PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Tuesday, December 8, 2009

PKR CABANG PAYA BESAR MEMBANTU WARGAEMAS


Perihatin dengan kesusahan dan penderitaan yang ditanggung oleh seorang warga emas di Kampung Seri Fajar, Batu 16, Jalan Gambang, Ketua PKR Cabang Paya Besar, Haji Zahari Mamat telah turun padang menziarahinya. Turut bersama di dalam kunjungan itu ialah Kamarul Hatta Mohamed Ali, Pegawai Khas Gerak Kerja Luar, PKR Pahang dan Zaidi Ahmad, Pengarah Sekretariat. Warga emas tersebut, Makcik Midah binti Husin (foto), 74 tahun, yang juga merupakan ibu tunggal, tinggal di sebuah rumah usang peninggalan arwah suaminya sejak lebih 40 tahun dahulu. Rumah tersebut didirikan di atas tanah rizab jalan. Beliau juga menderita sakit lutut dan badan.

Menurut Makcik Midah kaki kanannya mengalami kecacatan sejak beliau kecil lagi. Beliau lahir dalam keadaan sempurna tetapi sewaktu beliau masih kecil, kaki beliau diserang sejenis penyakit sehingga buruk dan mengeluarkan ulat. Ketiadaan klinik dan hospital waktu itu menyebabkan ibubapa beliau mengubatinya secara tradisional sahaja. Ibunya hanya menggunakan minyak tanah untuk mengubati kaki beliau.

Makcik Midah pernah bekerja di sebuah estet getah di Kuantan selama lebih kurang 15 tahun dengan pendapatan hanya RM3 sehari. Walaupun bayarannya amat rendah, beliau tetap bekerja demi menyara dua orang anaknya yang masih kecil setelah kematian suaminya. Menurut Makcik Midah lagi suaminya telah meninggal dunia tiga puluh dua tahun yang lalu akibat penyakit asma yang berpanjangan.

Hasil perkahwinannya Makcik Midah telah dikurniakan dengan sepasang cahaya mata. Anak sulungnya adalah perempuan dan yang kedua adalah lelaki. Anaknya yang sulung telah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan dengan 4 orang cahaya mata. Anaknya itu mengikuti suami tinggal di Johor, manakala 4 orang cucunya tinggal bersama Makcik Midah. Keempat-empat cucunya telah dewasa dan bekerja sebagai buruh. Mereka yang membantu beliau menguruskan rumahtangga. anaknya yang kedua kini berusia 37 tahun tinggal bersama-sama beliau dan hanya bekerja kampung.

Makcik Midah menyatakan beliau ada menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan. Duit itulah yang digunakan untuk kegunaan harian mereka sekeluarga. Akibat penyakit yang dialami, beliau hanya mampu duduk di rumah. Makcik Midah menyatakan beberapa bulan dahulu Ahli Parlimen Paya Besar, Dato' Abdul Manan ada datang menjenguknya dan berjanji untuk menyumbangkan sebuah kerusi roda tetapi hingga sekarang tidak mendapatnya.

Di dalam kunjungan tersebut, Haji Zahari telah menyumbangkan sebatang tongkat dan sedikit bahan makanan untuk kegunaan Makcik Midah. Beliau amat gembira dan mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sumbangan tersebut.

1 comment:

" KE ARAH BERA YANG LEBIH GEMILANG" said...

TAHNIAH! LOG PKR BERA KINI MELEBIHI 50,000 PELAWAT

Hari ini Rabu tepat jam 04.33 petang tadi genaplah 50,000 pengunjung serta pelawat yang memasuki Blog PKR Cabang Bera ini.

Sejak ianya dilancarkan secara rasminya oleh Setiausaha PKR Cabang Bera, Sdr Rizan Hj Ali pada 15 OKTOBER 2008 lalu, blog PKR Bera ini tidak putus-putus menerima kehadiran antara 1,500 - 2,500 sehari pengunjung yang melawat blog ini untuk mendapat maklumat terkini aktiviti serta berita yang dilaporkan menerusi blog ini.

Hari ini menjadi bukti bagaimana sudah 50,000 pengunjung memasuki blog ini. Kekuatan blog ini ialah blog ini sentiasa di 'update'kan rekod dan beritanya selama 24 jam sehari tanpa henti oleh pengendalinya.

Disamping itu juga blog PKR Bera ini mempunyai rangkaian atau 'link' yang cukup baik bagi 'memasarkan' blog PKR Bera ini apatah lagi blog ini bukan hanya menyiarkan isu-isu nasional sebagai bahan beritanya malahan turut menyiarkan isu-isu setempat di Bera sendiri seperti masalah penduduk, isu bangunan terbengkalai, isu projek membazir sehinggalah memperkenalkan Bera dengan berbagai produk yang ada disini.

Jumlah pengunjung yang sentiasa 'hits' di blog PKR Bera ini juga melebihi jumlah pengunjung yang melawat ke beberapa blog PKR yang lain dan setaraf dengannya di negeri Pahang ini seperti blog PKR Negeri Pahang (sekitar 21,000 lebih) dan juga blog AMK Negeri Pahang sekitar 4,000 lebih serta beberapa blog PKR yang lain juga.

Yang pastinya blog PKR Bera bukan sahaja dikunjungi oleh ahli-ahli serta para penyokong Pakatan Rakyat di Bera sahaja malahan sehinggakan ahli-ahli dan pimpinan parti lawan sebelah pun turut melawatnya setiap masa untuk memantau 'kekuatan' PKR Bera kini yang kian meningkat!

Sekali lagi selaku pengendali blog PKR Bera mengucapkan TAHNIAH!


50,000 PENGUNJUNG Tepat Jam 4.33 petang!


Sekian,
PENGENDALI BLOG PKR BERA