PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Wednesday, November 11, 2009

WACANA PENERANGAN & PILIHANRAYA SIRI 1 - STRATEGI HADAPI PRU 13

Antara perwakilan semua cabang yang hadir ke Wacana Siri 1 ini tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh ahli panel yang dijemput.

Dato Fauzi Abd Rahman yang juga Pengerusi MPN Pahang ketika menyampaikan ucaptamanya pada wacana ini.

Sdr Rizan yang juga Setiausaha Biro Penerangan PKR Pahang ketika memberi ucapan aluan selaku Pengerusi Majlis Wacana ini.

Tn Hj Suhaimi selaku Moderator kepada Ahli Panel pertama Dato Zaid Ibrahim sedang berucap untuk memperkenalkan beliau kepada umum yang hadir.

Kombinasi yang cukup kuat antara dua Pengarah Biro ini iaitu Tn Hj Abas Awang dan Sdr Mohd Nor Hassan.


TEMERLOH 08 NOVEMBER 2009 - AHAD;


Biro Penerangan PKR Pahang yang diketuai oleh Tn Hj Abas Awang dengan kerjasama Biro Pilihanraya PKR Pahang yang diketuai oleh Sdr Mohd Nor Hassan telah mengadakan satu seminar berbentuk "Wacana Penerangan & Pilihanraya Siri 1 - Strategi PRU 13" di Restoran Puncak, Temerloh, Pahang pada Ahad 08 November 2009.

Hampir 100 perwakilan dari semua peringkat cabang PKR di seluruh negeri Pahang telah menghadirkan diri di program yang julung kali diadakan oleh kombinasi kedua-dua biro ini.

Wacana ini yang di pengerusikan oleh Sdr Rizan yang juga merupakan Setiausaha Biro Penerangan PKR Pahang telah memulakan sesi ini tepat jam 09.30 pagi di mulai dengan bacaan doa memohon keberkatan Allah SWT oleh Ustaz Kamaluddin yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan (juga Ketua Penerangan Cabang Cameron Highland).

Seterusnya majlis ini disusuli dengan sesi penerangan ringkas oleh Tn Hj Abas selaku Ketua Penerangan PKR Pahang (juga Ketua Cabang Bera) dan juga Sdr Mohd Nor Hassan sendiri selaku Pengarah Biro Pilihanraya PKR Pahang memberi taklimat ringkas bagi pihak Bironya.

Wacana ini semakin meriah dan hangat apabila Dato Zaid Ibrahim, Ahli MPP PKR hadir tepat jam 11.30 pagi dan seterusnya memulakan ahli panel pertama yang diberi peluang untuk memulakan sesi wacana ini. Kehangatan sesi yang dikendalikan oleh beliau semakin terasa apabila sebanyak 16 soalan di utarakan kepada beliau oleh kesemua 14 wakil cabang-cabang, kaum cina, kaum india serta daripada wakil AMK Pahang sendiri.

Wacana ini yang dihentikan sekitar jam 01.00 - 02.00 petang untuk rehat dan makan tengahari telah disambung dengan ucaptama oleh Pengerusi MPN PKR Pahang, Dato Fauzi Abd Rahman yang berapi-api menyampaikan ucapannya dengan tepukan gemuruh yang sentiasa diberikan setiap kali beliau memberi hujahnya.

Program Wacana yang pertama kali dianjurkan oleh kedua-dua biro ini telah mendapat sambutan yang amat baik apabila sembilan Ketua Cabang telah hadir iaitu, Ketua Cabang dari zon Pahang Barat ; Cameron Highland - Sdr Zakaria Abdullah, Raub - Sdr Ali wahid, Bentong - Sdr Osman Ishak manakala perwakilan Cabang Lipis di ketuai oleh Timbalan Ketua Cabangnya.

Manakala zon Pahang Tengah pula diketuai oleh Ketua Cabang Bera - Tn Hj Abas Awang, Temerloh - Sdr Nizam Hamid, Kuala Krau - Tn Hj Suhaimi Said, Jerantut - Tn Hj Mohd Nor Jaafar dan Cabang Maran - Sdr Bostamin Bakar. Zon Pahang Timur pula hanya Ketua Cabang Rompin yang diketuai oleh Sdr Rabidin Kasmawi sahaja yang hadir, manakala Cabang Pekan kehadiran perwakilannya diketuai oleh Sdr Zaidi Ahmad (Setiausaha PKR Pekan), Cabang Kuantan pula diketuai oleh ketua Penerangannya manakala Cabang Paya Besar dan Indera Mahkota pula dihadiri oleh beberapa orang ahli jawatankuasa cabang masing-masing.

Wacana ini diakhiri dengan sesi perbincangan dan diskusi yang melibatkan dua kumpulan besar yang masing-masing telah dipengerusikan oleh kedua-dua ketua Biro Penerangan dan Pilihanraya PKR Pahang ini. Setiap Ketua Penerangan dan Pengarah Biro Pilihanraya atau wakil kedua-dua biro ini pada setiap cabang akan menyertai sesi yang mengambil masa selama sejam setengah ini. Program Wacana ini berakhir dengan jayanya pada jam 04.30 petang pada hari yang sama.

No comments: