PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Monday, December 7, 2009

PERJUANGAN PKR TERHADAP HAK ORANG ASAL (ASLI) MENAMPAKKAN KEJAYAAN

Perjuangan PKR (KeADILan Untuk Semua)
Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada dasarnya memperjuangkan pembentukan masyarakat yang adil di semua peringkat, kesaksamaan dan negara yang progresif; sesuai dengan slogannya KEADILAN UNTUK SEMUA. PKR berjuang menentang penindasan
manusia ke atas manusia, kezaliman manusia ke atas alam sekitar (termasuk tumbuhan dan haiwan), rasuah, ketidakadilan sosial, perompakan ke atas khazanah dan harta negara serta perlambakan kekayaan oleh segelintir individu dengan membelakangkan golongan terbanyak.

Berasaskan inilah PKR Pahang terpanggil bangkit untuk memperjuangkan hak-hak Orang Asal (terdiri daripada beberapa kaum minoriti) yang merupakan penduduk asal negara ini sebelum kedatangan orang Melayu, Cina dan India. Untuk merealisasikan perjuangan k
e atas Orang Asal ini PKR Pahang telah menubuhkan Biro Hal Ehwal Orang Asal yang dipengerusikan oleh Haji Suhaimi Said. Beliau juga merupakan Ketua Cabang PKR Kuala Krau. (Rujuk blog Lubuk Kawah). Biro ini turut dianggotai oleh kaum Orang Asal sebagai Timbalan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa selain wakil-wakil setiap Cabang di seluruh Pahang.

Sentuhan Sejarah

Kehadiran penjajah Inggeris ke Tanah Melayu telah menyaksikan sebahagian hutan ditebang dan ditanam dengan pokok-pokok getah yang dimiliki oleh syarikat kepunyaan penjajah. Sedikit demi sedikit kawasan kependudukan Orang-orang Asal terhakis. Menjelang tahun 50an Inggeris membuka pintu rundingan untuk kemerdekaan negara dengan golongan yang memihak kepada mereka terutama yang mampu memberi jaminan mempertahankan ladang-ladang, estet dan kilang kepunyaa
n penjajah. Orang-orang Asal ditinggalkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu, Cina dan India yang mewakili Perikatan di dalam rundingan tersebut. Hak Orang Asal yang mempunyai kepentingan ke atas tanah dan hutan serta khazanah di dalamnya tidak dipertahankan di dalam perjanjian kemerdekaan itu oleh UMNO, MCA dan MIC. Justeru itu Perlembagaan Persekutuan turut tidak memperuntukkan Artikel Khas untuk kepentingan golongan ini. Oleh itu sehingga kini Orang-orang Asal menjadi golongan yang paling miskin dan ketinggalan di negara ini.

Rezab Orang Asli

Selepas merdeka terdapat peruntukkan undang-undang yang menetapkan kawasan Rezab Orang Asli dan dikatakan mempunyai keistimewaan kerana mempunyai tanah yang direzabkan kepada mereka itu. Sekilas pandang seolah-olah mereka mempunyai hak ke atas tanah tersebut. Walau bagaimanapun praktiknya, tanah-tanah r
ezab itu tidak disukat dengan jelas, tidak ada batu-batu pancang malah tidak digerankan walaupun untuk tapak kediaman. Dari masa ke semasa tanah-tanah rezab itu diceroboh untuk perladangan dan pembalakkan oleh syarikat-syarikat kerajaan serta tauke-tauke ladang dan balak yang rapat dengan parti pemerintah. Sekali lagi kawasan Orang Asal yang diwartakan itu menjadi semakin susut dan mengecil. Ini menyebabkan ada sebahagian kaum Orang Asal yang terpaksa berpindah sehingga jauh ke dalam hutan; yang bermakna semakin jauh dari arus pembangunan dan pemodenan menjadikan mereka golongan yang ketinggalan.

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)

Kerajaan telah menubuhkan JHEOA yang kononnya untuk memberi perlindungan dan membantu kaum Orang Asal, namun jabatan itu dilihat tidak mempunyai kuasa untuk meli
ndungi mereka sepenuhnya terutama di dalam isu tanah. Mereka tetap tidak mempunyai hak yang jelas ke atas kawasan yang diwartakan kepada mereka. Di bawah Akta Orang Asli, hanya sebahagian kecil tanah yang diwartakan sebagai Rezab Orang Asli berbanding dengan kawasan yang dipersetujui. Oleh itu kita dapat lihat sebahagian besar Orang Asal menduduki tanah yang dipersetujui tetapi tidak diwartakan. Di samping itu sebahagian tanah Orang Asal yang sepatutnya diwartakan sebagai Rezab Orang Asli telah tidak diwartakan malah dikategorikan sebagai Tanah Kerajaan; oleh itu tanah tersebut telah dipohon dan diteroka oleh orang lain selain Orang Asal.

Hak Asasi Orang Asal

Orang-orang Asal telah menuntut hak mereka sebagai Orang-orang Asal dan rakyat negara
ini; mereka menuntut Hak Demokrasi dan Keadilan untuk kaum mereka. Pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk dari Sabah dan Sarawak yang mewakili golongan ini telah mengemukakan memorandum memperjuangkan hak mereka kepada pihak berkuasa. Hasilnya hingga kini tidak ada perkembangan dan tindakan positif yang diambil ke atas tuntutan mereka.

PKR Pahang menyeru pihak kerajaan terutama Kerajaan Pahang agar mengembalikan hak Orang-orang Asal terutama mewartakan dengan jelas kawasan penempatan mereka yang terdiri daripada kawasan kediaman, pertanian dan hutan untuk mereka mencari rezeki. PKR Pahang juga mendesak Kerajaan Pahang agar menyukat tanah dan mengeluarkan geran hak milik kekal kepada golongan ini. Perjuangan ini akan diteruskan tanpa henti sehingga kaum Orang Asal di negeri ini mendapat hak mereka sewajarnya.
Selain daripada itu kita juga menuntut pihak kerajaan tidak meminggirkan Orang-orang Asal dari arus pembangunan dan pemodenan. Mereka mesti diberi tempat yang sewajarnya di dalam bidang-bidang pendidik
an dan pekerjaan. Program-program khusus terhadap golongan ini mesti diwujudkan bagi melahirkan seberapa ramai cerdik pandai di kalangan mereka di dalam semua bidang; pertanian, perkilangan, perkhidmatan dan perniagaan. Pertambahan golongan profesional di kalangan masyarakat Orang Asal juga akan dapat membantu membangunkan golongan ini dan merapatkan jurang perbezaan antara kaum di negeri dan negara ini. Mereka perlu dibangunkan agar dapat "duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi" dengan kaum-kaum lain.

Orang Asal Dan Politik
Sejak merdeka dapat dilihat golongan Orang Asal tidak mendapat tempat yang sewajarnya di dalam perkembangan parti-parti politik tanahair khususnya parti pemerint
ah. Golongan ini "diahlikan" di bawah United Malay National Organisation (UMNO) dan didaftarkan sebagai pemilih untuk mengundi di dalam mana-mana pilihanraya. Cawangan-cawangan UMNO ditubuhkan di perkampungan Orang Asal di seluruh negara. Amalannya, Tok Batin akan dipilih menjadi Ketua Cawangan UMNO. Seperti biasa UMNO akan berjanji untuk memperjuangkan nasib Orang Asal dan meningkatkan taraf hidup mereka.

Puluhan tahun berlalu nasib mereka tetap sama; ketinggalan berbanding dengan kaum lain. Malahan sebahagian besar perkampungan mereka masih terletak dipinggiran hutan tanpa kemudahan asas seperti jalanraya, bekalan elektrik dan air bersih. UMNO dilihat tidak memperdulikan golongan ini. Mereka hanya mempergunakan Orang Asal semata-mata untuk memancing undi setiap kali pilihanraya diadakan; selepas itu tiada siapa lagi yang mengambil berat. Setiap kali pilihanraya, tanpa mengambil kira nilai-nilai moral, UMNO akan menyaji makanan dan minuman k
eras serta mengadakan majlis "bersiwang" dan karaoke untuk golongan ini. Maka akan riuh rendah perkampungan Orang Asal dalam tempoh hari-hari berkempen. Pesta nyanyian dan makanan ini hanyalah bertujuan untuk melalaikan Orang-orang Asal bagi memberi undi kepada UMNO dan sekutunya di dalam BN. Selepas itu mereka ditinggalkan sendirian menjalani kehidupan di dalam keadaan yang serba kekurangan.

Begitulah pusingannya setiap kali menjelang pilihanraya. Hasilnya Orang-orang Asal masih dibelenggu kemiskinan. Melihat kebejatan yang dilakukan oleh UMNO inilah PKR Pahang melalui Biro Hal Ehwal Orang Asal telah turun padang memperjuangkan nasib mereka. Hasil dari perjuangan ini, dapat dilihat ramai Orang Asal telah menyertai PKR dan penubuhan Ranting di perkampungan mereka sedang giat dijalankan.
Melalui program ceramah dan penerangan yang diadakan, golongan ini telah boleh menerima kehadiran PKR dan mereka turut sedar bahawa selama ini hanya dipergunakan oleh UMNO untuk memenangi pilihanraya.

Aktiviti-aktivi
ti yang dijalankan di seluruh pelusuk negeri telah menyebabkan UMNO merasa resah dan hasilnya baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah mengumumkan seramai 19,990 ketua rumah Orang Asal akan diberi tanah ladang seluas 0.8 hektar hingga 2.4 ekar dan tapak rumah bersaiz 464.5 meter persegi hingga 1,011 meter persegi. Hak milik ini kekal selama-lamanya; walaubagaimanapun tanah ini dikenakan sekatan selama 15 tahun tidak boleh dipindah milik kepada orang lain. Pengumuman Muhyiddin ini dilihat kesan besar dari perjuangan oleh Orang Asal sendiri dan PKR khususnya di Pahang.

Walau bagaimanapun PKR masih lagi meneliti perkara ini kerana pengumuman demikian tidak boleh dipercayai selagi tidak dilaksanakan dan Ketua Rumah Orang Asli tidak memperoleh geran tanah yang dijanjikan. Sejarah membuktik
an banyak janji yang ditaburkan hanya tinggal janji dan memakan masa berpuluh tahun untuk dilaksanakan. Di samping itu PKR menasihatkan Orang-orang Asal supaya tidak menjadikan pemberian ini sebagai tali pengikat di antara mereka dengan UMNO. Ini adalah hak mereka yang selama ini diperjuangkan. Pemberian ini adalah tanggung jawab pemerintah. PKR juga menyeru masyarakat Orang Asli agar terus bersama-sama dengan parti ini dan berusaha menjemput rakan-rakan mereka menyertai sama.

PKR adalah parti yang memperjuangkan hak semua kaum tanpa mengira agama dan
status.

(Sebahagian rencana ini dipetik dari penulisan bertajuk "Perjuangan Hak Asasi Orang Asli" oleh Haji Suhaimi Said)









Zaidi Ahmad
Pengarah Sekretariat
Parti Keadilan Rakyat
Negeri Pahang
013-3307176

No comments: