PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Saturday, December 12, 2009

KENYATAAN RASMI KETUA CABANG PKR BERA BERTARIKH: 11 DISEMBER 2009

KENYATAAN RASMI KETUA CABANG PKR BERA TN HJ ABAS AWANG BERKAITAN PERLETAKAN JAWATAN DATO AHMAD SAID HAMDAN SEBAGAI KETUA PESURUHJAYA SPRM SEKARANG UNTUK TUJUAN SIARAN MEDIA

“Tukarl
ah walau sesiapa pun sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ianya tetap tidak akan berubah kerana Najib (DS Najib Tun Razak, PM Malaysia) tetap juga akan menggunakan SPRM untuk kepentingan diri sendiri dan Umno / Barisan Nasional (BN) melebihi daripada kepentingan negara”.

Itu adalah antara kenyataan yang dikeluarkan oleh Tn Hj Abas Awang, Ketua Cabang Bera ketika memberi komen tentang perletakkan jawatan Dato Sri Ahmad said Hamdan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM minggu lalu.

Bagi Hj Abas, keputusan yang dibuat oleh Ahmad Said ini hanyalah sekadar untuk ‘meredakan’ tekanan terhadap SPRM kini terutamanya didalam menangi isu seperti isu Teoh Beng Hock yang telah sedia maklum masih hangat diperkatakan rakyat terhadap SPRM.

Apakah pihak kerajaan Malaysia melalui SPRM boleh memberi jaminan kepada rakyat bahawa dengan menggantikan Dato Abu Kassim sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru maka segala persoalan dan masalah yang timbul selama ini boleh selesai dengan mudah begitu sahaja?

Sebab itu beliau berani mengatakan, selagi dasar yang diamalkan serta dipertahankan oleh BN ini terus kekal dan sama sahaja dengan yang lama, maka ianya tidak akan berubah malahan berkemungkinan makin bertambah teruk daripada sekarang!Kalau ada pun perubahan yang bakal dibuat, pasti ianya dihalang walaupun perubahan tersebut baik untuk semua.

No comments: