’ Fauzi Abdul Rahman,

Pengerusi MPN Pahang, Parti Keadilan Raayat.

19 Januari 2010

Friday, January 15, 2010

Parti OhNo dan 1Malaysia

Selamat datang sdr Anwar Ibrahim.
Sempena lawatan Dato Sri ke Pahang, terimalah seloka ini dari PKR Pahang.

Ingin ku bawa satu risalah
Riwayat Parti OhNO punya Al-kesah
Enam puluh tahun menempa sejarah
Zaman gemilang nya tamatlah sudah

Kerana OhNO menghadapi masaalah
Pimpinan mengakui OhNO kini RASUAH
Udah terkena penyakit BARAH
Keadaan tenat dah menjadi PARAH

Kuman jangkit ke kerajaan pemerentah
Hingga raayat kesemua menanggong susah
Pilihanraya kecil OhNO dah mula kalah
Pemimpin OhNO dah mula menggelabah

Untuk mereka mengekalkan kuasa
Sedangkan rakyat dah hilang percaya
Maka tipu dan helah menjadi biasa
Amalan “Matlamat menghalalkan cara”

Bukan sahaja rakyat di gula-gula
Wakil-wakil mereka dibeli bersama
Wang haram dikeluar entah dari mana
Pulohan juta pertaruhan harga

Jika jual-beli tidak diterima
Jalan yang lain mereka mencuba
Halal haram jangan dikira
Asalkan jerat mereka mengena

Reka lah tuduhan, fitnah apa-apa sahaja
Meliwat, merogol atau mencuri kereta
Asalkan yang bangkang disumbat penjara
Melegakan mereka buat seketika

Jika kesemua ini tidak mengena
Sudah terdesak, ISA diguna
Dituduh mencuri mempelam istana
Kononnya Negara akan huru-hara

Hodohnya pemimpin OhNO mengekal kuasa
Dari kuasa harta raayat dikebas pula
Ada kuasa ada harta, berkerumunlah betina
Rakyat jugalah hidup SENGSARA GILA

Saya ini hanya berlawak jenaka
Usahlah dengar usahlah percaya
Di 1Malaysia mewah-mewah belaka
Mana ada raayat yang hidup sengsara

Fauzi Abdul Rahman

Wednesday, January 13, 2010

KONVENSYEN PKR PAHANG

Konvensyen PKR Pahang,Ahad, 17 Januari 2010

MENGGILAP HARAPAN RAKYAT

Lokasi
DEWAN RESTORAN TAN JUNG
JALAN HAJI AHMAD, KUANTAN, PAHANG

1) Aturcara Program

8.45pg : Pendaftaran peserta

9.45pg : Ucapan Perasmian oleh Dato’ Fauzi Abdul Rahman Pengerusi MPN PKR Pahang

10.15pg : Rehat & minum Pagi

10.30pg : Kertas Kerja 1 – MENGGILAP HARAPAN RAKYAT : PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PARTI KEADILAN RAKYAT Oleh YB Saifuddin Nasution – SU AGONG PKR

11.05pg : Kertas Kerja 2 – MEMENUHI HARAPAN RAKYAT : SATU TANGGUNGJAWAB BESAR PARTI KEADILAN RAKYAT Oleh YB Yaakob Safari – EXCO Kerajaan Negeri Selangor

11.40tghari : Kertas Kerja 3 – PERANAN AMK DALAM MEMBENTUK KERAJAAN - Oleh Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin – Ketua AMK Pusat

12.15tghari : Sesi Soal Jawab (Ketiga-tiga pembentang kertas kerja)

1.00tghari : Rehat, makan tengahari & Solat Zohor

2.15ptg : Perbahasan Utama – PERANAN PKR UNTUK MENARIK SOKONGAN RAKYAT Oleh YB Fuziah Salleh MP KUANTAN

2.35ptg : Perbahasan Wakil-wakil Zon Timur, Tengah & Barat

3.40ptg : Rumusan Perbahasan – PARTI KEADILAN RAKYAT MENJANA PERJUANGAN Oleh YB Zuraidah Kamaruddin – Ketua Wanita PKR Pusat

4.30ptg : Rehat, Minum petang & Solat Asar

5.00ptg : Ucaptama Dan Majlis Penutup Oleh YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR

6.00ptg : Kenyataan Media – YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

6.00ptg : Bersurai

—-

2) Program Kuliah Maghrib

7.15mlm : Solat Maghrib dan Solat Hajat

Kuliah oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Tempat : Masjid al-Khairiah, Batu 6, Jln Gambang, Kuantan.

——

3) Majlis Makan Malam Tahunan PKR Pahang

Lokasi

RESTORAN TANJUNG, JALAN HAJI AHMAD, KUANTAN

JAM 8.00 MALAM

UCAPAN : 1) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2) Dato’ Fauzi Abdul Rahman

3) YB Tien Chua

4) YBHG. Dato’ Seri Chua jui Meng

——-

3) CERAMAH PERDANA

Tempat

DATARAN RAYAT – PEJABAT PKR PAHANG LOT 1051, JALAN BESERAH, KUANTAN, PAHANG

MASA : 9.00 – 12.00 mlm

PENCERAMAH : 1) Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2) Sdr. Shamsul Iskandar – Ketua AMK

3) YBHG. Dato Seri Chua Jui Meng

4) Sdr Mohd Nizam Abdul Hamid

5) YBHG. DR. Hamzah Jaafar (PAS)

Sunday, January 10, 2010

Tahniah Saifudin, Terima Kasih Datuk Saleh

Saya mengucapkan tahniah kepada Sdr Saifudin Nasution yang baru malam tadi dipilih sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat bagi menggantikan Dato’ Saleh yang telahpun meletakkan jawatan.

Tugas yang digalas sdr Saifudin bukanlah mudah kerana beliau juga harus menumpukan perhatian serta membahagikan masa sebagai ahli parlimen. Inshaallah beliau akan melaksanakan amanah ini sebaik mungkin.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan rasa penuh penghargaan kepada sahabat saya Dato’ Salehuddin Hashim yang telah berkhidmat cemerlang selama 6 tahun. Segala jasa dan bakti tidak akan kami lupakan.

ANWAR IBRAHIM

Friday, January 8, 2010

SURAH FATEHAH - UMMUL AL-QURAN
Dari blog: http://fauziarahman.blogspot.com/


Pembaca budiman,
Assalmu'alaikum wmwb,


Puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian 'alam, Selawat dan Salam keatas Rasul junjungan, anggota keluarga dan sahabat-sahabat nya.

Kita sedia maalum diatas surah Fatehah sebagai surah "Pembukaan" Al-Quranul karim. Sesungguhnya, memahami maksudnya dapat membantu kita mengharungi hidup ini ke jalan yang di redha olih Allah azwj.

Saya cuba, dengan izin Allah, menghuraikan maksud surah tersebut dan dilakukan dalam bentuk gurindan untuk menghidupkan bacaannya.

Saya adalah insan biasa yang banyak kelemahan dan jika ada sebarang kebenaran, ianya adalah datangnya dari Tuhan yang mencipta makhlukNya dan sebarang kelemahan atau kekurangan adalah datangnya dari diri saya sendiri.

Wassalam!

Surah Fatehah
(Gurindam nukilan hamba Allah, Fauzi Abdul Rahman)


Pendahuluan

Pembuka Al-Quran surah Fatehah
Membuka lafadz dengan Basmallah
Ikhlas membaca mendapat Barakah
Rahmat datang mencurah-curah

Surah Fatehah ummul Al-Quran
Memahami maksud menjadi kewajipan
Mengenal Islam menggarap Iman
Fatehah dihayati, lahirlah Ihsan


Alhamdulillahi Rabbil ‘alamin

“Alhamdulillah” Allah sahaja berhak dipuja
Tanda kesyukuran kepada Yang Esa
Dikurnia ni’mat Nya tiada terhingga
Sewajarnya Allah cinta utama

‘Rab’ mengandungi banyak ma'ana
Al-Malik memilik, Al-Khalid mencipta
Al-Murabbi mendidik, Al-Hofiz memelihara
Al-Mudabbir pula Yang mengurus semua

“Rabbil’alamin” mengi’tiraf Pencipta
Seluruh alam Dia yang empunya
Dialah Tuhan di akhirat dan di dunia
Dia yang memiliki Neraka dan Syurga


Arrahmani Rahim

Rahman dan Rahim merupakan “Rahmat”
Tuhan pemurah kepada semua umat
Kepada yang engkar atau pun yang taat
Jika berkerja dengan ‘tulang empat kerat’
Tak di kira ringan ataupun berat
Jika diusaha kemugkinan mendapat
Sesungguhnya Allah dengan kudrat iradat
Mudahnya sekali mengabulkan hajat

Ummat yang taat dan tidak pula sesat
Allah menyanyangi setiap waktu dan saat
Semoga di syurga disediakan tempat
Jika di dunia ikhlas beribadat


Malikiyaumiddin

Milik Allah Hari Kemudian
Di situ dibangkitkan semua insan
Siratul-mustakin menjadi titian
Mudah dilalui bagi yang beriman

Padang Masyar tempat perhitungan
Keadilan Ilahi tiada tandingan
Tiada kecelaan, tiada kecacatan
Maha suci Allah Dia lah Tuhan

Dengan Allah kita hanya seorang hamba
Kepada Tuannya wajib berjasa
Jika tersalah sembah di dunia
Diakhirat merana di alam neraka


Iyyakana’budu waiyyakanasta’in

Jika Fatehah inti Kitabullah
“Iyyakana’budu” intipati Fatehah
Hanya Dia sahaja berhak disembah
Titik permulaan menuju Al-Falah

Lisan berikrar hati bersumpah
Dikurnia hidayah dunia 'sakinah'
Kepada Nya sahaja ditujukan ibadah
Amal yang disukai dan di redha Allah

Ibadah harta, hati dan lisan
Termasuk anggota kaki dan tangan
Wajib di dunia kita sempurnakan
Hanya di tuju kepada Nya Tuhan

Tidak menyembah Allah di dunia!
Manusia sedemikian engkar namanya
Allah dan yang lainnya, disembah bersama
Perbuatan syirik dilakukan manusia

Jika bukan cara dibawa Rasulullah
Ini dikatakan amal bidaah
Ketiga-tiga amal tertolak sudah
Mendatangkan dosa bukan barakah

Hanya satu jalan menjadi pilihan
Kearah taqwa yang disenangi Tuhan
Taqwa penyelamat di hari kemudian
Inilah jalan menuju “kemenangan”

Hanya taqwa sebaik pakaian
Di dunia ia sebaik amalan
Untuk ke syurga sebaik bekalan
Satu manifestasi kemanisan iman

Jika taqwa mahu kecapaian
Hanya Allah menjadi sembahan
Satu jalan sahaja jadi ikutan
Jalan dibawa Rasul kesayangan

Apabila bercerai roh dengan jasadnya
Hanya bermunafaat tiga perkara
Amal jariah semasa di dunia
Juga peninggalan ilmu berguna
Anak soleh mendoakan ibu-bapa
Tiga bekalan membawa kesyurga
Amal jariah luas bidangnya
Tak cukup ruang untuk bicara

Mencabut duri di jalan raya
Sedegok air bagi anjing yang dahaga
Asalkan ikhlas nawaitu kita
Amal jariah mendatangkan pahala

Dengan Nya sahaja meminta pertolongan
Manusia hanyalah sebagai saluran
Jika hatinya, tidak Allah gerakkan
Masakan manusia menghulur bantuan

Juga kewajipan kita berista’adah
Apabila usaha dan doa sempurna sudah
Kepada Tuhan bersandar menyerah
Agar baik perjalanan penghujung pun indah


Ihdinassiratulmustaqim

Kepada Nya Allah dipanjatkan doa
Di tunjukkan jalan, lurus dan nyata
Jalan yang Allah restu dan Redha
Matlamat mukminin menuju ke syurga

Menghindar sesat perlukan panduan
Agar matlamat sempurna kesampaian
Jalan dilalui berpeta Al-Furqan
Pemandu jalan Rasul junjungan

Al-Furqan peta penunjuk arah
Laluan yang haq, laluan yang salah
Pemandu hakiki Muhammad Rasulullah
Berguru Tuhan dan kesayangan Allah


Siratallazi naan’amta’alaihim

Setelah ditunjuk jalan yang selamat
Siang dan malam duduk bermunajat
Kepada Allah doa dipanjat
Supaya Allah mengurniakan ni’mat

Hendak di ikut mereka yang empat
Mendapat ni’mat hidup pun berkat
Ni’mat terhindar dari engkar dan sesat
Kehidupan sempurna dunia akhirat

Surah An-Nisa ayat enampuluh sembilan
Dari Al-Quran mendapat penjelasan
Sangatlah beruntung empat kumpulan
Menerima ni’mat kurniaan Tuhan

Para nabi-nabiin di tempat hadapan
Siddiqin dan shuhadah berikut kemudian
Para solihin juga tidak ketinggalan
Ikutlah mereka mengikut kemampuan


Ghairilmaghdubi’alaihim, Waladhalin

Pohon dipinta dijauhkan pula
Dari segala yang mengundang murka
Ilmu yang haq sudah di dada
Mengapa kebatilan yang dipilih juga

Degilnya hati diserta keengkaran
Sifat Yahudi sifatnya sedemikian
Surah Al-Baqarah menjelas keterangan
Sengaja manusia mengundang kecelakaan

Jauhkan juga dari gulongan kedua
Ilmu yang “haq” ketandusan tiada
Ibarat manusia yang sesat didunia
Amal menggunung sia-sia belaka


Amin

Ya Tuhan, kabulkan doa kami ini
Segala seruan dan perentahMu, Ya Ilahi
Seperti dari Rasulullah kami warisi
Bantulah kami agar setiapnya ditaati

Seperti Muaz bin Jabal diajar Nabi
Pada setiap masa agar Allah diingati
Setiap ni’mat yang diberi disyukuri
Ibadah kami tiada putus Dikau perbaiki
Azam kami ingin menjadi insan mithali
Agar, didalam tauhid kami kembali.


TERKINI: SETIAUSAHA AGUNG PKR LETAK JAWATAN

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Datuk Salehuddin Hashim hari Khamis meletak jawatan sebagai setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menumpukan perhatian terhadap bidang kerjayanya.

Bagaimanapun, beliau, yang mengambilalih jawatan tersebut daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, pada Mac 2008, kekal sebagai anggota biasa dalam parti itu.

"Cukuplah enam tahun saya aktif dalam parti, lagi pun saya nampak ada orang lain ang lebih berkebolehan dan lagi pandai untuk menggantikan saya," katanya kepada Bernama di sini.

Salehuddin berkata surat perletakan jawatan sudah pun dihantar kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali pada pukul 5 petang tadi.

Katanya beliau ingin menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang perundingan pengurusan minyak dan gas di Amerika Syarikat.

Salehuddin mula menyertai PKR pada 2004 sebagai setiausaha pengelola sebelum dilantik menjadi setiausaha agung.

-- BERNAMA --

ARUS PERJUANGAN PKR BERA SEMPENA 5 TAHUN PENUBUHAN RASMINYA

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bera sebagai salah satu siasah politik yang utama di Bera kini sudah bersedia mengorak langkah dengan lebih tersusun kearah matlamatnya untuk menawan parlimen Bera serta menguasai dan mengekalkan tiga Dun yang berada didalamnya dan seterusnya menawan negeri Pahang keseluruhannya pada pilihanraya umum yang akan datang.

Sejarah perkembangan parti KeADILan di Bera ini mula bertapak sebagai salah sebuah parti yang bertanding di dalam pilihanraya umum (PRU) di Bera ini ialah pada PRU 10 1999 iaitu kira-kira tujuh bulan selepas KeADILan di lancarkan di Renaissance Hotel, Jalan Ampang pada 04.04.1999.

Dengan Sdr Zakaria Abdul Hamid yang juga Ketua Pemuda KeADILan pertama Negeri Pahang telah di beri tanggungjawab sebagai calon pilihan KeADILan ketika itu di Dun Bera (Bera, Guai, Triang dan Semantan ketika itu berada dibawah Parlimen Temerloh) walaupun ianya berakhir dengan kekalahan tetapi dengan meletakkan ‘tanda’ parti KeADIlan ini di daerah Bera merupakan suatu kemenangan sulung secara dasarnya disini.

Bertitik tolak daripada itu serta persempadanan baru yang melibatkan kewujudan parlimen Bera yang berasingan daripada Temerloh diatas kapasiti Bera sebagai daerah baru serta mempunyai pentadbirannya sendiri, KeADILan terus didekati dan di kenali sehinggalah tibanya PRU 11 2004 dan Sdr Amir Abd Aziz yang juga Ketua Bahagian pertama Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bera (di tukarkan nama selepas perlancaran pergabungan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia pada Ogos 2003) adalah merupakan calon bagi pihak Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika itu, namun satu perkara yang berlaku ketika itu ialah nama PKR masih tidak dapat digunakan pada PRU 11, 2004 tersebut gara-gara keengganan pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membenarkan pergabungan dua parti ini disahkan segera. Oleh itu terpaksalah kita pada PRU 11 menggunakan kembali nama asal iaitu Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan juga logo yang lama.

Walaupun kita kalah, keputusan yang diperolehi pada tahun tersebut masih menunjukkan kita masih berjaya mempertahankan kedudukan serta undi yang kita perolehi sebagaimana sebelum ini. Mungkin kerana kesukaran kita untuk menembusi peti-peti undi serta kawasan tertentu seperti di Pos Iskandar yang sebahagian besarnya kaum asal disitu serta juga kesukaran untuk memperolehi undi daripada masyarakat felda terutamanya di gugusan Felda Tembangau serta Felda Sebertak.

Hakikat yang membimbangkan Umno / BN sehingga kini ialah, perolehan undi di kawasan perbandaran seperti Pekan Kemayan dan sekitarnya masih lagi menyebelahi kita sebagaimana sebelumnya. Kehadiran PRU 12 2008 lalu dengan buat pertama kalinya calon Dun Kemayan (Sdr Mohd Shukri @ cucu mat kilau) bertanding atas nama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan logo yang ada sedikit pembaharuan dan perubahan, sedikit sebanyak telah memperlihatkan ada perubahan yang lebih positif terhadap PKR di sini.

Justeru itu, saya melihat kini dengan perubahan yang kian meningkat serta perkembangan terkini PKR khususnya di Bera ini seharusnya kepimpinan yang kini di ketuai oleh Tn Hj Abas Awang (mantan Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan) yang pasti memiliki pengalaman yang banyak didalam bidang pentadbiran serta dibantu lagi dengan penyertaan mantan ADUN Guai 2004-2008 daripada Umno , Tn Hj Hamzah Ibrahim kedalam PKR di Bera ini sudah pasti boleh memantapkan lagi PKR Cabang Bera ini.

Sesungguhnya, PKR Bera boleh dikatakan beruntung kerana masih lagi mempunyai beberapa orang ‘pimpinan lama’ yang sudah berada didalam keADILan sejak ianya ditubuhkan lagi pada tahun 1999, yang mana mereka ini juga adalah merupakan diantara tunggak kepimpinan terawal pada Perhubungan KeADILan Negeri Pahang sekitar tahun 2000 hingga 2007.

Antaranya ialah Sdr Amir Abd Aziz (mantan Timbalan Pengerusi PKR Negeri, Bendahari Negeri Pahang , antara tahun 2001-2006 & Ketua KeADILan Temerloh, 2001-2004) , Sdr Rizan Ali (mantan Setiausaha Perhubungan Negeri , Timbalan Ketua Pemuda , Ketua AMK Pahang, antara tahun 2002-2006 & Setiausaha Bahagian Mentakab, 2001-2004), Sdr Muthusamy (AJK Perhubungan Negeri , antara tahun 2001-2007 & Naib Ketua Bahagian Temerloh, 2001-2004), Sdr Sarawanan (Naib Ketua Pemuda / AMK Pahang, 2001-sekarang & Naib Ketua Pemuda Temerloh, 2001-2004) serta juga Sdr Hamzah Bawa selaku AJK Perhubungan Negeri antara tahun 2005-2007 & Naib Ketua Bahagian Temerloh, 2001-2004).

Untuk pengetahuan semua, penubuhan PKR cabang Bera sebenarnya amat unik. PKR cabang Bera langsung tidak ditubuhkan diatas nama penajaan sebagaimana kebiasaannya. Ini kerana diatas inisiatif Sdr Rizan Ali ketika itu sebagai Setiausaha Perhubungan PKR Negeri Pahang yang juga merupakan Setiausaha PKR Bahagian Mentakab pada tahun 2004, bersama dengan Sdr Amir Aziz sendiri selaku Bendahari PKR Pahang ketika itu dan melalui persetujuan Sdr Jafri Rashid (Pengerusi PKR Pahang ketika itu), Sdr Zakaria Hamid (Timbalan Pengerusi PKR Pahang) serta Sdr Mohd Kamal Taib (mantan Ketua KeADILan Bahagian Mentakab) sendiri telah membenarkan agar status pendaftaran PKR bahagian Mentakab di pindah dan ditukarkan nama kepada PKR bahagian Bera pada tahun 2004.

Semua ini dilakukan semata-mata untuk mengelakkan pendaftaran PKR Mentakab terbatal dengan sendirinya apatah lagi pada ketika itu kebanyakan pengerak sudah ‘hilang semangat dan sumber’ disamping ketiadaan penggerak.

Dengan ketiadaan pengerak lebih-lebih lagi apabila persempadanan baru telah mewujudkan Parlimen Kuala Krau (parlimen Mentakab di mansuhkan) maka keputusan yang diambil ialah agar dipindahkan segera pendaftaran Mentakab kepada Bera dan ini sudah pasti dapat mengelakkan karenah birokrasi ROS terhadap PKR pada masa itu terutamanya semasa penubuhan bahagian baru parti pembangkang ketika itu.

Dengan tertubuhnya PKR Bahagian Bera secara rasmi pada tahun 2005, ia menjadikan PKR bahagian Bera adalah di antara dua bahagian pertama PKR di Malaysia yang diluluskan oleh ROS pada ketika itu (mengambil kira selepas persempadanan baru parlimen) dan ianya juga secara tidak langsung menjadikan bahagian PKR pertama wujud secara sah selepas persempadanan baru kawasan parlimen di negeri Pahang.

Seterusnya PKR Bera terus menjadi saingan dan perhatian kepada parti lawan seperti Umno di Bera pada ketika itu. Lawatan Dato Seri Anwar Ibrahim ke Bera pada awal Januari 2005 (selepas kongres PKR pertama di Ipoh 2004) adalah titik tolak kepada perkembangan PKR Bera sehingga kini.

Dengan jumlah keahlian pada peringkat awalnya ialah sekitar 300 orang sahaja pada tahun 2005, kini keahlian PKR Bera sudah hampir mencecah seribu orang keahlian yang sah di ibupejabat parti.

Dan sesungguhnya menjelang ulangtahun ke 5 PKR di tubuhkan secara rasminya di Bera, adalah menjadi harapan kita agar PKR Bera dapat dijadikan prospek yang terbaik dan sebagai alternatif utama kepada masyarakat bandar, pekan, kampung, desa dan pendalaman di daerah ini terutamanya untuk dijadikan sebagai ‘sandaran’ yang terbaik serta lebih berkesan selepas ini selain daripada Umno di daerah Bera ini.



** Artikel sempena 5 tahun PKR di Bera ini di dedikasikan khusus untuk mereka berlima di bawah yang merupakan pengerak utama sehingga tertubuhnya PKR Cabang Bera secara rasminya pada tahun 2005;

1. Sdr Amir Abd Aziz (Ketua PKR Bahagian Bera 2005-2007)
2. Sdr Rizan Ali (Setiausaha PKR Bahagian Bera 2005-2007)
3. Sdr Hamzah Bawa (Naib Ketua PKR Bahagian Bera 2005-2007)
4. Sdr Muthusamy (Naib Ketua PKR Bahagian Bera 2005-2007)
5. Sdr Sarawanan (Ketua AMK Bahagian Bera 2005-2007)


dan tidak lupa juga kepada;

1. Sdr Zakaria Abd Hamid (Mantan Pengerusi PKR Pahang 2005-2008 yang juga mantan calon KeADILan DUN Bera pada PRU 10, 1999)
2. Sdr Jafri Abd Rasyid (Mantan Pengerusi KeADILan 2002-2005 yang juga mantan ADUN Chini 1999-2004)
3. Sdr Kamal Mohd Taib (Ketua KeADILan Bahagian Mentakab 2001-2004)




Artikel ini dipetik dari http://pkrbera.blogspot.com

Thursday, January 7, 2010

Kehilangan Jet-engine F-5E

Dari blog: http://fauziarahman.blogspot.com

Apa kata Dr Mahathir dalam hal ini;
Mahathir // Jan 6, 2010 at 2:14 pm


It is amazing what one single low ranking officer can do. These Defence Ministry Idiots probably think I was a brain dead fella just like them. Unfortunately they were wrong, I am not an Idiot like them and I do not believe one single low ranking officer can steal 2 engines the size of small car.

And maybe one day they want to explain why each engine cost RM50 mil which is more expensive than a whole complete functioning jet.

Izinkan saya terjemahkannya;

Adalah mena'jubkan apa yang mampu dilakukan olih seorang berpangkat rendah. Bahlol-bahlol Kementerian Pertahanan mungkin ingat otak saya sudah mati semacam otak2 mereka. Malangnya mereka salah, kerana saya bukanlah bahlol seperti mereka dan saya tidak percaya yang seorang pegawai rendah bolih mencuri 2 butir enjin sebesar sebuah kereta kecil.

Dan mungkin satu hari mereka bolih jelaskan mengapa sebuah enjin bernilai RM50 juta iaitu lebih mahal daripada harga sebuah jet yang berfungsi.

Komen saya;

Kenyataan Peguam Negara adalah sangat bodoh. Apakah kita ini di sangka bodoh dan bolih diperbodohkan? Pegawai2 seperti ini tidak layak dibayar gaji dari wang raayat, iaitu kita sendiri. Kita mahu menggajikan Pegawai2 yang berotak dan berakal, bukan yang bodoh2 dan kita mahu Pegawai2 yang ada amanah dan bukan yang mengkhianati amanah.

Di dunia, jika terlepas, diakhirat belum tahu. Keadilan Ilahi tiada cacat dan tiada celanya seperti di dunia Fana ini.

Wednesday, January 6, 2010

Sekitar Penubuhan Ranting Mentara Baru & Tanjung Besar Cabang Lipis

2hb Jan 2010 - KeADILan Lipis memulakan tahun baru 2010 dengan agak bersemangat dengan penubuhan 2 ranting baru di Mentara Baru ( DUN Padang Tengku) dan Tanjung Besar (DUN Benta). Agak mengalakkan apabila keahlian baru diterima oleh Ketua Cabang Saudara Zakaria seramai 68 orang pada hari tersebut.Ranting Mentara Baru diketuai oleh Sdr. Talha manakala Ranting Tanjung Besar diketuai oleh Sdr. Abdullah Sani. Kedua-duanya bertindak sebagai Ketua Penaja Ranting.

Pada sebelah paginya, Sdr. Zakaria telah mempengerusikan mesyuarat bulanan cabang di Pejabat KeADILan cabang Lipis sebelum menghadiri Majlis Perasmian pada sebelah tengahari dan malam.AJK cabang juga telah memenuhi undangan DAP menghadiri majlis Jamuan Makan malam di Penjom pada pukul 7pm










Tuesday, January 5, 2010

Timbalan Menteri Pelajaran Menghina Mahkamah Syariah

“Kes Liwat Anwar Usah Kait nama Yusuf Al-Qardhawi” demikian kenyataan Dr Mohd Puad Zorkhoshi yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Saya tidak faham bagaimana Timbalan Menteri Pelajaran tidak faham tentang mahkamah syariah dan menghina mahkamah syariah. Beliau juga tidak faham peranan Ulamak terbesar Dunia Prof. Dr Yusuf Al-Qardhawi dalam mengeluarkan fatwa dan menyelesaikan masalah umat islam dunia. Kenyataan Dr. Fuad itu menunjukkan beliau tidak faham dan menghina undang-undang syariah.

Mengenai kenyataannya di dalam petikan Berita Harian (2 Januari 2010), Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) mengaitkan nama ulamak terkenal itu, adalah kenyataan melulu dan beliau seolah-olah tidak faham peranan ulamak. Peranan ulamak terkenal ini ingin menyelesaikan masalah fitnah terhadap DSAI yang bukan sahaja merupakan pemimpin Islam di Malaysia bahkan di dunia. Adalah menjadi tanggungjawab beliau menyelamatkan DSAI. Apabila Prof. Dr Yusuf Al-Qardhawi membuat kenyataan-kenyataan dengan ilmu, merujuk Al-Quran dan hadis, bukan ikut sesuka hati kerana beliau takut kepada Allah. Jika Proffesor Yusuf Qardawi menyatakan kes liwat DSAI adalah fitnah dan perlu dibicarakan di mahkamah Syariah, maka itulah pandangan ulamak dunia - fatwa yang perlu dipatuhi oleh seluruh umat islam di dunia.

Prof. Dr.Yusuf Al-Qardhawi telah datang ke Malaysia bagi memenuhi undangan Kerajaan Malaysia yang mahu memberi gelaran Tokoh Maal Hijrah kepada beliau. DSAI tidak mengetahui tentang undangan ini. Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang meminta untuk bertemu dengan DSAI lantaran kedatangannya ke Malaysia juga kerana ingin menemui sahabat-sahabatnya termasuk DSAI yang sangat dikasihi dan dihormati.

Sebagai Timbalan Menteri Pelajaran, sekiranya hendak membuat kenyataan, biarlah berdasarkan ilmu, bukan mengikut nafsu politik semata. Jagalah imej KPM, satu kementerian yang penting untuk membina generasi akan datang untuk membina insan yang cemerlang.

Hj Abas Hj Awang

Ketua Penerangan PKR Pahang

"Sekolah Berprestasi Tinggi" - gimik baru Menteri Pelajaran Malaysia

“Sekolah berprestasi tinggi bakal diumumkan” Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin menyatakan Menteri Pelajaran Malaysia akan mengumumkan sekolah berprestasi tinggi yang terpilih dari 10,000 buah sekolah di seluruh Malaysia

Ini satu lagi gimik politik Menteri Pelajaran baru. Setiap kali menteri bertukar akan keluar dasar baru dan dasar lama dibiarkan. Dulu KPM melancarkan sekolah bestari yang dikaitkan dengan penggunaan komputer. Selepas komputer terjual di seluruh negara termasuk di sekolah pendalaman yang tiada elektrik dan bermasalah dari segi infrastruktur, dilancarkan pula Sekolah Kluster melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Pelancarannya sungguh hebat dan menelan belanja yang sangat tinggi serta dilancarkan penuh warna-warni. Beribu-ribu Pengetua dan Guru Besar dihantar berkursus ke England dengan belanja berjuta-juta ringgit. Semasa kursus, pensyarah di sana pun tidak tahu apa maksud ‘Sekolah Kluster’ di Malaysia. Peserta kursus pula tidak faham apa yang disyarahkan. Jika ada yang faham, ia dikatakan tidak releven pelaksanaanya di Malaysia. Sebenarnya mengenai konsep ‘Sekolah Kluster’ ini, ahli lembaga penasihat pun kabur dan Pegawai tertinggi, Pengetua, Guru Besar pun kabur. Maka ia bergerak di dalam kekaburan tetapi mengharapkan kecemerlangan!.

Sekarang KPM melalui Menteri Pelajaran melupakan dasar dahulu dan ingin melaksankan pula ‘Sekolah Berprestasi Tinggi’

Cantik dan menarik tajuknya. Objektif juga jelas tetapi saya percaya pelaksanaanya lemah yang kemudian akan juga dilupakan.

Prestasi tinggi bermula dikalangan pengurusan tertinggi yang professional, ada visi dan misi yang jelas. Tetapi malangnya menteri sibuk dengan agenda politik dan sentiasa mahu tampil dengan idea-idea baru bagi memancing hati rakyat. Pegawai tinggi pula sibuk mengikut arahan menteri. Keadaan politik UMNO yang lemah tetapi tidak mahu dalam kementerian timbul isu. Maka pegawai-pegawai membuat kerja rutin tetapi mereka mengharapkan hasil luar biasa. Keputusan peperiksaan juga sentiasa naik atau dinaikkan?

Dalam keadaan sebegini, KPM buatlah apa jua program pelancaran dasar baru tetapi perubahan tetap tidak akan berlaku. Program yang dilancar hanyalah gimik politik semata dan bukan untuk pendidikan dan pembangunan bangsa.

Rakyat berasa seronok dan tertipu dengan slogan-slogan diuar-uarkan sedangkan hasilnya tetap sama. Inilah politik UMNO dan BN yang perlu ditumbangkan segera!

Hj Abas Hj Awang

Ketua Penerangan PKR Pahang

Friday, January 1, 2010

Keputusan PMR: Gap Pencapaian Kecemerlangan pelajar bandar dan luar bandar terlalu jauh.

Baru-baru ini Kementerian Pelajaran Malaysia mengumumkan Keputusan PMR. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dan mengumumkan seramai 28,188 pelajar atau 6.37% mendapat semua A seluruh negara. Pelajar-pelajar bandar mendapat semua A seramai 22901 atau 5.17%. Ini bermakna pelajar luar bandar yang begitu besar bilangnnya hanya seramai 5287 orang shaja iaitu 1.19 peratus mendapat semua A. Gap pembelajaran antara luar bandar dan bandar sangat jauh iaitu sebanyak 4%. Dengan itu, jelas rancangan Pelan Induk Perancangan Pendidikan untuk merapatkan jurang pembelajaran pelajar bandar dan luar bandar gagal sama sekali. Bilangan peratus tidak kuasai 3M luar bandar begitu besar. Bagaimana masa depan pelajar luar bandar?
Kelemahan ini sebenarnya berpunca daripada Menteri Pelajaran yang lebih mengutamakan politik manakala pegawai-pegawai yang dinaikkan pangkat berdasarkan kepentingan politik bukan berdasarkan professionalisma. Jemaah Nazir telah membuat pemantauan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, didapati keseluruhannya sederhana sahaja tetapi usaha untuk memperbaikinya tidak diperkasakan. Pegawai-pegawai pendidikan terus menari rentak yang sama bersama-sama menteri yang menjalankan program pendidikan untuk kepentingan politk kepartian bukan untuk fokus kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Pengarah negeri, pegawai pendidikan daerah, pengetua dan guru besar kebanyakkannya sibuk dengan urusan pentadbiran dan menjadikan mereka abai dan lalai untuk melihat aspek P&P di dalam kelas.
Umumnya pelbagai dasar yang dibuat oleh Menteri Pelajaran tidak akan meningkatkan pendidikan kerana dasar pendidikan sekarang telah jauh menyeleweng.

PAS lancar kempen UMNO Pengkhianat

PAS akan melancarkan kempen UMNO Pengkhianat Rakyat pada 9 Januari 2010. Saya selaku Ketua Penerangan PKR Pahang menyokong penuh rancangan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Saya juga mencadangkan kempen ini bukan hanya melibatkan PAS sahaja, tetapi melibatkan PKR & DAP sempena permuafakatan baru, PAKATAN RAKYAT.

Rakyat perlu faham bagaimana pengkhianatan UMNO terhadap rakyat dan negara ini. Institusi-institusi penting untuk menyelamatkan negara telah dimusnahkan. Institusi Kehakiman, SPRM, SPR dan Polis yang sangat penting untuk menegakkan Negara Malaysia yang berdemokasi telah rosak dan telah hilang kepercayaan rakyat bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Institusi ini telah membelanjakan wang rakyat yang banyak. Berbilion-bilion duit rakyat telah digunakan untuk membayar gaji pegawai-pegawai, urusan pentadbiran dan operasi institusi tersebut tetapi malangnya institusi yang begitu penting ini telah disalahgunakan untuk menegakkan kemungkaran dan kesilapan kerajaan yang dipimpin oleh UMNO.
Pada tahun 2009 saja pelbagai kes penyelewengan telah dilakukan oleh BN yang ditunjangi UMNO. Isu kehilangan dua buah enjin pesawat F-53 yang bernilai RM 100 juta, Kes penyelewengan PKFZ, Kes pembunuhan Tian Beng Hock, kes penyelewengan/rasuah PKFZ, Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang & Ipoh, dan lain-lain. Segala penyelewengan yang begitu besar, tetapi tiada tindakan yang berkesan diambil.
Sudah sewajarnya segala maklumat penyelewengan ini disebarkan kepada seluruh rakyat jelata supaya rakyat benar-benar tahu betapa hina dan jijiknya UMNO dan pemimpin-pemimpinnya yang berlagak itu
Kempen UMNO Pengkianat ini saya cadangkan diadakan di peringkat ranting, felda, daerah, negeri dan juga di seluruh pelusuk Negara.