PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Wednesday, December 16, 2009

Majlis Dialog dengan Peneroka-Peneroka Felda Padang Piol, Sg Retang dan Kota Gelanggi 3

Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda menerangkan sejarah perjuangannya bersama-sama Peneroka-Peneroka Felda sehingga 2 kali ditahan dibawah ISA didalam Majlis Dialog yang dianjurkan oleh pemimpin-pemimpin Peneroka Felda Padang Piol, Sg Retang dan Kota Gelanggi 3 di Felda Padang Piol, Jerantut pada 14hb Disember 2009. Beliau menerangkan bahawa beliau dan rakan-rakan telah menjelajah ke seluruh kawasan rancangan Felda di seluruh Negara di awal tahun 1980-an bagi memperjuangkan hak peneroka-peneroka Felda bagi mendapatkan hakmilik individu keatas tanah-tanah ladang mereka walaupun ditentang habis-habisan oleh UMNO dan Felda pada ketika itu. Beliau ditahan dibawah ISA atas tuduhan kononnya memecahbelahkan masyarakat Felda. Haji Suhaimi juga menerangkan bahawa beliau dan rakan-rakan telah mempersoalkan isu baja yang diberikan kepada Peneroka-Peneroka yang bermutu rendah; masalah jalan pertanian yang dikenakan kos bayaran kepada peneroka-peneroka Felda sedangkan jalan pertanian tidak dibuat dengan sempurna. Masalah perwarisan dibawah Undang-Undang Tanah Group Settlement Act tidak berjaya menyelesaikan isu perwarisan di dalam rancangan Felda, yang akhirnya menjadikan golongan Generasi Kedua dan Ketiga golongan yang merempat selepas kematian ibu-bapa mereka. Beliau menuntut supaya Felda Plantation dibubarkan dan kawasan-kawasan Estet Felda yang dikendalikan oleh Felda Plantation diserahkan kepada anak-anak Peneroka di seluruh Negara. Jika ini disempurnakan maka 79,000 anak-anak peneroka boleh ditempatkan dikawasan-kawasan yang kini dikendalikan dibawah Felda Plantation. Haji Suhaimi kesal kerana Felda tidak sudah-sudah mendatangkan masalah kepada peneroka-peneroka Felda termasuklah isu perahan, isu wang tahanan hingga 20% bagi setiap hantaran buah kelapa sawit ke Kilang Felda menggunakan resit/akaun Felda, isu lesen MPOB yang tidak lagi dibenarkan kepada peneroka-peneroka, isu pembangunan didalam rancangan Felda yang keseluruhannya ditanggung oleh peneroka-peneroka. Beliau juga menimbulkan isu keengganan Felda mengembalikan wang dari Tabung Tanaman Semula kepada peneroka-peneroka Felda yang mahu menanam sendiri, dan isu peneroka-peneroka yang menanam melalui Felda yang dikenakan kos pengurusan dan penanaman yang bukan-bukan iaitu dengan memasukkan kos seperti tanaman kacang bumi yang tidak dibuat oleh Felda Technoplant. Diakhir ucapannya, Haji Suhaimi mengatakan bahawa isu dan masalah yang dihadapi oleh Peneroka-Peneroka Felda dan Generasi Kedua dan Ketiga di tanah-tanah Rancangan Felda adalah isu politik. Selagi Barisan Nasional memerintah Negara ini, selagi itulah tidak akan selesai masalah-masalah itu kerana Barisan Nasional sudah engkar dengan tujuan utama penubuhan Felda iaitu pembasmian kemiskinan diluar bandar dengan dasar untuk penglomeratan Felda untuk kepentingan Felda membelakangkan peneroka-peneroka dan generasi kedua dan ketiga. Peneroka-peneroka harus berani untuk merubah Kerajaan yang sedia ada menggantikan dengan Kerajaan baru dibawah Pakatan Rakyat.
Wakil-wakil dari Felda Sg Retang

Sdr Mohd Saleh Ishak, Naib Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda (Zon Timur) membentangkan kajian yang dibuatnya kepada CAP Pulau Pinang
Wakil-wakil dari Felda Padang Piol dan Sg Retang

Sdr Abdullah Mohamed, wakil Peneroka-Peneroka Felda Padang Piol membentangkan masalah dan isu peneroka-peneroka Felda (sila lihat lapuran dibawah)

No comments: