Sedang berucap adalah Sdr Zabidi Abas, Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR Johor
Sedang berucap, Datuk Fauzi Abdul Rahman. Sdr Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda PKR Pusat mencatat ucapan Datuk Fauzi dan disebelahnya Sdr Mohd Razali, AJK Biro Felda PKR Pusat
Sedang berucap, Datuk Fauzi Abdul Rahman. Sdr Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda PKR Pusat mencatat ucapan Datuk Fauzi dan disebelahnya Sdr Mohd Razali, AJK Biro Felda PKR Pusat
Ucapan perasmian Biro Felda dan Orang Asal PKR Negeri Johor oleh Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi MPN PKR Pahang
Sdr Mazlan Aliman, Presiden ANAK, menerangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh Peneroka-Peneroka Felda
Kehadiran di perasmian Biro Felda PKR Johor
Sdr Mazlan Aliman
Kehadiran di perjumpaan Biro Felda PKR Johor
Sdr Haji Simpol Hj Yahya, Penaung PKPKM Felda Bukit Besar memberikan ucapan aluan
Inilah sikap pemimpin yang perihatin, kereta sendiri rosak, namun demi perjuangan, beliau menyewa teksi dari Kuantan untuk menghadiri dan merasmikan penubuhan Biro Felda dan Orang Asal PKR Negeri Johor pada 17.10.09 di Felda Bukit Besar, Kulai, Johor.
=====
=====
Kulai, Johor, 17.10.09: Dengan lafaz Bismillahirrohmanirrohim, Datuk Fauzi Abd Rahman, Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang merasmikan penubuhan Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor.
Didalam ucapan perasmian tersebut Datuk Fauzi mengingatkan bahawa diantara tujuan asal Felda dilahirkan adalah untuk membasmi kemiskinan. Itulah yang dihasratkan oleh Tun Haji Abdul Razak Hussain semasa Felda ditubuhkan lebih 50 tahun yang lampau.
Tetapi oleh kerana Felda telah menukarkan arah tujuannya maka pada hari ini peneroka-peneroka felda menghadapi pelbagai masalah yang didatangkan oleh Felda dan Barisan Nasional.
Kerajaan Barisan Nasional ini telah memerintah terlalu lama dan mereka menjadi angkuh. Yang didahulukan ialah kepentingan Felda kearah menjadikan badan itu sebuah konglomerat dan kepentingan peneroka Felda diabaikan.
Negara kita ini telah terkebelakang jika dibandingkan dengan negara-negara lain yang satu ketika dahulu lebih mundur dari negara kita. Semasa kita Merdeka dulu, pendapatan per kapita penduduk Korea Selatan adalah rendah dari penduduk Negara ini, tetapi sekarang ini, penduduk mereka sudah berpendapatan 3 kali ganda berbanding Malaysia, begitu juga dengan Taiwan dan Singapura, kita sudah jauh tinggal ke belakang.
Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat akan mempastikan bahawa hak peneroka dikembalikan semula kepada peneroka-peneroka Felda agar peneroka-peneroka dan generasi kedua mereka akan dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa seperti tujuan asal penubuhan Felda, dan kekayaan felda tidak "tiris" kepada pihak yang tidak berhak.
Sdr Mazlan Aliman, Presiden Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (ANAK) yang berucap sebelum perasmian tersebut menyebutkan bahawa pendapatan peneroka-peneroka Felda yang menanam sendiri melalui Felda adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan harga sawit semasa dan dengan pegangan keluasan tanah 10 ekar. Penanam-penanam sawit di luar Felda boleh mendapat hampir 10 kali ganda jika dibandingkan dengan mereka.
Beliau juga menerangkan berbagai masalah yang dihadapi oleh peneroka-peneroka Felda berhubung dengan isu tanaman bersendirian, perahan minyak sawit dan perbuatan-perbuatan Pengurus Felda yang menzalimi peneroka seperti berlaku di Felda Selancar 2 dimana Pengurus mengarahkan peneroka yang telah menanam sendiri sawit supaya mencabut tanaman sawit itu dalam tempoh 7 hari dan jika gagal akan berhadapan dengan risiko ditarik balik hak-hak sebagai peneroka Felda.
Sdr Mazlan menganjurkan tindakan undang-undang terhadap Felda mengenai perahan minyak dan pihak beliau telah mengumpulkan segala maklumat untuk tindakan undang untuk peneroka-peneroka Felda Maokil dan Felda Bukit Besar yang mempunyai kesamaan dengan apa yang berlaku di Felda Kemahang, Kelantan.
Beliau menyatakan bahawa jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pentadbiran Negara, Felda Plantation akan dihapuskan dan ladang-ladang itu itu dibahagi-bahagikan kepada anak-anak peneroka, dengan keluasan yang ada lebih 79,000 anak-anak peneroka akan mendapat lot masing-masing.
Begitu juga, tegas Sdr Mazlan, bahawa anak syarikat Felda, iaiatu Felda Technoplant yang mengambil untung "atas angin" hasil penanaman semula dirancangan -rancangan Felda, akan dimansuhkan apabila Kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Negara.
Majlis diteruskan dengan dialog yang dikendalikan oleh Sdr Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda PKR Pusat.
No comments:
Post a Comment